28Dec

Jailbreak iOS 5.0.1 Tanpa Tambatan Kini Sedia – Sokongan Untuk A5 Akan Datang

Apple

Setelah memperkenalkan aplikasi untuk jailbreak iOS 5 dengan tambatan sebelum ini, kini Chronic Dev Team dan juga iPhone Dev Team telah pun melancarkan versi tanpa tambatan, membolehkan pengguna iOS 5 jailbreak akan peranti mereka dengan mudah. Namun seperti biasa, perkara ini tidak disokong oleh Apple, dan perlu dilakukan oleh pengguna atas risiko sendiri.

Melalui versi baru redsn0w yang dilancarkan, ianya menyokong iPhone 3GS, iPhone 4, iPod Touch dan juga iPad yang menggunakan iOS 5. Sokongan untuk iPhone 4S dan juga iPad2 masih belum diperkenalkan, dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi para pengguna yang telah pun menggunakan versi dengan penambat sebelum ini, mereka boleh memuat-turun aplikasi dinamakan Corona daripada Cydia, sekaligus mengemaskini peranti mereka kepada versi tanpa tambatan.

Untuk makluman para pengguna iOS yang baru, jailbreak adalah salah satu proses yang dilakukan pada peranti iOS dalam membuang beberapa had dan juga limitasi yang ditetapkan oleh pihak Apple, dan menggunakan kernel tersendiri, selain memberikan akses utama (root) kepada para penggunanya, sekaligus membolehkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi walaupun tidak dibenarkan oleh pihak Apple. Walaubagaimanapun, Apple pernah mengumumkan yang mana mereka tidak menawarkan jaminan untuk peranti yang melalui proses ini.


iPhone 4 Dari Maxis Seawal Bulan Ogos?
iPhone Versi Mini Bersaiz Separuh iPhone 4 Akan Diperkenalkan?
iPhone Generasi Baru Akan Membawakan Skrin Dari Bucu-Ke-Bucu?
Apple Membawakan iWork Pada iPhone dan iPod Touch
Mac OS X Lion Akan Dilepaskan Kepada Semua Pada Bulan Julai Ini

21 Komen

  1. life4hire pada 28 Dec 2011

    jailbreak tanpa tambatan….klasik sungguh bunyi nyer…hehe

    • M Hasan pada 28 Dec 2011

      Haha….. Untethered chicken = ayam tambatan

      • M Hasan pada 28 Dec 2011

        Ayam tanpa tambatan

        • Hanep pada 28 Dec 2011

          kasi tambat ayam ituu!!

  2. anazhd pada 28 Dec 2011

    bile lah A5 iOS 5.0.1 boleh jb ni :3 . nak gak sental2 sikit ipad ni, walaupun 100% apps beli kat appstore.

    • MrIphone pada 28 Dec 2011

      gila ayat ko bunyi berlagak nak mampus…ntah2 beli kat apps store guna cara haram aku pon boleh.fffffff uuu ccc kkkk u anazhd noob.

      • sinach pada 28 Dec 2011

        xpaham kenapa perlu butthurt?

      • ameng pada 29 Dec 2011

        tetiba je butthurt ni apsal bai

        • Affuan pada 29 Dec 2011

          Komen tak matang langsung.

          • Affuan pada 29 Dec 2011

            Aku maksudkan komen MrIphone. Kang Tak pasal2 orang butthurt kat aku plak. Kih3

  3. parih pada 28 Dec 2011

    hum…

  4. didit pada 28 Dec 2011

    dekat link mane boleh dapat?

  5. Ahmad Tarmizi pada 28 Dec 2011

    Salam Tuan,

    Mohon link ke blog saya untuk tutorial Untethered Jailbreak 5.0.1 (Windows) with redsnow. TQ

    http://myiphone2u.blogspot.com/2011/12/tutorial-untethered-jailbreak-ios-501.html

  6. AMR pada 28 Dec 2011

    terbaik!!

  7. nikillas pada 28 Dec 2011

    untethered dalam bahasa melayu rupanya tanpa tambatan..

  8. Nurmazwan pada 28 Dec 2011

    Terbaik for Iphone

  9. Ismail pada 28 Dec 2011

    kelaka gak di transletkan kepada melayu :P hehe

  10. fadfahmi pada 28 Dec 2011

    ramai yg komen pasal translation, termasuk lah saye.

    nasib baek yg jailbreak tuh x ditranslate kn, kalo x bunyi mcm: PecahPenjara tanpa tambatan

  11. yapompiow pada 28 Dec 2011

    Tunggu utk 4S plak

  12. Kosanostra pada 29 Dec 2011

    Aman,
    So do u mean by jailbreaking act kita load kernel baru dlm os tu?

    Kalo yes,camne mereka compile dan make balik all those system files?


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader