Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang menjadi tanda tanya selama ini berkaitan webOS telah pun terjawab hari ini, apabila berbanding daripada mematikan projek tersebut, HP telah mengambil suatu langkah yang bijak, dengan menyumbang webOS kepada sumber terbuka, sekaligus bakal membolehkan platform tersebut terus berkembang dan digunakan ramai pengeluar peranti.

Pada masa yang sama, selain menyumbang kepada komuniti sumber terbuka, webOS juga turut sama akan dibangunkan secara aktif oleh HP, dan pada masa yang sama menyokong ia sepenuhnya. HP juga turut sama akan terus melabur dalam pembangunan ini bersama-sama dengan komuniti yang lain.
Menurut CEO HP, webOS merupakan satu-satunya platform yang direkabentuk untuk peranti mudah-alih, dan dihubungkan melalui awan, dan mudah untuk dibesarkan. Dan untuk memastikan inovasi ini diteruskan, HP menyumbang perkara ini kepada komuniti sumber terbuka, sekaligus membolehkan ia dibangunkan kepada tahap seterusnya.
Perkara ini juga mungkin akan membawa kegembiraan kepada pembangun peranti yang lain, dimana mereka bimbang akan mengenai masa depan Android selepas pembelian Motorola oleh Google, walaupun Google menyatakan tiada perkara akan berubah.
Dengan pengumuman ini, webOS akan turut menyertai arena platform mudah-alih sumber terbuka, bersama-sama dengan Android, Tizen dan juga Ubuntu yang kini dalam pembangunan.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
salah satu kernel linux monolithic yang dimodifikasi.
Now get yourself a TouchPad. lol
lepas ni boleh belajar mcm mne nk remaster webOS nie… wakakakkaka
Ada kemungkinan tak WebOS + Android akan datang?
Menjadikan sesebuah aplikasi kepada sumber terbuka juga adalah satu kaedah untuk menyelamatkan daripada projek itu mencapai fasa EOL kerana terpaksa.
cool.
pasni ni kite boleh tgk satu peranti mudah alih ade dua OS plak(biasanya windows dualboot dgn linux)… amacam.. agak2 ade x… haha.. prektikal ke tak prektikal..
benda paling gembira hari ini
lol
bagus la
Itu menunjukkan mereka memerlukan kepakaran luar utk membagunkan produk mereka…mencari idea2 baru
Mana nak beli TouchPad kat Malaysia ni ye? Ada jual tak kat sini?