Cari @ Amanz

Selain daripada pada iPhone dan juga iPad, hari ini, pihak Maybank turut sama telah melancarkan aplikasi perbankan mudah-alih mereka untuk para pengguna Android, membolehkan pelbagai urusan perbankan ringkas dibuat dengan pantas terus melalui telefon pintar mereka.

Antara urusan perbankan yang boleh dibuat melalui Maybank2U untuk Android ini adalah termasuk menyemak transaksi, menghantar duit ke akaun sendiri atau akaun pihak ketiga, membuat pembayaran, menambah prabayar, dan juga melihat tukaran wan asing semasa.

Aplikasi Maybank2U untuk Android ini hanya menyokong Android 2.2 dan yang terkini sahaja, dan boleh dimuat-turun daripada Android Market secara percuma bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd