21Dec

Nokia Menjenamakan Symbian Belle Kepada Nokia Belle – Kemaskini Bermula Februari 2012

Gajet, Perisian

Salah satu sistem operasi popular untuk telefon mudah-alih dari dulu adalah Symbian. Namun melalui artikel terkini daripada Nokia, ia memperlihatkan Nokia telah pun menjenamakan semula Symbian kepada Nokia, sekaligus menjadikan nama Symbian Belle kini dikenali sebagai Nokia Belle.

Ia tidak diketahui sebab mengapakah penjenamaan ini dilakukan. Sebelum ini, Nokia turut sama telah menjenamakan Ovi kepada Nokia, berkemungkinan untuk mengukuhkan penjenamaan Nokia itu sendiri.

Selain daripada itu, Nokia turut sama mengumumkan yang mana pengguna sedia ada peranti Symbian, seperti Nokia N8, Nokia E7, Nokia E6, Nokia X7, Nokia C6-01, Nokia C7 akan mula menerima kemaskini Nokia Belle bermula daripada bulan Februari 2012 kelak.

Melalui kemaskini Nokia Belle, ia membawakan penambahan skrin utama, membolehkan pengguna menambah lebih banyak widget dan aplikasi, selain mana turut membawakan kemaskini antaramuka, prestasi dan banyak lagi.


Pelayar Web RockMelt Di Lepaskan Dalam Beta Terhad
RockMelt Beta 2 Membawakan Pelbagai Kemaskini
Alien Dalvik 2.0 Membawakan Sokongan Aplikasi Android Pada Platform iOS
BitTorrent Menguji Aplikasi Penyiaran Melalui P2P - BitTorrent Live
Sokongan Aplikasi Android Pada Tizen OS Dipertontonkan

22 Komen

  1. DoNaT pada 21 Dec 2011

    bulan 2??? hampeh…. penat menunggu… nokia selalu tak tepati janji..

  2. Gee pada 21 Dec 2011

    kesian nokia dah tak laku

    • symbianterbaik pada 22 Dec 2011

      tipulah .. nokia adalah penjual smartphone paling banyak dan symbian pulak ada masih menguasai os mobile paling banyak digunakan sekarang. semua berita tentang kehebatan android adalah palsu belaka. symbian paling terunggul antara semua. aplikasi paling banyak dibuat untuk hp symbian

      sekian.

      • syamilshahimi pada 24 Dec 2011

        not sure if trolling…..or hipster

  3. azwan11 pada 22 Dec 2011

    cepat la tiba bulan 2

  4. faeez faster pada 22 Dec 2011

    Nokia memang LALANG! Dulu buat nokia maps tukar ovi maps lepastu tukar nokia maps balik. Dari kod hp 4 angka (ex:3310) tukar gune pangkal huruf (E,N,X & etc) lepas tu pakai angka(3 angka) balik.buat hp N900 os meamo5 terbengkalai, buat N9(meego) pun terbengkalai. Sekarang gune WP tak tau hala tuju sendiri. Ni name symbian belle nak tukar jadi nokia belle plak?mcm mane la nak tarik customer beli barang nokia. Nmpak sgt lalang. #LOL #justsaying

    • Izzuddin Jr. pada 22 Dec 2011

      Ha3x ! Good Point ^__^ !

    • Luxuryhost pada 22 Dec 2011

      + Reveal new HP but cancel for last minute without any statement

    • rizuani pada 22 Dec 2011

      hahaha L A L A N G…

  5. Streetech pada 22 Dec 2011

    #justsaying

  6. Savvy88 pada 22 Dec 2011

    Elop is loser! Symbian forever

  7. ray pada 22 Dec 2011

    Selagi elop ada selagi tu la nokia xde hala tuju…

  8. kerazeehisham pada 22 Dec 2011

    Lambat pun xpe. Yg penting hasilnye nanti berbaloi-baloi. Symbian Anna yg ade skrg ni pun lebih dr mencukupi. Pada yg x sabar sngt, Symbian Belle versi leaked pun x mengecewakan. Long live Symbian!

  9. nur pada 22 Dec 2011

    adakah OS drpd Nokia akan lebih popular daripada Android?. Symbian dulu legend sebelum OS lain timbul. pulak skrng Nokia dah ada 3 OS. sekali last-last pakai Android gak.. mcmana..mana tau Hati manusia boleh bolak balik..

    • symbianku pada 22 Dec 2011

      nokia takkan pakai android sebab adliayob kata android cara amerika nak mengusai dunia la… lebih baik pakai windows phone sebab ia bukan amerika

  10. lontong pada 22 Dec 2011

    symbian lah paling bagus sekali dlm dunia ni..semua os tiru dari symbianlah kalau korang nak tau. nokia pulak mana ada hp lain boleh lawan. pencipta hp mudah alih terunggul. tak caya tanya asri albaker dari symbianku.com

    • waie pada 22 Dec 2011

      asri al baker dah x dak kat syimbianku.com bro, munkin leh tanye pada bro adli.

  11. symbianterbaiksekali pada 22 Dec 2011

    nokia terbaik..

  12. MindaMalay pada 22 Dec 2011

    Kehebatan lagenda os symbian telah perlecehkan seteruk-teruknya oleh media2 utama amerika seperti engaget, cnet, zdnet dan byk lagi… Beberapa company barat juga telah menarik balik sokongan mereka terhadap symbian seperti skype dan skyfire. Dan company2 perisian barat yg lain secara jelas tidak akan menyokong symbian os.

    Agenda memonopoli sistem komunikasi dunia yang di terajui oleh android, ios, blackberry dan dengan sokongan dari kebanyakkan company amerika semakin menampakkan kejayaan. Symbian tidak lama lagi akan pupus selamanya di muka bumi ini seperti os os mobile lain…

    Symbian seperti sebuah negara yang hebat dulunya tetapi kini mempunyai waris kepimpinan yang lemah dan ditambah dengan musuh luar dan dalam yang berterusan mencari jalan untuk melenyapkannya dimuka bumi ini.

  13. faeez faster pada 23 Dec 2011

    Dah tu? Microsoft bukam amerika? Sbenar nye mcm ni. Dr dlu lagi symbian mmg problem. Kalau dlu sape yang pakai symbian, mesti da lali dengan hang dan lagging.tp time tu xde OS laen untuk smartphone slain symbian. Ade webOS ngan RIM pun kbykkan just support kat amerika. So nak xnak, negara laen pakai symbian dan mmbuatkan mereka gah didunia hp. Ditambah plak hp nokia yg tahan lasak. Symbian OS tak berapa stabil n prfect masa tu, tp dikeranakan kurangnya OS lain. Symbian tetap naik. Tp slepas adanya iOS dan android yg lebih stabil(kurang hang n lagging). Jualan Nokia yg mngunakan symbian trus merundum. Tp symbian cuba menaikkan mase dpn nye dengan keluar versi baru yg lebih stabil iaitu symbian^3, anna, belle. Tp syg, sume nye da terlambat.ditambah dengan sikap nokia mcm lalang. Sad story~

  14. awei pada 23 Dec 2011

    lmbt sgt.org smua dah gn yg hack.lg laju.


Trackbacks/Pingbacks

  1. 3 Pendapat Mengapa Nokia Tidak Menggunakan Android | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader