Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, berkemungkinan pada tahun 2012 akan datang, selain daripada persaingan dalam dunia tablet dan juga ultrabook, mungkin kita sama akan melihat persaingan sihat dalam dunia televisyen, dimana hari ini, beberapa informasi berkaitan dengan projek daripada Apple dinamakan sebagai iTV dikongsikan bersama oleh Wall Street Journal.

Gambar Konsep Televisyen Apple [via]
Ia dilaporkan, AppleTV ataupun yang mana dikenali sebagai iTV akan bergantung kepada perkomputeran awan untuk memuat-turun filem, rancangan televisyen dan sebagainya. Selain daripada itu, ia juga kedengaran yang mana Apple mungkin akan memperkenalkan cara interaksi baru bersama-sama dengan set televisyen, termasuk integrasi sokongan kawalan suara (Siri?). Ia dikatakan melaluinya, para pengguna boleh menukar saluran ataupun membuat carian dengan mudah.
iTV juga dikatakan akan diintegrasikan bersama dengan peranti iOS, membolehkan para penggunanya mengawal set televisyen mereka menggunakan iPhone dan juga iPad dengan pantas.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk AppleTV ataupun iTV ini masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun begitu, ia diperkatakan, berkemungkinan akan dilancarkan sekitar 2013 kelak.
Sementara itu, Google juga turut sama memfokuskan pada GoogleTV, dimana baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan pelbagai kemaskini untuknya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tahniah lahh apple !
Apple terbaek
kat malaysia 2020 baru sampai,, haha
caya lah apple….!!
apple build for future.
iTV. Semua produk apple mesti guna ‘i’ di depan. Tak lama lagi iGlasses, iMicrowave, iThinkweshouldsuethatcompanyjustforthelulz
+1 LoLZ
good job apple
Kawal Tv menggunakan Siri sepertinya kurang praktikal. Kalau TV depan katil pagi2 malas rasnya nk bersuara. Kinect lebih praktikal. Microsoft patut terjun bersaing sama dalam teknologi TV.