28Dec

Tambah Pengetahuan Dalam Bentuk Interaktif Melalui Aplikasi King Of Trivia

Perisian

Salah satu cara pembelajaran interaktif adalah dalam bentuk permainan, dan perkara ini diterapkan melalui salah satu aplikasi baru dinamakan sebagai King of Trivia yang diperkenalkan khas untuk para pengguna Android. Melaluinya, ia membawakan pelbagai jenis kategori berbeza, membolehkan anda menjawab dan mengikuti pelbagai soalan menarik berkaitan sejarah dan masa kini.

Antaramuka Aplikasi

Salah satu perkara menarik yang dibawakan melalui aplikasi King of Trivia ini adalah rekabentuk antaramuka aplikasi tersebut sendiri yang ringkas dan mudah dikendalikan. Selain daripada itu, ia memfokuskan sepenuhnya pada kuiz tersebut sendiri, dan ketika memulakan aplikasi tersebut, para pengguna akan melalui permainan demo ringkas, untuk mengetahui bagaimana permainan tersebut dijalankan.

Struktur Permainan

Melalui King of Trivia, ia menyediakan kuiz dan soalan dari pelbagai jenis kategori dan genre, daripada sejarah, sains, teknologi, dunia, agama, sastera, filem dan banyak lagi. Setiap kali anda menjawab soalan, anda akan mendapat lencana khas, dan mencapai suatu tahap yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, sama seperti permainan popular “Who Wants To Be A Millionaire”, permainan King of Trivia ini turut didatangkan dengan beberapa pilihan untuk anda menjawab, termasuk membuat dwi-pilihan, menghentikan masa, dan juga memperlihatkan peratusan pilihan jawapan.

Setelah anda mencapai sesuatu tahap atau mendapat sesuatu lencana, anda juga boleh berkongsi mengenainya dengan menghantar kemaskini terus ke Facebook, ataupun mengintegrasikannya bersama OpenFeint, dan bersaing dengan rakan-rakan anda yang lain.

Muat-Turun

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi King of Trivia ini terus daripada Android Market hari ini, dan mula mengikuti pelbagai kuiz yang menarik, disamping pada masa yang sama menambah pengetahuan anda mengenai pelbagai perkara.


Muat-Turun Skype Untuk Windows 4.0 Sekarang
Avast 5.0 Free AV Membawakan Antaramuka Serba Baru
IE9 Beta Di Muat-Turun Lebih 10 Juta Kali
Versi Pembangunan Pertama Firefox 6.0 Seawal Pertengahan April
Cluzee Dilancarkan - Membawakan Sokongan Bantuan Pintar Berasaskan Suara Ke Peranti Android

4 Komen

  1. adib pada 28 Dec 2011

    kenapa semua Trivia jadi Travia?

    • aman pada 28 Dec 2011

      aiyak. silap-silap. hehe. dah dibetulkan. thanks bos. ;)

  2. Neo pada 28 Dec 2011

    Why why masa nak download dia kata device tak compatible. Saya pakai galaxy note. huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader