21Dec

Lebih 1 Trillion Tontonan Video Diperlihatkan Oleh YouTube Sepanjang 2011

Google

Setelah Google mengeluarkan data berkenaan carian popular pada enjin carian mereka, kini Google turut sama telah mengeluarkan data carian berkaitan video paling popular di YouTube, selain pada masa yang sama mengeluarkan beberapa statistik menarik berkaitan dengan YouTube yang melibatkan pengguna seluruh dunia.

Seperti semua sedia maklum, YouTube merupakan laman perkongsian video paling popular didunia, dimana selain sekadar mengehoskan video, beberapa artis juga telah lahir daripadanya, termasuk juga beberapa artis tempatan.

Sepanjang 2011, lebih daripada 1,000,000,000,000 atau lebih senang dibaca, 1 Trillion video telah dimainkan pada YouTube, sekaligus membawakan kepada mana secara purata, seorang penghuni di muka bumi ini memainkan sebanyak 140 video melalui YouTube sepanjang tahun ini.

Apabila melihat daripada video pula, Rebecca Black dengan lagu Friday menjadi video yang paling banyak ditonton oleh pengguna seluruh dunia. Video NyanCat turut tersenarai sebagai antara video popular, dan saluran Machinima menduduki tangga pertama sebagai saluran paling popular.


Google Chrome 2.0.164.0 Menemui Para Pembangun
YouTube Memperkenalkan Perkhidmatan YouTube Live
Fungsi HTML5 Dan Multi-Tasking Pada Mango Diperlihatkan
Apa Kata Anda Mengenai Google+?
Aplikasi Google Translate Kini Turut Menyokong Terjemahan Suara Untuk Bahasa Mandarin

6 Komen

  1. mr . right pada 21 Dec 2011

    agaknye setiap minit video youtube dimainkan beribu-ribu kali :)

  2. Juan pada 21 Dec 2011

    black friday?

  3. Haziq pada 21 Dec 2011

    wow.

  4. fiqueobiey pada 21 Dec 2011

    beribu2 lemon :)

  5. nur pada 21 Dec 2011

    yg upload jer dah berapa ribu. storan video tu mesti lbih dr 500TB

    • lokei pada 21 Dec 2011

      yang tu xbeberapa penting..yang paling penting bandwidth..
      ko bayangkan byk mane bandwidth nak tampung 1 Trillion video dimainkan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader