Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Lanjutan daripada pelbagai pertanyaan dan komen yang diterima berkaitan dengan draft Akta Badan Perkomputeran Professional, kini pihak MOSTI telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan dengan perkara ini, dengan berkongsi akan beberapa kebaikkan daripada perkara ini kelak. Selain daripada itu, MOSTI turut berkongsi akan siapa yang akan terlibat dalam perkara ini.
Menurut MOSTI, pendaftaran dengan Badan Perkomputeran Professional ini bukanlah salah satu kewajipan, dan melibatkan mereka yang terlibat dalam entiti dan sektor Infrastruktur Informasi Kritikal Kebangsaan (IIKK). Untuk makluman, mereka yang terlibat dalam IIKK ini adalah mereka daripada sektor pertahanan dan sekuriti kebangsaan, perbankan & kewangan, informasi dan komunikasi, tenaga, pengangkutan, air, perkhidmatan kesihatan, kerajaan, perkhidmatan kecemasan, serta makanan dan pertanian.
Daripada apa yang dikongsikan oleh MOSTI, mereka menyatakan mereka telah berbincang dengan pelbagai badan dan organisasi tempatan dalam hadir dengan draft awal untuk akta Badan Perkomputeran Professional ini. Walaubagaimanapun, daripada apa yang kami ikuti daripada laman-laman sosial dan sebagainya, ia kelihatan seperti ramai yang tidak mengetahui akan perkara ini.
Melalui kenyataan MOSTI juga, mereka mengatakan yang mana akta ini akan digunakan untuk mencapai beberapa objektif, termasuk menambah nilai pekerjaan IT, meningkatkan tahap standard, memberikan keyakinan kepada organisasi untuk mengambil mereka yang berdaftar dengan badan ini bekerja bersama mereka, menambahkan lagi tenaga kerja di sektor ICT dan beberapa perkara lain lagi.
Kami akan cuba membawakan lebih kemaskini daripada acara hari terbuka yang bakal diadakan oleh MOSTI pada hari Selasa kelak. Dan bagi mereka yang berada di kawasan sekitar Lembah Klang, mungkin anda boleh turut sama menyertainya dalam mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan perkara ini.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Mintak jgn buat pelik2 dah la ye..
Want to know the hilarious part? The country with a bill nearly identical to ours is…NIGERIA. -> http://www.cpn.gov.ng/index.php?page=showcnt&cat=4&subc=0&id=3 . So we’re taking a leaf out of their book? Brilliant, Malaysia, totally brilliant.
Aku masih ternanti2 lagi keputusan penuh.
Kalau betul apa yg diperkatakan tu, maknanya ok ke tidak yeee
payah la klau cm nieh, krenye klau x berdaftar, skill x diiktiraf…pe ke jadah la….!
“mereka yang terlibat dalam IIKK ini adalah mereka daripada sektor pertahanan dan sekuriti kebangsaan, perbankan & kewangan, informasi dan komunikasi, tenaga, pengangkutan, air, perkhidmatan kesihatan, kerajaan, perkhidmatan kecemasan, serta makanan dan pertanian.”
——————-
tgk mcm mnyeluruh jugak. haha. ntah pape.
ni kira mcm sijil MOF la ni.. nak apply tender kene ada sjil MOF.
Sy masih menanti..
^ bila nk buat liputan utk amanz?;D