29Dec

Jadual Pembangunan Dan Perancangan Windows Phone Sepanjang 2012 Tersebar

Microsoft

Salah satu sistem operasi mudah-alih baru adalah Windows Phone, dimana sejak diperkenalkan sebelum ini, sehingga ke hari ini, sebanyak dua kemaskini telah diperkenalkan, iaitu NoDo dan juga Mango, selain telah mencapai lebih 50,000 angka aplikasi yang ditawarkan untuk platform tersebut. Dan kini, perancangan Microsoft untuk Windows Phone sepanjang tahun hadapan turut tersebar di arena internet.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Windows Phone, semestinya anda ketahui akan yang mana seterusnya, Microsoft akan memperkenalkan kemaskini Apollo dan juga Tango.

Melalui latar masa dan jadual pembangunan yang tersebar, ia memperlihatkan Microsoft akan memperkenalkan Windows Phone Tango sekitar suku tahun kedua tahun hadapan, yang mana ia dioptimasikan untuk pengguna dengan belanjawan sederhana. Ia juga berkemungkinan hanya ditawarkan untuk beberapa negara yang terpilih sahaja, dengan peranti yang membawakan sekadar fungsi-fungsi asas sahaja.

Kemaskini besar berikutnya dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun keempat tahun hadapan, iaitu Windows Phone Apollo. Melaluinya, ia dijangka akan membawakan pelbagai penambahan bersama-sama dengannya, yang mana selain membawakan pelbagai ciri-ciri kompetitif, Apollo juga disasarkan untuk pengguna perniagaan.

Mungkin lebih banyak maklumat akan diketahui menjelang pelancaran setiap versinya kelak. Dan dengan Nokia yang menyokong penuh Windows Phone, semestinya tahun 2012 merupakan antara tahun utama untuk MIcrosoft.


Silverlight 3 Bakal Di Lepaskan Pada Bulan Julai 09
Microsoft Office 2010 Mencapai Fasa RTM
Uji Fungsi Baru Bing Melalui Bing Preview
Selepas Mango, Adalah Tango - Di Ikuti Windows Phone Apollo
Microsoft Memperlihatkan Sokongan Panggilan Video Pada Windows Phone Mango

6 Komen

  1. Myvitrd pada 29 Dec 2011

    ni untuk OS phone ke? ada jenama phone yg guna OS ni ye?

  2. Lia Nadia Qistina pada 29 Dec 2011

    Ada. Salah satunya Samsung Omnia 7.

  3. orang3belas pada 29 Dec 2011

    ..lovely Nokia Lumia 800.

  4. azwan11 pada 29 Dec 2011

    Nak tengok sejauh mana WP7 boleh pergi.

    • EddyGeek pada 29 Dec 2011

      personally, wp7 adalah pilihan terbaik selain phone android.. app meningkat dengan pesat dan memang banyak yang menarik.

  5. ali mamak pada 29 Dec 2011

    w7 leh g jauh kot..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader