24Dec

Mari Kenali SOPA – Akta Yang Sedang Hangat Dibincangkan Akhir-Akhir Ini

Lain-lain

Salah satu perbincangan yang menjadi semakin hangat akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan SOPA, dan bukan sahaja hangat dibincangkan di Amerika Syarikat sahaja, malah media seluruh dunia. Melaluinya, ia bukan hanya memberi kesan kepada cetak rompak, tetapi kepada internet secara menyeluruh.

Apakah Itu SOPA

Semestinya salah satu persoalan yang tertanya oleh semua orang adalah apakah itu SOPA. SOPA merupakan singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dimana sedang diperbincangkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Secara kasarnya ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah cetak rompak melalui internet, namun ia memberi kesan yang lebih daripadanya, dan seperti tidak begitu adil untuk semua penyedia perkhidmatan berasaskan internet.

Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan Pengguna Malaysia

Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Selain daripada itu, memandangkan oleh hanya salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.

Siapakah Yang Membantahnya?

Buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet membantah perkara ini, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.

Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).

Jadi, Apakah Seterusnya?

SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.

Walaupun ia masih tidak diketahui kesannya, tahun hadapan akan menjadi antara tahun yang hangat membincangkan mengenai akta-akta berkaitan internet, termasuk di Malaysia sendiri yang membincangkan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional.


P1 Memperkenalkan Perkhidmatan VoIP
Pengguna Wanita Adalah Pengguna Telefon Pintar Paling Ramai Di Malaysia
Nizam Razak - Pengarah Awal Siri Upin & Ipin Dan Boboiboy Menerima Anugerah Tokoh Negara
Beberapa Perubahan Bakal Dilakukan Pada Draft Akta Badan Perkomputeran Professional
Mission Impossible : Ghost Protocol Dan Teknologi Yang Bakal Popular

57 Komen

  1. syamilshahimi pada 24 Dec 2011

    Nak banteras piracy kat Malaysia ni payah. Rakyat Malaysia dah hidup terlalu lama dengan barang piracy (mostly softwares) sampai barang ori yang murah pon dikira mahal (akibat dah selalu sangat guna benda free)

    • EddyGeek pada 24 Dec 2011

      amat bersetuju, pemikiran kita dah terlalu serasi dan dimanjakan bersama barang cetak rompak, piracy yang dianggap”percuma”. tak sedar yang perbuatan tu mencuri pada dasarnya.

    • rizuani pada 24 Dec 2011

      bukan selalu guna benda free..tapi tgk la harga dgn pendapatan org kat malaysia…mcm tak balance ja..kalau kat us cd/itunes/songs semua dlm 99cents ja..tapi ada ke kat malaysia? tak jual kan..kena beli cd gak yg harga rm40.

      software..mmg best pakai software ori..update, support..tapi compare U$ dgn RM tu tak sama…rasanya kalau tak ada monopoly baru la semua mampu milik..ni lagi satu yg dok discuss SOPA ni salah satu cara mcm mana nak monopoly la ni…

      • anazhd pada 24 Dec 2011

        -1

        Malaysia low tax, tak rugi pun beli barang ori.

        Luar negara, life cost sangat tinggi, tax tinggi, everything tax tax tax tax. Tapi mostly dorang boleh enjoy original stuff pada harga rendah becuz :
        1. Artwork kebanyakan dari negara dorang sendiri. example, EA Games, us uk cheap enough. Apa kata, Malaysia ada own independence game/software company sendiri, mesti murah kan? well tak jugak. Kos sara hidup makin meningkat, so, even Malaysian sendiri pun develop those thing, tetap harga akan jadi harga standard. Live with it, or be like what Tun M cakap..

        SOPA monopoly? Nope. Kau buat software, orang ciplak, happy? That’s why. SOPA bagus, tapi SOP Act jadi tak bagus sebab, terlalu strict. Faham2 sendiri, baca apa fungsi SOPA. Orang benci SOPA sebab we live on the freedom of speech ( The Internet ) . komen kau dah cukup bagus, ade point, tapi fakta bercampur aduk dengan Deo-pinion bak kat Anwar Hadi.

        Well, just hope that SOPA cancelled. Memang aku sendiri tak suka, walaupun aku mostly beli software and games on many platform, for enjoyment and pay the developer deeds.

        • anazhd pada 24 Dec 2011

        • DanishNoob pada 27 Dec 2011

          wei..tax malaysia tinggi la..
          Harga BMW 3 series ( bukan recond) sebenarnya lebih kurang rm150k++
          tapi,ce gi tgk kat website BMW…mau dekat 200k beb..

          • Sani pada 17 Jan 2012

            kalau ko nak tau, kat negara sosialis, tax diaorg lagi tingg.
            semua ada tax,tax,tax… tension aku dok kat sana

          • IJAT pada 20 Jan 2012

            Buat pandai la kau ni!

      • Syukri Lajin pada 24 Dec 2011

        nak halang privacy kat malaysia senang je… jangan sekat access kita bahan percuma yg legal.. saper penah kena content not available in your country kat youtube? padahal video2 tu rasmi dari company sendiri. tapi tu sekat la pulak kan. kalau stakat nak tengok2 skali dua, download je la yg pirate punya. beli bwat apa..

        • Jack pada 26 Dec 2011

          privacy ke piracy?

    • anazhd pada 24 Dec 2011

      +1

    • kj pada 24 Dec 2011

      memang tak adil buat google dan facebook..amanz,awak setuju???saya tak setuju…sebab cuba bayangkan,google cuma laman mengindeks web,so mengikut statistik google dah kesan lebih 1 TRILLION laman termasuk piracy…cuba bayangkan kalau google nak sekat beratus juta laman piracy kat dunia ni adalah mustahil dan kalau dorang x sekat laman google akan disekat..kalau sopa ni jadi,peganglah kata kata saya ni,PIRACY X AKAN PERNAH HANCUR SEKALIPUN DORANG SEKAT SEMUA PENGGUNA DARI MENGAKSES INTERNET..

    • AMR pada 24 Dec 2011

      sangat2 setuju…

    • Haziq pada 24 Dec 2011

      +++1

    • amar pada 19 Jan 2012

      piracy nie penting kot… for example aku sendiri membesar ngan piracy… kalo xde piracy jgn harap aku dpt kenal adobe photoshop, windows, mac OSX n laen2… sume tu aku x mampu beli guna duit aku sendiri… family aku bkn berduit n akn fokus kt pengajian je… mostly membe2 aku yg celik IT sume membesar ngan piracy… stop piracy = stop education… aku x rasa kerajaan akn support sume kt msia nie untk celik IT guna duit diorg… believe me piracy make world better… skrg nie aku dh ada duit skit so aku akn sokong developer ngan bli brg2 diorg… tp msih x mampu nk bli sume software yg ada dlm laptop aku nie… seriously… sume dlm nie lebih dr 1k kot… 1k aku bleh idup sebulan ngan perut kenyang… (aku msih lg student)…

    • azrai pada 23 Jan 2012

      setuju lah.. tpi pikir dari aspek laen k.. cam mner pelajar2 lain nk belajar lau cam 2… barang ori bukan semua komp ley gne.. slalunye software ori ni satu user diperlukn sahaja.. x kn lah sorng satu software ori.. kalo 6 subjek die nk bljar 6 software ori.. misalnye 100 student.. berapa bnyk duet kene labur.. pikir gak.. malaysia nie ramai g orng ssh… bn semua yg snng… jgn ckp pkai pendirian sndiri jerk.. lgipown sume ilmu nie pnjaman jerk.. pikir2 lah.. korng bolh setuju… ttpi orng lain cam mner.. x kn nk anak bangsa sendiri x berjaya…

  2. Ahmad Fikrizaman pada 24 Dec 2011

    ya.. ni la yg aku suruh update haritu…

  3. snazzybizarre pada 24 Dec 2011

    even Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, etc pun bantah… aku pon bantah gak r… hehe

    • snazzybizarre pada 24 Dec 2011

      BREAKING: GoDaddy No Longer Supports SOPA… hahaha

  4. Komander pada 24 Dec 2011

    Betul.. betul.. Rakyat malaysia (Baca: KITA) lagi sanggup beli cd cetak rompak yang murah beberapa ringgit dari beli yang ori. I mean, What’s the point beli yang ori kalau kita boleh dapat yang sama kualiti for a cheaper price. Tapi, bila aku yang bekerja sebagai seorang developer dan hasil kerja aku di tiru tanpa dapat kredit, tau plak aku marah.. Huhuhu..

    • zulware pada 24 Dec 2011

      betul 2..

  5. azwan11 pada 24 Dec 2011

    tak payah la stop piracy. xD

  6. acul pada 24 Dec 2011

    piracy ni smpai bile2 pun xkan setel. percayalah

  7. AF pada 24 Dec 2011

    Sebenarnye, piracy ni memang akan mengakibatkan kesan yang buruk. Dan sekarang ni, banyak company dah start jual barang murah dah. Example, anti-virusa software. Teramatlah murah. Cari tiga orang, boleh kongsi. Dan system macam Adobe ade bagi cari penyelesaian yang sesuai utk semua. Tak caya, contact dieorang. Ade jer yang nak tolong

  8. amirzaim pada 24 Dec 2011

    Kalau piracy, ada buruknya disebalik apa yang kita nampak sebagai percuma. Bayangkan kalau ada company IT yang baru saja berkecimpung dalam bidang IT dan kemudian pi menjual software-software IT, tapi bila cetak rompak sering melanda bidang IT, tu yang pekerja yang duduk dalam company software pun tak dapat cari makan. Kalau beli yang original, sekurang-kurangnya kita menghargai hasil titik peluh seorang programmer yang asyik menaip kat PC siang malam hanya untuk cari makan.

    Soal cerita pasal cetak rompak hakcipta, pihak yang berkaitan mengenai hakcipta spt produser, kompeni produksi pun naik bengang apabila karyanya diciplak, masing-masing claim kata karya ni dia yang punya padahal, ada jugak yang dok memandai-mandai maling hasil idea orang dan claim bahawa idea ni dia yang punya!!! Hakcipta konon, semuanya adalah BULLSHIT!!!

    Bila akta “illuminati” ni dibuat, tengoklah sape untung sape rugi…tapi kalau bab open source, rasa-rasanya tidak akan tergugat dek akta ‘illuminati” yang tak masuk akal! Dasar kapitalis, semua nak duit saje tanpa memikirkan orang lain yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Insya’Allah, akta “iiluminati” ini akan memakan diri pihak yang menyokong dasar kapitalis tersebut.

  9. syazwan pada 24 Dec 2011

    owh, i luv piracy… ~_~

  10. bisyairi pada 24 Dec 2011

    camne lak kalo developer sendri pun beli brg pirate.. ^_^

    • locx pada 29 Dec 2011

      hahaha..aku pun develop app pkai pirate nye software..

  11. Syukri Lajin pada 24 Dec 2011

    aku sokong KALAU BETUL aim dierang untuk “stop privacy”.. tapi betul ke SEKADAR nak stop privacy? bukan nak control content2 internet dunia? last2 betul macam video tu cakap.. budak2 nyanyi lagu justea bibir dekat youtube pun kena block.. masa tu saper boleh sekat?

  12. Azree Hanifiah pada 24 Dec 2011

    Godaddy antara yang support SOPA, jadi mari kita beramai-ramai tukar domain di Godaddy ke tempat lain. Hehe.

  13. ZoOL pada 24 Dec 2011

    GoDaddy tukar support die sbb ada big influencer(CEO dr company ape ntah) yg bagi threat utk tuka ke domain lain

    • Affan Ruslan pada 25 Dec 2011

      CEO Wikipedia decided to move their domain from Godaddy.

  14. adnin pada 25 Dec 2011

    MPAA dgn RIAA diorang rugi banyak sebab piratebay,warez bb , megaupload pwned diorang
    benda2 free ni tersebar cepat melalui torrent , filesharing,warez .. so kalau dah release mmg susah la nk halang
    hari tu kes diorang seized dns megaupload tapi tk menjadi last2 kena troll dgn megaupload sendiri
    try open megaupload.com siap buat video khas lagu megaupload
    sebelum sopa ni ada lagi benda lain tapi diorang failed untuk hentikan pirate termasuk la piratebay sendiri ..

    More News.
    http://torrentfreak.com/us-government-targets-the-pirate-bay-megaupload-and-others-111221/

  15. hangjebat pada 25 Dec 2011

    rasa tak perlu la sokong sgt negara yg memusnahkan negara2 islam… korang beli ori.. diaorg untung… diaorg untung diaorg bayar tax… tax diaorg beli peluru byk2… tembak saudara2 kita… kalo kita perlu kalo takde pirate baru beli ori…

    • tekong pada 25 Dec 2011

      just sekadar pandangan berasaskan komentar anda, apa pendapat kalau ayat diatas kita twist kepada – takperlu lah sokong bisnes islam. Sokong orang islam ni kalau bisnes orang islam untung diorang bayar tax diorang tindas non muslim.. diorang tembak semua yang non-muslim.

      apa yang anda rasa dengan ayat atas ni ?

      hanya kerana orang/negara itu bukan islam tak bermaksud segala jenis jenayah, curi, bunuh, mahupun membeli software pirate itu dihalalkan untuk kita berlaku sebegitu rupa.

    • syamilshahimi pada 26 Dec 2011

      banyak sangat pergi ceramah palestin ni. calm dwon bro. luaskan pemikiran tu sket, jangan paranoid sgt

      • q3y pada 19 Jan 2012

        +1

  16. nur pada 26 Dec 2011

    software ori dijual atas nk untung bagai nak rak jer. skrng ni di malaysia yg “conquer” barang teknologi bukan dr org melayu. org melayu bnyk bekerja di bawah kementerian yg kawal barang tu. ada nk sekat piracy sekalipun mesti ada sumber piracy lain akan timbul.

  17. Fizz.My pada 26 Dec 2011

    godaddy kecut perut… hoho. domain aku dari godaddy pe? aduh.. :P

  18. one pada 27 Dec 2011

    apa nk takut.. open source ade. video2 kt youtube pn kn ade. boley tgk yg ori free.. kalau dorg charge, nti bile da byk company trun harga gak nti..

  19. Gee pada 27 Dec 2011

    kalau yang ori jual murah tak pe la ini jual mahai sangat
    kalau tgk wayang cete orang putih 10 ringgit
    cete melayu sepatutnya 5 ringgit je
    ini jual sampai 50 100 gila aper
    biar harga murah asal orang mampu membeli
    kalau harga murah semestinya jualan pun akan meningkat tak getu

  20. Izzat Aziz pada 28 Dec 2011

    SOPA ni not at all about piracy.. kat luaran je nampak piracy.. tetapi sebenar ada udang disebalik batu.. setakat untuk piracy mereka dah buat macam-macam, kalau nak tahu pendapat lain tentang SOPA ni, google kat youtube.. WTF is SOPA.

  21. noname pada 11 Jan 2012

    KRU suka SOPA nie kekekeke

    • muazfaris pada 09 Feb 2012

      KRU bukan kuar masa awal2 sebelum start wayang ke?? hhehe

  22. kaihnsn pada 11 Jan 2012

    Ini semua agenda kapitalis untuk menetapkan harga barangan mereka tetap pada kadar yang tinggi. korang tengok saja la format movie bertukar dari VHS > VCD > DVD > BluRay tetapi movie yang dikeluarkan tahun 60an masih mahal giler bila format bluray dikeluarkan. jangan cakap filem itu masih belum dapat untung atau harga sekeping bluray giler mahal.

    content provider yang melobi SOPA ini bukan pembuat software kecil2an tapi bapak studio filem/muzik. mereka ini bertuhankan wang. jadi janganlah korang bersyarah pasal pembuat apss atau sebagainya. niat SOPA bukan melindungi pembuat apss atau software bilis ni.

  23. aimannajmy pada 17 Jan 2012

    SOPA akan mematikan banyak industri kecil dalam dunia intenet ni, dan akan memberi keuntungan tidak terhingga kepada pengawal industri atau big company yang mengawal industri berasaskan internet ini

  24. Masri Amin pada 17 Jan 2012

    cetak rompak kat luar secara terang – terangan pun susah na kawal inikan pula di alam maya

  25. paeh pada 17 Jan 2012

    kalaulah jadi. industri cetak rompak boleh up balik. jual cd cetak rompak tepi jalan misalnya. rasanyalah.

  26. mdfaizal pada 19 Jan 2012

    pasti antara org yg sokong kt malaysia adalah Bapa Dafi Ismail Sabri. hahah.
    bg aku pula korang semua keluarkn hujah2 berkaitan cetak rompak, apa2 hal pun perlu ingat:

    ” Industri IT kt Malaysia tak akan maju spt sekarang kalau thn 1998-2002 dulu, tauke2 sofwer cetak rompak tak jual CD sofware RM5 di LowYatt, Imbi & Sg.Wang – Itu permulaannya utk student/org perseorangan belajar sofwer2 mahal & bermacam lagi utk di terokai “

  27. eSafarEE pada 19 Jan 2012

    dah tgk freebieber.org? website tu berkenaan anti-SOPA campaign jugak…kandungannye akan membuatkn korang LOL! HAhAhaha..

  28. Ahmad Fuad Adzmi pada 19 Jan 2012

    hangat gile cerita ni

  29. amoi pada 21 Jan 2012

    masih ada banyak alternative nak download selagi Internet tak kena banned #troll

  30. dd pada 24 Jan 2012

    sopa ni nampaknya tak menyelesaikan masalahkan. banyak masalah lain yang timbul pulak. jgnlah laksanakan kat msia..

  31. muazfaris pada 09 Feb 2012

    walaupun org kecoh pasal SOPA ni..

    tetapi bila aku tanya member2 aku.. ada gak yang tanya.. SOPA tu ape ye???

    aku mengeluh, sebenarnya tak tahu jawapan gak..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Kerana SOPA, GoDaddy Kehilangan 21 504 Domain | Woot.MY
  2. Infografik: Dunia Tanpa Wikipedia | Paeh

Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader