READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Pernah suatu ketika dahulu semua ahli keluarga aku menggunakan telefon bimbit Nokia. Nokia menjadi telefon bimbit pilihan orang ramai kerana ianya mudah digunakan dan tahan lasak. Semua orang yang aku kenali ada sekurang-kurangnya satu cerita “telefon Nokia aku masuk longkang tapi boleh guna lagi” atau “telefon Nokia aku jatuh berderai tapi masih boleh disambung semula macam Humpty Dumpty”.

Sejak kebelakangan ini cerita yang kita dengar tentang Nokia bukan lagi cerita kenangan gembira tetapi lebih kepada mimpi buruk seperti “Nokia aku slow gila sampai dia berevolusi menjadi Slowpoke”. Nokia kini sebuah jenama jenaka dan sudah ditolak kebawah oleh pengeluar telefon bimbit yang lebih progresif seperti Samsung dan Apple. Rata-rata pengguna telefon bimbit hari ini mahukan telefon yang mampu berfungsi dengan baik dan bukan telefon yang tahan lasak. Tak percaya? Tanya sahaja pengguna iPhone4. Walaupun telefon ini tidak tahan dan mudah pecah seperti muka Manny Pachiao, masih ramai yang mendambakannya siang, malam dan kadang kala di subuh gajah.

Nokia N9 ialah telefon bimbit yang dikeluarkan Nokia bagi memperbaiki imejnya sebagai pengeluar telefon bimbit yang tidak mesra pengguna. Ketika diumumkan tahun lalu ramai peminat Nokia berharap peranti yang diperkasakan MeeGo Harmattan ini dapat membantu Nokia merampas semula kedudukan sebagai pengeluar telefon bimbit terbaik dunia.

Ketika diumumkan beberapa purnama yang lalu rata-rata ulasan yang diterima adalah positif. Ramai yang sukakan antaramukanya yang mudah dan teratur. Lebih ramai lagi yang suka rekaan minimalisnya. Beberapa minggu selepas itu Nokia menjatuhkan “bomb shell” dengan mengumumkan mereka tidak akan meneruskan pembangunan MeeGo Harmatan. Masa depan Nokia N9 terus terumbang ambing dan pengguna Nokia yang mahu membelinya terpaksa berfikir dua kali.

Persoalannya sekarang adakah Nokia N9 sebuah telefon bimbit yang harus anda miliki? Adakah MeeGo Harmattan mampu bersaing dengan iOS dan Android? Ikhlas aku katakan aku seorang peminat setia Nokia. Anda boleh katakan jika bercakap soal Nokia semestinya aku seorang yang berat sebelah bila mengulas peranti Nokia. Tetapi hari ini harus aku nyatakan aku sendiri pun tidak boleh mengesyorkan anda membeli Nokia N9. Mengapa? Sila baca ulasan penuh. Tapi sebelum itu mari kita lihat spesifikasi telefon pintar pertama dan terakhir yang menggunakan MeeGo Harmattan.

Spesifikasi Nokia N9

Dari segi spesifikasi N9 mempunyai perkakasan yang sederhana. Pemproses Cortex A8 1GHz yang digunakan satu generasi kebelakang dari apa yang ada dipasaran sekarang. RAM sebanyak 1 Gb memastikan N9 mampu melakukan pelbagai tugasan (multi-tasking) dengan mudah. Terdapat 2 pilihan storan terbina dalaman untuk Nokia N9 iaitu 16 atau 64 gigabyte.

Untuk kedua-dua versi tiada sokongan kad SD maupun output HDMI. Bateri N9 juga tidak boleh dibuka dan ini menyukarkan keadaan jika telefon ini tergendala ketika digunakan. Dari segi pilihan warna pula terdapat empat pilihan warna untuk versi 16 GB iaitu Biru, Magenta, Hitam dan Putih. Untuk versi 64 Gigabyte pula hanya model bewarna hitam ditawarkan.

MeeGo Harmattan

MeeGo Harmattan ialah sistem operasi yang dibina supaya mesra pengguna. Sebelum ini perisian Symbian^3 yang dibina oleh Nokia terkenal kerana mampu membuat penggunanya hilang sabar. Lokasi penetapan sesetengah fungsinya terletak didalam sub-sub menu yang tidak masuk akal. Tambah parah jika dibandingkan dengan sistem operasi peranti yang ada dipasaran, Symbian^3 memang jauh ketinggalan. Penaik-tarafan kepada Anna, 4 bulan yang lalu cuba memperbaiki permasalahan ini tetapi ianya masih gagal.

MeeGo Harmattan dibina bagi memudahkan anda menggunakannya. Kesemua antaramuka dan aplikasi dibina supaya dapat digunakan dengan menggunakan sebelah tangan. Aplikasi boleh ditutup dengan meggerakkan jari dari atas ke bawah skrin. Aplikasi yang aktif boleh diarahkan berfungsi di latar belakang dengan menggerakkan jari dari kiri ke kanan, kanan ke kiri atau atas kebawah. Anda tidak perlu menekan butang khas seperti yang digunakan iOS, Android dan Symbian. Jika anda mahukan sistem operasi yang minimalis dan mudah, MeeGo Harmatan pastinya akan terletak ditangga teratas sekali.

Setiap benda yang direka oleh manusia semestinya tidak sempurna. Sebaik-baik MeeGo Harmattan ada beberapa isu yang perlu aku utarakan disini. Pertama sekali permasalahan jumlah aplikasi yang terlalu sedikit di Nokia Store. Sama ada anda setuju atau tidak jatuh bangunnya sesebuah telefon pintar terletak kepada jumlah aplikasi yang boleh dimuat turun. Apple App Store dan Android Market menyenaraikan lebih 500 000 aplikasi manakala WP7 Marketplace meyenaraikan 50 000 aplikasi.

Bagaimana dengan aplikasi MeeGo di Nokia Store? Dari perkiraan ringkas yang aku lakukan terdapat kurang 1000 aplikasi yang boleh dimuat turun.

Anda mahukan aplikasi Whatsapp , Shazam , GSC , CIMB, Maybank dan Molome? Lupakan sahaja kerana kesemua aplikasi ini tidak dibangunkan untuk N9. Pilihan aplikasi yang boleh anda muat turun terlalu sedikit untuk sebuah telefon pintar. Kenapa perlu membayar RM1700 untuk Nokia N9 bila Samsung Galaxy Y yang mempunyai pilihan aplikasi lebih banyak dijual pada harga kurang RM500? Hanya seorang peminat tegar sahaja yang aku rasakan akan membeli Nokia N9 pada ketika ini.

Ini adalah agak menyedihkan kerana Nokia N9 bukanlah sebuah telefon yang gagal. Seperti aku nyatakan sistem operasi MeeGo Harmattan yang digunakannya cukup lancar dan senang digunakan. Binaan perkakasan juga sangat berkualiti. Tetapi jika tiada sokongan dari pembangun aplikasi dan pihak Nokia sendiri (Nokia sendiri membunuh MeeGo?) , apakah alasan anda untuk memiliki Nokia N9?

Nak tahu berapa teruknya Nokia Store untuk Nokia N9? Aplikasi WAJIB seseorang pengguna Nokia iaitu Gravity! (aplikasi Twitter) masih belum wujud. Ketiadaan Gravity! untuk N9 ialah seperti iOS tanpa Instagram. Jika aplikasi sepopular inipun masih tidak boleh dimuat-turun bayangkanlah nasib aplikasi lain.

Binaan Nokia N9

Nokia N9 menggunakan polikarbonat sebagai bahan binaan utamanya. Menurut Nokia ini mengurangkan masalah panggilan terputus kerana keseluruhan bahagian polikarbonat ini berfungsi sebagai antena. Bahagian skrin yang melengkung juga mempermudahkan aksi “swipe” yang menjadi tarikan utama N9. MeeGo Harmattan dibina bagi mengurangkan keperluan menekan butang dari mana-mana aplikasi. Aplikasi boleh ditutup atau diarahkan berfungsi dibahagian latar belakang semudah menggelongsorkan jari.

Secara automatik anda akan dibawa semula ke paparan utama sementara aplikasi yang aktif tadi kini berfungsi dibelakang tanpa gangguan. MeeGo Harmattan mempunyai kemampuan pelbagai tugasan yang terbaik pernah aku gunakan. Aplikasi masih kekal aktif sungguhpun ianya berfungsi di latar belakang. Ini berlainan dari system pelbagai tugasan yang digunakan pada sistem operasi iOS dan Windows Phone 7. Dalam Android pula ada had jumlah aplikasi yang mampu berfungsi di latar belakang. Siapa yang pernah menggunakan Android pasti sudah biasa dengan perangai Android yang secara suka hati mematikan aplikasi yang berfungsi di latar belakang tanpa disuruh.

Nokia N9 juga mempunyai kemampuan NFC dimana peranti seperti fon telinga, set Bluetooth dan pembesar suara boleh dipautkan kepada N9 hanya dengan melakukan sentuhan. Selain daripada itu fail-fail didalam N9 juga boleh dikongsi dan dihantar ke peranti lain yang mempunyai kemampuan NFC.

Kamera Nokia N9

Seperkara lagi yang menarik tentang Nokia N9 ialah kelajuan kameranya. Nokia memang sudah terkenal dengan kemampuan optik mereka tetapi sebelum ini kamera yang terdapat pada peranti mereka seperti Nokia N8 juga cukup terkenal dengan kelembapannya, berbeza dengan pada Nokia N9. Mengambil gambar adalah mudah dan cepat. Antaramuka operasi kamera juga dinaik-taraf dan jauh lebih cantik dari yang digunakan pada Symbian Anna.

Kamera 8-megapixel pada Nokia N9 masih tidak dapat menandingi kamera 12-megapixel Nokia N8. Didalam kategori kamera 8-megapixel pula, kualiti gambar N9 juga tidak sebagus Samsung Galaxy S2 dan iPhone 4S. Gambar yang diambil dalam keadaan terang kelihatan cantik walaupun sedikit kabur. Dalam keadaan gelap pula gambar yang diambil mempunyai masalah noise dan grain yang ketara.

Nokia Drive

Jika berbicara tentang Nokia adalah tidak lengkap jika aplikasi GPS Nokia Drive padanya tidak diulas. Aku dah menggunakan Nokia Map (nama asal Nokia Drive, turut dikenali sebagai Ovi Maps) selama 3 tahun dan sepanjang tempoh penggunaan tidak pernah sekalipun ia menghampakan aku.

Ketika menggunakan telefon ini selama 3 minggu kebetulan aku terpaksa ke Parit Buntar bagi menguruskan borang kebenaran nikah. Hendak dijadikan cerita aku terpaksa mencari rumah jurunikah bedasarkan alamat yang diberikan beliau. Apabila Google Map digunakan taman perumahan si jurunikah tak boleh dijumpai. Nasib baik ada Nokia Drive dan sepantas kilat tanpa perlu mencari secara atas talian rumah si jurunikah boleh dijumpai.

Memang tidak dapat disangkal lagi jika anda mahukan sistem GPS dengan khidmat pemandu arah suara serta peta Malaysia yang paling tepat, Nokia Drive adalah yang terbaik boleh anda gunakan. Peta seluruh Malaysia juga sudah pun dimuat masuk secara percuma anda tak perlu menggunakan pelan data langsung. Ini adalah penting sekiranya anda tidak melanggan pelan data tanpa had dari syarikat telekomunikasi Malaysia yang terkenal dengan tabiat memerah darah dari pengguna mereka.

PRO dan Kelebihan

  • MeeGo Harmattan ialah sebuah sistem operasi yang minimalis. Antaramukanya mudah digunakan tanpa masalah kelembapan yang sering dikaitkan dengan telefon pintar Nokia sebelum ini.
  • MeeGo Harmattan mempunyai sistem pengendalian pelbagai tugas (multi tasking) yang paling baik dalam mana-mana telefon pintar buat masa ini. Aplikasi yang diarahkan berfungsi di latar belakang terus berfungsi tanpa masalah tanpa perlu dibekukan seperti yang digunakan pada sistem operasi telefon pintar yang lain di pasaran.
  • Rekaan dan binaan yang cantik. Badan polikarbonat N9 tidak mudah calar dan pecah. Ianya juga sedap dipegang. Kaca lengkung pada bahagian hujung memudahkan anda melakukan aksi penggelongsoran (swipe) semasa melakukan navigasi didalam aplikasi.
  • Nokia Drive ialah aplikasi GPS terbaik yang boleh anda miliki di Malaysia. Ianya didatangkan dengan peta Malaysia yang terbina dan sudah sedia dimuat-turun. Anda tidak memerlukan pelan data untuk menggunakkan Nokia Drive dan ini menjimatkan kos penggunaan dalam jangka masa panjang

KONTRA dan Kekurangan

  • Pada harga saranan RM1700, Nokia N9 ialah sebuah peranti yang mahal dengan perkakasan generasi lama. Adalah sukar untuk mengesyorkan N9 yang mahal tetapi masih menggunakan pemproses 1 Ghz satu teras sahaja
  • Kamera 8MP pada Nokia N9 tidak sebagus Samsung Galaxy S2 yang dijual dalam lingkungan harga yang sama.
  • MeeGo Harmattan ialah sebuah sistem operasi yang telah dibunuh oleh Nokia sendiri. Jumlah aplikasi yang boleh dimuat-turun oleh anda di Nokia Store juga terlalu sedikit. Nokia N9 hanyalah untuk pencinta tegar Nokia yang tidak mementingkan penggunaan aplikasi-aplikasi popular. Aplikasi Gravity! yang cukup popular dikalangan pengguna Nokia juga masih tiada untuk versi MeeGo!
  • Tiada sokongan kad SD
  • Bateri tidak boleh diakses. Slot untuk SIM-mikro N9 juga agak sukar untuk dibuka. Paling aneh slot USB Mikro yang terhalang dengan penutup yang perlu dibuka sebelum boleh digunakan. Oleh kerana slot ini akan digunakan paling kerap untuk mengecas bateri, ada kemungkinan ianya akan patah apabila selalu digunakan. Ianya juga menyusahkan. Kenapa perlu diletakkan sistem penutup pada slot USB Mikro N9? Rekaan yang kurang mesra pengguna.

Kesimpulan

Nokia N9 ialah sebuah telefon pintar yang sepatutnya bagus tetapi menjadi sampah kerana ketiadaan sokongan dari pengeluar mahupun pembangun aplikasi. Sistem operasi MeeGo Harmattan-nya dimatikan beberapa hari selepas Nokia N9 dikeluarkan kepada umum kerana Nokia mahu menumpukan kepada sistem operasi Windows Phone 7.

Didalam pasaran telefon pintar sekarang terdapat peranti lain yang jauh lebih murah dan mampu melakukan lebih banyak perkara dari Nokia N9. Maka adalah sukar untuk mengesyorkan anda untuk membeli N9 walaupun saya seorang peminat tegar Nokia. Telefon pintar tanpa aplikasi yang menarik adalah seperti sebuah komputer tanpa program yang menarik. Yang tinggal cuma perkakasan yang tidak mampu melakukan apa-apa yang produktif.

Disamping itu ianya juga mempunyai perkakasan satu generasi kebelakang. Harga saranan RM1700 Nokia N9 oleh itu tidak memberikan nilai untuk wang yang sewajarnya

Sungguhpun begitu jika anda masih mahukan telefon pintar yang mempunyai rekaan seperti N9, tunggu sahaja Nokia Lumia 800 yang kelihatan serupa tetapi menggunakan WP7.5. Kalau tidak mahu menunggu lama beli sahaja Samsung Galaxy S2 yang kini mampu dimiliki oleh anda kerana harganya tidak banyak beza dengan N9 sekarang.

Terdapat 88 komen
Komen Popular
  1. Untuk hardcore fans yang sebelum ni pakai Nokia N900 (Maemo) komfom2 akan beli, MeeGo ada community sendiri yang still bangunkan apps sendiri tanpa bantuan Nokia..

    OS Maemo pun dah lama Nokia abaikan tapi kominiti Maemo still aktif sampai sekarang, Nokia tak buat update patch? Community Maemo buat sendiri update untuk software tu, which is bagi aku lagi bagus dari Nokia punya official update..

    Untuk MeeGo aku harap komuniti dorang akan still aktif macam komuniti Maemo, no more update from Nokia? Make your own!

Keseluruhan Komen
  1. ok ke henset meego ni? pernah nampak netbuk meegoo tapi rasanya mcm meegooreng je. terus saya tak minat mau makan.

  2. Review korang mmg terbaik. Super detail, cukup masam masin kepada Nokia. ‘Smart’nye sesuatu smartphone adalah bergantung kepada aplikasi yg boleh digunakan. Sekarang ni, standard bar untuk Nokia perlu capai adalah aplikasi yg mengikut arahan melalui suara.

    Nampaknya, N9 masih jauh dari garis standard piawai smartphone terkini.

  3. Ak skang nga komen pakai n9, ak xtrase kan sbrg masalah, mngkin org gile apps akan rase masalah, nyway, different is beautiful, jgn nnt korg tkejut, pmbangunan smule meego,, :)

    • reminds me of LINUX user yang katakan sejak 199 yang linux akan take over desktop

      masih menanti

      permasalahan open source ini ialah ianya hanya untuk enthusiast tetapi orang kebanyakkan bukan enthusiast

      orang ramai mahu mudah dan tiada pening kepala. DESWAI lah IOS laku. Stupid OS for people with no GEEK blood in them

      HAHAHA

      Good luck Meego. Show Elop he is wrong. HEHEHE

    • btl..bg yg xmnt app cm aq nie N9 mmg bbaloi..sumernyer baik..xder mslh lgsg nk mguneknnyer..aq pn hrap meego akn dbgnkn smle oleh phk nokia..N9 Terbaek arr..^^

  4. Untuk hardcore fans yang sebelum ni pakai Nokia N900 (Maemo) komfom2 akan beli, MeeGo ada community sendiri yang still bangunkan apps sendiri tanpa bantuan Nokia..

    OS Maemo pun dah lama Nokia abaikan tapi kominiti Maemo still aktif sampai sekarang, Nokia tak buat update patch? Community Maemo buat sendiri update untuk software tu, which is bagi aku lagi bagus dari Nokia punya official update..

    Untuk MeeGo aku harap komuniti dorang akan still aktif macam komuniti Maemo, no more update from Nokia? Make your own!

    • Nokia N900 user reporting. =]
      Just nk tggu review Nokia Lumia.
      N9 ni minat juga.. tp tak ada slot untuk external memory.

  5. ok..sekarang aku tak paham kenape seorg pengguna nokia n9 ni memperkecilkan phone aku..dengan bangganya..tapi aku bertindak membiarkan die WIN pasal aku taknak menampakkan die looser pada kawan² aku yg lebih 10org dikedai mkn itu

    • ada ambik but somehow aku terdelete dari desktop secara tak sengaja

      maaf. Pasal aku tau pembaca amanz mahukan sample photo. Dalam review peranti lain akan kami sisipkan contoh gambar

      sekali lagi maaf dari pihak kami. Phone dah bagi balik Nokia takleh nak reshoot

  6. Errmm..tp silap 1 je x cte psl meego…jgn lpe, ad software alien dalvik yg akn diperkenalkan pd 2012..yg akn wat kn meego dpt gne apps dr android..n maybe akn launch time ces 2012.. Msih ad future ntok meego..cheer guys

    • dari dulu la alien dalvik ni

      harus diingat kenapa perlu tunggu 2012 sedangkan android sedia ada pada harga yang murah.

      Masalah kompatibel atau tidak juga pasti wujud nanti. Maka alien dalvik bukan penyelamat N9 bagi aku. Perlukan lebih banyak native apps. Susah betul takde app ni. Ikhlas aku cakap aku rasa kalau N9 ada banyak apps nak gak beli pasal ianya SMOOTH dan cara dia uruskan pelbagai tugasan sangat WIN.

      Tunggu harga turun mendadak kot baru aku beli. Buat koleksi.

      • Android juga berasal dari Linux sama seperti Meego. Jadi tidak timbul persoalan Linux tak mampu menambat hati pengguna biasa yang bukan GEEK kerana Android paling ramai digunakan pada masa kini. Lagi menarik tentang Android adalah ianya dimasukkan semula ke dalam Linux kernel untuk driver-drivernya. Cumanya Linux terlalu banyak distro atau variasi maka variasi yang dominan akan berjaya dan terkehadapan. :)

  7. Aman di footer posting ni tak ada nama penulis, ok tak mengapa tapi yang mengapanya jangan pulak kau cakap ini hasil tulisan kau? kalau kau yang tulis memang aku tekejut jugak, macam obi ja yang tulis.
    ini review yang paling jujur pernah aku baca ada pro/con

  8. Secara jujur aku katakan mmg Nokia N9 ada banyak kelemahan seperti ketiadaan whatsapp, aplikasi2 basic, dan sebagainya. Namun, apa yang membuatkan aku jatuh cinta pada N9 adalah simplicity OS ni. Semua bergantung pada swipe. Aku syorkan bagi mereka yang tidak mementingkan apps, dan mahukan kelainan, korang boleh mencuba phone ini. Mmg agak sedih apabila orang akan memperlekehkan Nokia N9 ni, tapi its up to u guys utk be different :)

    • I don’t see perlekeh atau apa bro, tapi bagi aku semua device ada unique, dan N9 ada jauh lebih banyak unique feature berbanding telefon yang ada di pasaran sekarang :)

      • aku pula perlukan app. Nak beli tiket wayang GSC mudah. nak cek Amanz dah masukkan gaji aku ke belom pakai CIMB Clicks app. Pendek kata App itu essential lah bagi aku

        Jadi keanaroksiaan aplikasi di Meego Market membuatkan aku sedih.

        Symbian market lagi sihat dan ianya OS yang dah lagi terkebelakang.

        • yup.. it all depends pada user.. mcm aku x perlukan sangat apps since dah ada iPad.. ^_^ Semua phone akan jadi best bergantung pada keperluan kita :D

        • tak perlu bandingkan symbian dengan meego, sebab symbian dah diketegorikan mobile OS yang cukup matang sebagai phone OS kalau dibandingkan dengan iOS, Android dan sebagainya. dan nak bandingkan iOS, Android pulak bagi aku tak berbaloi sangat sebab masing-masing ada kelebihan, dan kelebihan itu buatkan ia unik.

          macam aku yang dah guna N900 dan tahu kemampuan OS+device ni, aku tak kesah sangat pasal apps sangat. perjalanan meego baru nak bermula walaupun bermula dengan goyah.

  9. Berkenaan alian dalvik, aku pernah terbaca dalam forum yang ia x akan dibawa masuk ke dalam Nokia N9 kerana dioranb perlu access yang lebih dlm ke dalam OS MeeGo. Nokia sendiri tidak membuka access ini kepada pencipta Alian Dalvik. So jangan berharap sangat dgn aplikasi 3rd party ni.

  10. aku ada pakai nfc bersama Nokia Headset BH505. So far mmg best sbb senang nak connect ke headset dgn sentuhan walaupun device tu off

  11. Nokia masih boleh buat device baru, tapi sayangnya ia hampir tak laku. N9 pun apps dia terlalu sikit. Walaupun OS MeeGo berasaskan Linux, kenapa tak pi buat cross platform dengan android app iaitu jadikan android app boleh berjalan pada OS peranti digital berasaskan Linux pula, senang sikit pengguna N9, takde yang merungut lepas ni.

    • architecture android tak sama dengan meego atau linux distro yang lain, walaupun android guna kernel yang sama

      beza paling besar, android tak pakai x window system(display manager), so dia takde GNU libraries.

      thats why apps yang design untuk android takle crossplatform ke linux distro yang lain atau meego. kalau mau crossplatform juga, developer kene build from scratch apps yang sama, untuk dua sistem yang berbeza. maknanya dua kerja la

  12. Aku dulu pun ada tergerak hati nak angkat N9.

    Tapi aku batalkan niat sebab nak tunggu model terbaru dari Nokia susulan dari pengeluaran N9 di mana aku aspect ianya lebih baik dari N9

  13. Ape yang aku tak paham pasal nokia ni ialah, kenapa buat handphone berasas kan OS meego? Sedangkan nokia tau OS baru susah nak naik, sebagai contoh OS meamo5. Mungkin nokia tak belajar dari kesilapan lepas. Maybe~
    Dulu aku ingat lagi nokia cube kurangkan mggunakan symbian dan meningkatkan WP7 dan meego. Sebab aku tgk OS meego lebih friendly dan boley pergi jauh. Tapi tidak pada symbian, even da upgrade kpada anna, tetap not friendly to user. Aku rase nokia fokus terlalu banyak OS sampai tak dapat catchup semua sekali atau kata lain tamak haloba! Amairite?
    Nokia patut nye buat handphone yang ade factor X. Baru la ade something special kat product die. Nak harapkan handphone tahan lasak jer, sampai bile? Mybe gabungan windows ngan nokia ade kelebihan. Sbab banyak product microsoft kat market. Sbagai pengguna blackberry, aku rase BB tak pernah kecewa kan aku even kne kutuk kaw². Sbab ade X-factor tersendiri. :)
    *nokia terlalu banyak kecewakan peminatnya. Pfffttt~

  14. Terima kasih atas ulasan yang penuh jujur. Jadi lepas ni tak perlu fikir panjang lagi kalau nak beli N9. Selama ni masih tertanya-tanya samada berbaloi atau tidak kalau nak beli N9 ni. Cuma next preview kalau boleh sertakan sekali jangka hayat penggunaan bateri N9 ni ye

  15. hello beruk Nokia N9 ada camera depan la. Tak percaya download applikasi kat ovi store mirror dan cuba

    • kamera depan tidak aktivated out of the box. Ianya disahkan sendiri oleh MD Nokia Asia Pasifik kepada pihak kami ketika pelancaran N9 dahulu. Tak silap ada kami paparkan video beliau mengesahkan hal ini.

      beliau sendiri berkata ini tertakluk kepada pembangun app.

      Pada ketika ini setahu kami tak boleh buat video call macam contohnya Samsung Tab.

      Oleh sebab itu bolehlah diklasifikasikan kamera depan N9 walaupun wujud secara fizikal tetapi tidak berfungsi seperti mana-mana telefon pintar lain

      Dari app kamera tiada pilihan menukar untuk menggunakan kamera depan. Spec sheet rasmi Nokia sendiri tidak menyenaraikan kamera depan itu berfungsi. Harap ini dapat mencerahkan sedikit hidup anda.

  16. bodoh warna itu bukan BIRU itu adalah CYAN bodoh and BODOH harga N9 adalah RM1799 bukan BAPAK YOU bagi discount ke?

  17. bukan ke N9 de kamera kat depan? kat bahagian bawah kanan.. tapi xbole wat video call kan? bukan ler xde lgsung.

  18. Aku rasa bagus gak ade review macam ni supaya mereka yang nak beli Nokia N9 benar2 tahu apa sebenarnya Nokia N9 ^_^.. Jangan main beli je

  19. aku rasa lepas ni confirm akan ada community meego macam community maemo. aku pengguna n900 (maemo) and update2 yg aku dapat dari CSSU maemo pun tak mengecewakan. and yang paling aku sayang n900 ni sebab boleh multiboot ke os android. so if aku nak main apps or games, aku just reboot phone aku then pilih NITDroid :)

  20. “pelan data tanpa had dari syarikat telekomunikasi Malaysia yang terkenal dengan tabiat memerah darah dari pengguna mereka” HAHAHA true

  21. errmm..soe bro.bkn nk bantah ke pe..ak pon ad nokia n9..slagi blom jd owner, x byk yg kte bole explore…1st day ak pkai n9 da lbey 60apps superb ak pkai..then, law pndai carik, bole tkr kn n9 kte jd developer mode..bole tweak mcm2, cm enable landscape mode..bole hack phon sndri so t bole install free apps..stkt social apps mmg complete, juz xde whatsapp je pon..4square, twitter, fb sume da ad..cpe2 nk bli..silalah…phon ni siez mantap gle..bnyk lg hackers/developer yg support n9..cool
    ni coth website ntok apps slain nokian9fanclub, cheer
    http://my-meego.com/software/

  22. walaupun n9 ni x byk apps,tp tetap menarik minat aku,lgpun apps2 lain boleh pakai kat iphone3g aku.
    bakal menggunakan n9 dan berharap dpt memuaskan hati aku

  23. Saya peminat setia nokia, bila i dapat tahu N9 sudah dipasarkan saya terus search dalam internet, magazine atau newspaper nak tahu gak apakah keistimewaannya, masa tu saya betul betul sgt teruja dengan keistimewaannya. lalu saya beli N9 64gb masa tu harga RM2000++. bila saya pakai dalam beberapa bulan saya rasa menyesal sangat N9 adalah phone yang banyak tak boleh memuat turun seperti applikasi whatsapp, 4shared, google dan banyak lagi aplikasi yang popular tak boleh dimuat turun kan. Apa yang boleh saya guna di N9 hanya sms, call dan ambil gambar saje. beli mahal mahal tapi tak ade quality. Apa boleh saya syorkan pada anda kalau nak beli, beli hp yang ada android kerana, bila anda beli phone yang ada android anda boleh banyak memuat turunkan aplikasi yg popular sekarang saya mahu tukar balik phone yang ade android. Sangat sangat sangat….MENYESAL!!!

Komen

Nama
Web