21Dec

Mozilla Memperbaharui Perjanjian Bersama-sama Pihak Google

Google, Perisian

Dengan Google Chrome yang kini menjadi pelayar web kedua popular didunia, ramai yang menganggap Google berkemungkinan tidak lagi akan memperbaharui perjanjian mereka untuk menyertakan enjin carian Google sebagai enjin carian utama pada Firefox. Namun begitu, semua itu meleset, apabila hari ini Mozilla mengumumkan mereka telah memperbaharui perjanjian bersama-sama dengan Google.

Melalui pembaharuan tersebut, Google akan kekal digunakan sebagai enjin carian utama pada Mozilla, sekurang-kurangnya selama tiga tahun lagi. Walaubagaimanapun, selain daripada tempoh tersebut, tiada perkara lain diumumkan oleh pihak Mozilla.

Mozilla sendiri akhir-akhir ini telah bergiat aktif dalam pembangunan pelayar web mereka, dimana versi baru dikeluarkan setiap enam minggu, dengan bermula daripada Firefox 11 kelak, mereka dijangka akan menguji fungsi baru untuk kemaskini automatik seumpama Chrome, tanpa perlu melalui pelbagai proses seperti sekarang ini.


Firefox 3.5 Bakal Menggunakan Logo Lebih Berapi?
Google Music Dan Web Android Market Bakal Diperkenalkan?
Internet Explorer 9 Dilancarkan
Nexus Prime Dan Android Ice Cream Sandwich Mula Diperlihatkan
Aplikasi Rasmi TED Dilancarkan Untuk Platform Android

8 Komen

  1. suarakomputer pada 21 Dec 2011

    mozilla safety and chrome fast….i like it………….

  2. fiqueobiey pada 21 Dec 2011

    mmg gandingan yg hebat

  3. RAJAUNTA pada 21 Dec 2011

    Mozilla..
    Lama Xguna.
    Lg best ke skg?

  4. Ikmal pada 21 Dec 2011

    Google + Mozilla= GooZilla ….

  5. Picco pada 21 Dec 2011

    geeks + mozilla = tak dapat dipisahkan, jasa mozilla terlalu banyak bagi mereka untuk membangunkan sesuatu laman web dan aplikasi :)

  6. lokei pada 21 Dec 2011

    Aku suke Firefox ni sebenarnya sbb byk adds-on yang aku guna
    Chrome plak dah makin stabil skrg dan dah x crash macam dulu

    Skrg ni aku dah beralih ke Chrome walaupun aku ni pengguna tegar Firefox
    sbb Chrome lagi laju..seriously..memang laju

  7. Nisa pada 22 Dec 2011

    Semoga diperbaharui dengan jayanya!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader