Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, semua sedia maklum Facebook telah pun memulakan ujian untuk aplikasi desktop untuk Windows, dimana melaluinya membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa daripada Facebook terus daripada desktop tanpa perlu membuka pelayar web. Namun begitu, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan belum dibuka kepada umum lagi.

Namun memandangkan ianya dunia Internet, kini fail pemasangan tersebut telah pun mula tersebar, membolehkan semua pengguna Windows seluruh dunia memuat-turun aplikasi tersebut melalui pautan rasmi daripada Facebook, dan menggunakannya hari ini.
Jadi, bagi para pengguna Windows yang berminat, anda boleh memuat-turun fail pemasangan Facebook Messenger untuk Windows hari ini, dan mula menggunakannya sebelum para pengguna lain dapat menggunakannya secara rasmi.
18 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
whoaaaa.. brg baik punyeerrr…
bagosnye,,sedut dulu…
da cam myspace messenger lak
sayang belum ada fungsi untuk update status.
kalay nak maam tu,FlipToast ade..
FB 24×7 la camnie..
Bukan untuk Windows XP ahhaha
untuk pengguna windows 7 ja..
Aku tak puas hati jadi aku mencuba, output? memang bukan untuk \
Windows XP dan berbalik dan aku tak puas hati.
Puiiiih….. Baru nak sedut tp malangnya XP tak bleh pulak…..
nampaknya bermesej di FB lebih mudah dengan adanya FB Messenger.
adeh mcm mana nk sign out ni FB mesengger ni. adeh fenin2 gini. TAK buka fb pun fb mesengger still online. sape yg tahu nak kuar dari FB mesengger ni mcm mana???
ada ikon mesenger kat system tray, klik kanan – > log out
tak jadi pun.. dia bukak fb pas tu tak log in pun? ada idea/cadangan ke? terima kasih!
ada yang laen ugak????
ada masalah lg dgn windows xp. huu
mcm ym la nii