Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu filem antarabangsa yang sedang hangat dimainkan di pawagam seluruh negara adalah Mission Impossible : Ghost Protocol. Seperti semua sedia maklum, beberapa teknologi yang dihasilkan pada hari ini, telah pun dipertontonkan melalui filem beberapa tahun yang lalu, dan melalui filem Ghost Protocol ini, beberapa teknologi yang bakal popular tidak lama lagi turut sama diperlihatkan.
Perkara ini telah pun diperlihatkan melalui pelbagai filem sejak beberapa tahun yang lepas, dimana untuk tujuan keselamatan dan juga sekuriti, selain menggunakan kata laluan dan juga imbasan cap jari, imbasan mata juga turut sama dipergunakan.
Beberapa pembaca kami juga memberikan respon melalui Twitter, mengatakan yang mana teknologi imbasan retina mata ini telah pun mula digunakan di beberapa pejabat disekitar Kuala Lumpur.
Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang luas dari hari ke hari, sekuriti dan keselamatan turut diberikan perhatian serius, dan mungkin ia akan menjadi salah satu teknologi yang popular dalam masa beberapa tahun lagi.
Dengan peranti-peranti dengan sokongan sentuhan semakin popular, salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Microsoft Surface. Seperti semua sedia maklum, Microsoft sendiri telah memperlihatkan kebolehan membaca barangan yang diletakkan di atas Surface, dan melalui filem Ghost Protocol ini, mereka memperlihatkan kebolehan untuk membaca storan USB dengan hanya meletakkan pada skrin sahaja, tanpa perlu cucuk ia pada slot khas seperti pada hari ini.
Pada awal tahun ini, Google telah pun memperlihatkan demonstrasi untuk Google Drive, iaitu kereta yang dipandu secara automatik tanpa sebarang kawalan manusia. Walaupun dalam filem Ghost Protocol, mereka tidak memperlihatkan sebarang kereta yang dipandu automatik, salah satu teknologi yang diperlihatkan adalah integrasi peta dan sokongan GPS pada cermin hadapan kereta, yang mana turut didatangkan dengan sensor khas untuk mengetahui objek dihadapan, dan memberikan amaran sekiranya terdapat bahaya dan sebagainya.
Walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk menjayakannya, tetapi ianya mungkin bukan sesuatu yang mustahil. Google sendiri telah membangunkan kereta automatik yang dipandu menggunakan sensor hadapan, dan mungkin dengan integrasi Google Maps dan sebagainya, ia akan dapat dijayakan dan direalisasikan dengan mudah.
Selain daripada itu, beberapa perkara lain, seperti penggunaan storan USB memperlihatkan yang mana walaupun perkomputeran awan makin popular, masih ramai yang menggunakan storan melalui USB untuk menyimpan data-data peribadi dan sulit.
Dengan zaman teknologi yang semakin bergerak pantas dari hari ke hari, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai teknologi ini direalisasikan dengan mudah dengan hanya beberapa tahun pembangunan sahaja, berbeza dengan sebelum-sebelum ini yang mengambil masa berpuluh tahun untuk dijayakan.
yup, banyak dah filem story pasal teknologi retina tu,…. and lagi advance, guna DNA..
aku pun baru update pasal teknologi baru.. jemput baca dan komen
..saya peminat Ethan Hunt.
BMW i8. The most awesome tech in the movie
cool,, x dpt lagi tgk, esok nak tgk la cmni,, hoho
Teknologi zaman Minority Report tu agaknya dah ada dah pun..
terbaik!
Lagi seronok tgk tech iron man..sume 3d hologram je..ntah bl nk merasa ;p
+1
+1
+1
cool
Amanz, ko patut tgok citer Hawaii Five-0 sebab setiap episode ada tunjuk penggunaan Microsoft Surface + Windows Phone 7. Microsoft cuba promote brand die guna series Hawaii Five-0, sampaikan pelakon guna perkataan “Bing It” untuk mencari lokasi/event.
Bing It.. haha.. nasibh bukan bingit.
style
penah dengar vein scanning biometrics untuk security dan sebagainya? dah ada kilang kat malaysia yg guna vein scanning biometrics (bukan thumb print) untuk security purpose n catat attendance dsb. ^^
yup,byk dorang promote gadget2 canggih ni dlm filem..mmg hebat
Gadget yang cool…
sayangnya filem melayu masih promote hantu, macam2 versi hantu ada :p
hahaha… stuju dgn ko.
hahaha..setuju !
Adakah penggiat filem Malaysia sedang cuba membangunkan teknologi hantu dan bomoh yang lebih terkini?
Santau 2.0 versi x64
setuju..kurang bajet maybe?
+1
+1
filem melayu? meh,,,aku layan boboiboi lgi best..grafik cun, storyline klakar. bak kata boboiboi – terbaekk
like sgt komen nie…
+ 9999 on this (^^)
pergh.. mmg tbaik wa ckp cite tu
baru tgk semalam, memg style, eye contact tu paling style, y awal2 tu bleh marking, y tgh2 cita tu siap bleh print g..haha
err, yg projector yg connect ngan ipad tu..siap de screen yg leh projector image blkng dia….power gk…ngan device cam wt resonance freq ut kuar kn bunyi air brtitik tuh..
bilalah agknya filem melayu nak jdi mcm tu…
jgn lupa teknologi iphone pun digunakan dalam filem ini heheh
moga satu hari nanti ada filem malaysia seperti Ghost Protocol
blm tgk lg
aku teringin teknologi yg ada dlm CSI.. hehe.