20Dec

IBM Memperlihatkan Ramalan Teknologi Untuk 5 Tahun Akan Datang

Lain-lain

Setiap tahun, IBM mengeluarkan ramalan dunia teknologi untuk lima tahun akan datang, dan untuk tahun ini, mereka turut sama telah memilih lima teknologi yang akan mengubah hidup manusia dalam lima tahun akan datang, dan memperlihatkannya dalam sebuah video yang ringkas dan menarik.

Mengikut ramalan pihak IBM, dalam tempoh kurang 5 tahun akan datang, penggunaan dan penghasilan tenaga akan menjadi lebih efisyen, selain teknologi dalam penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui akan terus maju, membolehkan tenaga yang dibazirkan digunakan secara optimum. Sebelum ini sendiri, pada tahun ini kita telah dapat melihat beberapa video konsep, termasuk untuk mengecas bateri telefon pintar menggunakan suara dan sebagainya.

Selain daripada itu, sekuriti juga turut dijangka akan terus maju, dengan penggunaan biometric dan sebagainya, menjadikan data lebih selamat lagi. Mungkin kita akan dapat melihat teknologi pengimbasan cap jari, ataupun mata dengan lebih meluas berbanding sekarang.

Bersama-sama dengan ini semua, IBM turut sama meramalkan teknologi digunakan dalam membaca minda, teknologi mudah-alih yang lebih meluas, dan juga analitik yang lebih maju lagi.


Kandungan ICT Di Berikan Perhatian Oleh Kerajaan
[Video] JellyBus Memperlihatkan Aplikasi Fotografi Di Echelon 2011
HackWeekday Bakal Diadakan Pada 12 Oktober - Pendaftaran Dibuka Sekarang
(Video) Apa Kata Ramai Mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional
Aplikasi Android Untuk Amanz Dilancarkan - Dapatkannya Hari Ini

14 Komen

  1. Aizan Fahri pada 20 Dec 2011

    kumpul tenaga semula… the principle of conservation of energy, physics form 4 chapter 2

    • Farid pada 21 Dec 2011

      +1

    • hanyaair pada 21 Dec 2011

      teknologi menjana electrik drpd magnet dah ada..tp kenapa tak komersialkan?..tiap2 rumah tak perlu byr bil TNB..just beli generator tanpa bahan api tu je..

  2. kyo_9 pada 20 Dec 2011

    just th1nk..
    mantap!

  3. man22 pada 20 Dec 2011

    amanz,internet tak laju…boleh tolong capturekan beberapa gambar vid tu dan huraikan satu2…

    p/s:ini adalah nasihat

    • Awang pada 21 Dec 2011

      manjanya kamu ni..mcm budak sekolah plak

    • syamilshahimi pada 21 Dec 2011

      Pegi la carik hotspot. WiFi mamak pon dah cukup laju nak buffer. adoiiiiii semua nak kena suap

  4. Jyundoo pada 20 Dec 2011

    5 tahun lagi. ape akan jadi dalam dunia it ni

  5. hanafi bhari pada 20 Dec 2011

    gila makin maju :3

  6. ifwan pada 21 Dec 2011

    terbaik, aku pikir aku ngntuk, harap2 katil dtg sendiri dpn aku…hahaha

    • Riey pada 21 Dec 2011

      macam di syurgaaa… =)

  7. Juan pada 21 Dec 2011

    sangat best

  8. fiqueobiey pada 21 Dec 2011

    5 tahun yg mndatang..fuhhh

  9. syamilshahimi pada 21 Dec 2011

    Just by thinking? Boys will be great porn movie directors then. lol


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader