Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kotak carian Google sememangnya telah membuat pelbagai perkara menarik, dengan sokongan pengiraan asas dan sebagainya. Namun, bagi pengguna yang gemarkan matematik, ia semestinya tidak mencukupi, dan kini Google membolehkan anda memplot akan graf terus melalui kotak carian, dan melihat graf hasil daripadanya serta merta pada halaman keputusan carian.

Lihat graf ini secara langsung di Carian Google
Bagi mereka yang meminati Matematik, anda boleh terus menaip akan fungsi Matematik anda, dan seterusnya anda akan dapat melihat graf interaktif pada bahagian atas halaman keputusan carian. Melalui graf tersebut, anda boleh membesarkannya, mahupun membuat beberapa perkara tambahan dengan mudah, selain menggunakan pelbagai jenis fungsi Matematik padanya.
Jadi, apakah lagi yang bakal diintegrasikan oleh Google pada kotak carian mereka selepas ini?
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bwk android blik exam settle. haha
Lepas nie dalam term & peraturan exam dah kena detail gadjet yang ada kemudahan access internet di larang masuk.
Rasanya peraturan itu dah ada kan.
perghh makin hebat carian google sekarang ni
terbaik la google.. ni yg makin suke math
yang ni cam tiru unity ubuntu kat search app die orang pn boleh buat cam ni
kahkah! power. siapa yang lemau main graf ni boleh laa kot…
wow cool.
kenapalah time aku dulu dia tak buat macam nih… cuma masalah nak bawak henset jerla…
mende ni da lame le…. baru di integrate dalam gugel.. try buka http://www.wolframalpha.com
tau xpe.. WolframAlpha paling canggih
Boleh tahan gak fungsi ni.. memang menarik
semat bai
calculus… ~_~