Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sehingga kini, ramai pengguna dan peminat Apple tempatan menantikan pelancaran iPhone 4S di Malaysia, dan seperti semua sedia maklum, MalaysianWireless menjadi yang pertama melaporkan iPhone 4S akan tiba di Malaysia pada 16 Disember kelak. Kini, beberapa informasi baru diterima kami, mengatakan iPhone 4S akan dibawakan oleh Maxis dalam tempoh dan tarikh yang sama.

iPhone 4S Dan Samsung Galaxy Note
Melalui apa yang kami dengarkan, ia diperkatakan Maxis telah pun mengadakan sebuah mesyuarat khas berkenaan dengan iPhone 4S bersama-sama staf mereka. Dimana ia disasarkan untuk pelancaran media pada 15 Disember, dan akan dilancarkan kepada umum pada 16 Disember kelak. Perancangan untuknya dijangka akan dimulakan pada 14 Disember kelak menurut salah seorang, namun kami percaya ia mungkin merupakan salah satu persediaan untuk minggu tersebut kelak.
Lokasi pelancaran yang dijangka akan adalah di MidValley (The Gardens?), dan diperkatakan sejumlah pengguna bertuah pertama akan mendapatkannya pada harga istimewa ataupun dengan aksesori tambahan.
Walaubagaimanapun, ia masih lagi pada peringkat ura-ura, dan kami tidak dapat memastikan kesahihan mengenainya sepenuhnya. Pelancaran iPhone 4S di Malaysia masih lagi bergantung pada Apple, namun kini dengan lebih ramai mengatakannya pada 16 Disember, mungkin ia adalah benar. Sama-sama kita nantikan lebih lanjut mengenai iPhone 4S di Malaysia kelak.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
They better have the battery problem fixed ASAP!
celcom? digi? takkan lambat kot…
yeahhh! x sabar dah ni,, hoho
harap2 iphone 5 next year
bulan oktober dan sampai bulan disember. setahun gak :p
still setahun gak kena menunggu.. hmm..
nice.
tidak menghairankan langsung…..cit…huhu
ko penah pegang iphone x???dh try ???hahaha…kesian…
yes!
gelak x cover.hahahahahhaha.
mungkin ip4 jer kt atas tu. yg ‘s’ tu aman conteng dgn marker. hahaha
itu memang iPhone 4S.. aku ada kat sana masa video tue dirakam… Hahahaha…
p/s : siri memang mengagumkan.. tapi lain, still sama..
betol2…aku dh try kt kdai hp…mmmg terbaik…vlingo n cluzee (dr android ) xleh pakai..ntah pape ntah…aku mmg tggu iphone 4s…galaxy tab dh boringg
saya buat lawak aje. bentuk sama, bagaimana nak bezakan 4 & 4s?
iphone 4s main perasaan.
Kalaulah dapat panggil SIRI tanpa menekan butang, lagi bagus..
Me: SIRI, (SIRI on automaticaly)
siri: Yes sir, may I help you…
ade lagi ke org tunggu? ok, mestilah ade.
ape pon siri mmg rawk. tp xworth utk beli satu henpon smata2 satu faetures yg mgkin jarang pakai
Ade sesape nak belanja saya tak.. hadiah belated birthday + becoming grad ker..? -___-”
Kumpul duit. Boyfriend cari sendiri kan?
agak merugikan klu beli i4S skrg ni…xde ape yg mnarik sngt…
Kalau dari gambar di atas, saya lebih teruja nak beli phone dgn skrin yg lebih besar. WOW!