04Dec

Octove – Rangkaian Sosial Dari Malaysia Kini Mempunyai Lebih 70 Ribu Pengguna

Web 2.0

Salah satu rangkaian sosial tempatan yang aktif adalah Octove, dan kini ia diketahui laman sosial yang hanya berumur beberapa bulan sahaja ini telah pun melangkaui angka pengguna seramai 70,000 orang, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu laman sosial tempatan yang masih kekal aktif berbeza dengan lain yang berkubur selepas beberapa bulan dilancarkan.

Octove sebelum ini telah dilancarkan secara rasminya pada bulan April yang lepas, atau lebih tepat lagi pada 24 April, dimana membawakan konsep berbeza sedikit dengan laman sosial biasa. Melalui Octove, mereka turut sama mengintegrasikan sokongan ganjaran, membolehkan pengguna yang aktif menggunakan perkhidmatan mereka, selain mengajak yang lain memenangi pelbagai hadiah menarik melalui laman tersebut.

Pendaftaran yang mudah pada laman sosial tersebut juga, iaitu pendaftaran dengan menggunakan akaun Facebook, LinkedIN, Windows Live, Google, Twitter dan sebagainya, turut sama memudahkan para pengguna menyertai laman tersebut. Pembangun Octove juga turut sama mengatakan mereka telah merancang pelbagai perkara menarik lagi pada tahun 2012 ini dalam terus membawakan Octove ke peringkat seterusnya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh layari dan daftarkan akaun Octove anda hari ini, dan sertai rakan-rakan lain di Octove. Laman Octove juga turut disediakan dalam pilihan Bahasa Malaysia selain daripada Bahasa Inggeris.


MentariCSS Bakal Berevolusi Sepenuhnya
Churp Churp Kini Genap Dua Tahun Dilancarkan
Fibox - Perkhidmatan Platform Sembang Masa-Nyata Baru Dari Syarikat Tempatan
Twitter Mengaktifkan Sokongan HTTPS Untuk Semua Akaun
#Info : Rekaan Web 2012 - Susun Atur Responsif

14 Komen

  1. Farid pada 04 Dec 2011

    URL Octove kurang satu “w”

  2. Angely pada 05 Dec 2011

    octove ni macam 1malaysia sosial network. pakai socialengine.net juga ni. :)

  3. edc pada 05 Dec 2011

    xtahu plak psal kewujudan octove nie..

  4. lanz pada 05 Dec 2011

    baru tahu kewujudan octove ni..

  5. shifa pada 05 Dec 2011

    eh, nape aku tak tahu =_=

  6. Froyo pada 05 Dec 2011

    Octove kena bersaing dgn drbuku la nampaknya

  7. Bro Framestone pada 05 Dec 2011

    Terbaik :)

    Bulan depan ada contest dari Octove.. jangan lupa join

  8. zahierzulkafli pada 05 Dec 2011

    Dah lawa da. Cuma gambar yg ada dekat front page tu je.

  9. Ram pada 14 Dec 2011

    Octove akan dilancarkan dengan versi terbaru pada 31 disember 2011 …..

  10. drlove pada 15 Dec 2011

    Still support octove. mudah dan terbaikkk…

    Note:Masih lagi tak boleh connect thru FB. Blur2.

    • ram pada 05 Jan 2012

      sekarang dah boleh connect dgn facebook….untuk lebih menyenangkan semua wall facebook dan twitter skrg bersebelahan dgn wall octove …..

  11. ibnumalik pada 01 Jan 2012

    akan cuba…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader