13Dec

Nokia Komited Untuk Menarik Lebih Ramai Pembangun Perisian Kearah Platform Windows Phone

Gajet

Pelancaran Nokia Lumia di Singapura – Sessi ramah mesra bersama pembangun perisian

Pada 7 Disember 2011 jam 3 petang, Nokia bersama Microsoft telah mengadakan satu majlis ramah mesra bersama pembangun perisian di Singapura. Majlis tersebut diadakan di 72-13 Sultan Mohamed Road.

Kata-kata aluan telah disampaikan oleh Encik Neil Gordon iaitu Timbalan Presiden Divisi Jualan, Nokia Asia Tenggara & Pasifik. Beliau menegaskan betapa pentingnya untuk Nokia menarik golongan pembangun perisian kerana mereka adalah nadi kepada sebuah ekosistem yang mantap.

Dari pihak Nokia, penerangan telah disampaikan oleh Encik Gary Chan selaku Pengurus Divisi Pembangun Nokia SGMY EDX (Singapore Malaysia Ecosystem, Developer, Experience).

Sementara dari pihak Microsoft pula, Encik Ed Quek iaitu Pengarah Bahagian Pembangun & Strategi Platform Microsoft Asia Pasifik menyampaikan ucapannya.

Pada majlis itu juga, Nokia telah menjemput 2 kumpulan pembangun tempatan Singapura untuk berkongsi pengalaman mereka mambangunkan perisian untuk platform Windows Phone iaitu HungryGoWhere dan Pasukan Pembangun “Skinery” yang telah memenangi pertandingan “Nokia X-Calibre Hackathon” yang diadakan baru-baru ini. Pasukan ini menerima hadiah wang tunai SGD4,000, sebuah piala, serta 4 unit telefon pintar Nokia Lumia 800.

Antara perkara menarik yang disentuh ialah:
- Pertama kali dalam sejarah Nokia, sebuah projek “device seeding” ataupun pemberian peranti untuk pembangunan secara besar-besaran bakal dilaksanakan. Sebanyak 25,000 (dua puluh lima ribu) unit Nokia Lumia 800 akan diagihkan kepada pembangun yang terpilih diseluruh dunia secara berperingkat.
- Untuk pasaran Malaysia khususnya dan Asia Tenggara umumnya, Nokia ketika ini sedang menyediakan prasarana yang diperlukan untuk memudahkan pengguna menikmati perisian-perisian Windows Phone yang berkualiti.
- Sebagai sebuah syarikat global, Nokia mementingkan pembangun-pembangun tempatan supaya perisian yang dihasilkan tetap relevan dan memenuhi kehendak masyarakat dan pengguna sesebuah negara.
- Hubungan baik Nokia dengan pengendali telekomunikasi sesebuah negara akan digunakan sepenuhnya bagi memastikan kejayaan platform Windows Phone. Sebagai contoh, melalui Nokia Store (dulu dikenali sebagai Ovi Store), Nokia telah menjalin kerjasama dengan lebih 92 syarikat telekomunikasi di 150 buah negara diseluruh dunia. Kerjasama seperti ini akan diperbanyakkan lagi dan akan mengukuhkan lagi Windows Phone.
- Nokia bekerjasama dengan banyak pihak dan agensi tempatan bagi menggalakkan pembangun menghasilkan perisian yang mantap. Di Singapura contohnya, Nokia menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan pendidikan bagi menyediakan dana juga menyediakan latihan, serta dengan beberapa badan penting yang lain bagi memberi peluang kepada pembangun. Situasi yang sama juga sedang giat dijalankan di Malaysia dan Indonesia.
- Nokia serta Microsoft sedang bekerja keras untuk membuka pasaran di negara-megara yang masih belum lagi menerima kemasukan ekosistem Windows Phone secara keseluruhan. Perkara seperti “operator billing” adalah antara yang paling diberi perhatian sekarang.
- Pembangunan perisian untuk Windows Phone boleh dikatakan sebagai strategi serampang dua mata kerana pembangun juga boleh mensasarkan platform Windows 8 dimasa akan datang dengan menggunakan kod serta Persekitaran Pembangunan Interaktif yang sama (IDE – Interactive Developer Environment).

Selesai majlis ucapan dan penerangan, satu sessi soal jawab telah diadakan dan juga untuk pertama kali dalam hidup, saya berpeluang bermesra dan bercumbuan dengan Nokia Lumia 800 dan Lumia 710 serta beberapa aksesori tambahan seperti “Headphone Monster” yang disediakan di ruang media.

Oleh Asri al-Baker untuk Amanz.my


Cukai Jualan Telefon Bimbit Di Malaysia Di Mansuhkan
Dapatkan Nasihat Pakar Untuk Peranti HTC Di Cubic Platforms
Windows Phone Mango Bakal Membawakan Lebih 500 Fungsi Baru?
Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab 10.1
Celcom Memulakan Pendaftaran Minat Untuk BlackBerry Torch 9860

7 Komen

  1. rizuani pada 13 Dec 2011

    so WINDOWS kena buka la luar2 tingkap tu..tukar jadi Door!

  2. BUN pada 13 Dec 2011

    woww.. cant wait for Windows Phone!! nmpak lebih mudah, simple dan ringkas!! (mcm same je pe yg aku sebut.. hoho)

  3. Omar pada 13 Dec 2011

    Nokisa? Typo atau memang betul..

    • asrialbaker pada 14 Dec 2011

      @Omar,

      Terima kasih. Typo tu. Sudah diperbetulkan.

      Asri al-Baker

  4. Famejade pada 14 Dec 2011

    mmg target nak pakai lumia ni awal tahun depan.

    bro asri dah jadi apps developer wp ke? tahniah.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader