12Dec

Lebih 300 Juta Peranti Mudah-Alih Dijual Samsung Sepanjang Tahun Ini

Gajet

Tahun ini merupakan antara tahun bermakna untuk Samsung, dimana sehingga kini, ia dilaporkan Samsung telah menjual lebih daripada 300 juta telefon mudah-alih diseluruh dunia, sekaligus mengatasi rekod tahun-tahun sebelumnya. Angka tersebut telah dicapai pada penghujung November yang lepas, dan semestinya ia akan terus meningkat dalam bulan ini.

Perkara ini, sekaligus menjadikan Samsung sebagai antara penjual peranti mudah-alih yang tinggi, dimana sebelum ini, mereka turut sama telah mengatasi penjualan peranti pintar oleh Apple, dan menjadi penjual peranti pintar nombor satu dunia.

Tahun hadapan semestinya akan menjadi tahun yang lebih menarik, dengan peranti Samsung Galaxy Nexus dan pelbagai lagi tablet dan telefon pintar merkea memasuki pasaran Malaysia dan juga global, serta memberikan saingan hebat kepada pengeluar peranti yang lain.


Nokia Komited Untuk Menarik Lebih Ramai Pembangun Perisian Kearah Platform Windows Phone
Celcom Mengeluarkan Pakej Rasmi Untuk Samsung Galaxy Nexus
Kemaskini Android 4.0 ICS Untuk Transformer Prime Pada Pertengahan Februari
Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan - Sedia Untuk Dimuat-Turun
BlackBerry Curve 9220 Dan 9320 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

19 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 12 Dec 2011

    Apple perintis teknologi…

    • sinach pada 12 Dec 2011

      tahap kronik ko ni..

  2. fadfahmi pada 12 Dec 2011

    apple jd tinggi hanya dgn 1 peranti je, ni samsung berapa byk peranti daa. try compare 1 peranti dgn 1 peranti, baru fair, cth, samsung s2 tu dgn iphone

    • sinach pada 12 Dec 2011

      kalo compare by peranti,Apple akan menang. tp ni citer penjualan gadget by company kot. by peranti tu dlm topik lain.

  3. Dukio pada 12 Dec 2011

    btul tu kalau nk compare dg apple baik compare semua android hp yg terjual

    • syamilshahimi pada 12 Dec 2011

      ni sorang lagi salah topic. orang cakap pasal hardware kau bising software pulak

    • amer sparrowhawk pada 12 Dec 2011

      haha. ape daa

  4. fadfahmi pada 12 Dec 2011

    typo merkea = mereka

  5. entah pada 12 Dec 2011

    menyemakkan pasaran

    • fadfahmi pada 12 Dec 2011

      nokia pun same gak satu ketika dahulu.

  6. meegomi pada 12 Dec 2011

    samsung naik sebab pakai android os.. kalau tak,, aku tak kelapaq nak pakai samsung

    • iems9188 pada 12 Dec 2011

      betui!

    • Najib pada 12 Dec 2011

      maknanya samsung berada di jalan yang benar???

    • malayz pada 12 Dec 2011

      thu xper…

  7. syamilshahimi pada 12 Dec 2011

    Thanks to Google (Android). Kalau nak harapkan BADA, harom xde yang nak beli. kui3

    • slee pada 13 Dec 2011

      kuikuikui!!

  8. nur pada 13 Dec 2011

    samsung banyak kategori dijualnya dr yg murah sampai yg mahal. psl tu ramai yg pakai.

  9. Hanep pada 21 Dec 2011

    merkea. oh merkea..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader