Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu produk tempatan yang popular adalah JomSocial, yang mana merupakan aplikasi tambahan untuk Joomla, membolehkan anda menukar pemasangan Joomla anda menjadi rangkaian sosial atau sebuah komuniti dengan mudah. Namun, dengan populariti WordPress yang semakin meningkat dari hari ke hari, pembangunnya mengatakan, yang mana mereka pernah turut sama membangunkan aplikasi tersebut untuk platform WordPress.
Bercakap pada WebCamp Kuala Lumpur, pembangunnya mengatakan yang mana mereka pernah membangunkan aplikasi JomSocial untuk platform WordPress, tetapi seperti dihentikan disebabkan beberapa kekangan pada platform tersebut. Ia masih tidak diketahui samada adakah projek tersebut masih diteruskan ataupun telah pun dihentikan sepenuhnya.
Kami sendiri pernah mendengar mengenai perkara ini beberapa bulan yang lepas, dimana pihak JomSocial telah mulakan pencarian pembangun WordPress untuk menyertai pasukan mereka.
Buat masa ini, untuk WordPress, terdapat beberapa aplikasi yang membolehkannya diubah menjadi rangkaian sosial dan komuniti, dan salah satunya adalah BuddyPress yang mana dibangunkan oleh pembangun WordPress sendiri – Automattic.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Sapa leak ni..
Oh tak perasan. LOL
bos sendiri leak :p
sape suruh tak pergi webcamp…
Come on WordPress Developers, we need you! Join this awesome project now!
pergh !this is so cun
wakaka
sape punya ni? haha..
hebat jika team Azrul dapat bina plugin untuk wordpress, masalah utama pada wordpress skrg adalah social site mereka, buddypress (mcm cb) di joomla dulu, banyak lacking dan susah setting untuk amateur, jika team Azrul continue develop untuk apps wordpress mmg terbaik, confirm saya beli…