Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, kami telah pun sedia melaporkan mengenai perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai MudahAlih.my. Dan hari ini, perkhidmatan ini dilancarkan secara rasminya, membolehkan para pengguna tempatan berjual-beli peranti-peranti seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan gajet lain mudah, terus melalui laman MudahAlih.my. Dan dalam usaha menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, pelbagai peraduan turut disediakan oleh pihak mereka.

Melalui apa yang kelihatan, ia beroperasi seperti laman jual-beli biasa, namun ia membawakan skop khas, iaitu memfokuskan kepada para peminat peranti dan gajet. Buat masa ini, pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan tersebut adalah percuma, terus melalui laman web mereka.
Pada masa yang sama, mengikut pembangun laman tersebut, mereka turut sama akan memperkenalkan laman web versi mesra mudah-alih tidak lama lagi, serta memperkenalkan aplikasi khas untuk para pengguna Android, BlackBerry dan juga iPhone tidak lama lagi.
Bagi mereka yang berminat dengan peranti dan juga gajet, mungkin anda boleh melayari laman MudahAlih.my hari ini.
40 Komen
Tinggalkan Komen Anda
jual 2nd hand punya ke?
2nd hand ada, BARU pun ada.
trying to beat LYN? Kerja keras diperlukan dalam PnP
Kami hanya ingin menceriakan industri. Jangan risau, kami sentiasa bekerja keras. =)
all the best
Kami hanya ingin menceriakan industri. Kami akan cuba sedaya-upaya untuk melakukan yang terbaik.
semoga berjaya
LYN tak pernah mengaku dia laman jual-beli barang. Ia cuma forum sahaja. Mudahalih.my ni nampaknya menyediakan platform jual-beli yang khusus. Jangan banding epal dengan oren. Kalau nak gak, bandingkan epal dengan android
forum LYN berterabur.. tak teratur.. call2.. last2 benda tu dah berbulan jual.. tak reti nak update.. ishh
ooo..detailed untuk gadjet. nice
Terima kasih.
kebetulan aku tengah cari henfon murah. haha!
Jumpe ni kat laman ni, dapati Samsung Galaxy agak murah: http://mudahalih.my/product-description.php?id=20424
Terima kasih Amanz dan komen-komen pembaca semua.
Untuk join pertandingan kami (boleh menang iPad 2, Blackberry & Galaxy Tab), sila ke fb.com/mudahalih
bro yg wat laman ni ka?,
nak bagi opinion skit nih, kalau bleh wat automatic resize, so orang xkyah ank resize satu2 manualy,
Hai Gaga, terima kasih atas komen anda.
Kita sedang membina fungsi image auto-resize ni. Ia akan dilancar dalam masa terdekat, kena sabar buat sementara nye.
serius baru aku tahu kewujudan website ni lepas baca entri ni.. Tq bro kasi info
TQ kepada Amanz juga untuk entri ni.
serius baru aku tahu kewujudan website ni lepas baca entri ni..
mnariknye..
wah best. pasni ley usha2 hp.
menarikk
hoho..macam-macam website dah muncul..
dijamin selamat ke????
hahaha ! dijamin kot
sorry nak bagi tau navigation hilang..kalau dari index tekan ke category phone contoh htc..bila dah masuk tak da link nak ke brand lain..kena gi home balik..
ada link dgn website mudah.my ker??nama mcm lbih krang sama??
Nama je lebih kurang. Kebetulan sebab MudahAlih sememangnya bermaksud ‘mobile’ dan sesuai dengan gajet dan telefon bimbit.
Kami tiada sebarang hubung kait dengan Mudah.my. Kami 100% Malaysians. =)
komen skit..
search tu boleh letak lebih options tak? macam lelong.com.my.. susah nak shortlist range harga etc..
mekasih sudi membaca
Terima kasih Syukri.
Fungsi bagus ni akan dilancar dalam peringkat akan datang, kena sabar buat sementara nye.
okk.. daku tunggu dengan sabarnyaa..
nice
terbaik…satu lgk pembangunan dan kmajuan yg dicapai oleh malaysia
Terima kasih Ifwan. Laman ni betul-betul buatan Malaysia, kena support nye.
JOM SERBU!!
lama dah saya tunggu laman web macam ni, khusus untuk hp dan gajet..syabas kepada http://www.mudahalih.my
Hebat! Berapa kos untuk setup web begini…TQ
ada forum tak untuk dptkn info produk. Nak tau kelebihan dan kekurangan produk yang kita cari. Cara guna dan sebagainya. boleh kongsi idea
Azril, gambar produk website anda dikesan sebagai ads oleh adblock extension kat google chrome
Hai Fadli, terima kasih atas komen anda… kita akan kaji siasat ni.