READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Pakej iPhone 4S Daripada Pihak Celcom Akhirnya Diperlihatkan

Diterbitkan pada December 14, 2011 oleh

Akhirnya, setelah DiGi dan Maxis memperlihatkan pakej mereka, kini Celcom turut sama memperlihatkan pakej iPhone 4S mereka kepada umum, sekaligus bersedia untuk pelancaran yang akan dilakukan pada tengah malam esok, lebih kurang 24 jam daripada sekarang. Jadi, syarikat telekomunikasi yang manakah akan menerima pendaftaran yang paling ramai esok?

Seperti diperkatakan sebelum ini, melalui pakej Celcom, ia membolehkan para pengguna mendapatkan peranti pada harga serendah RM558 melalui pakej i248 selama 24 bulan. Bersama-sama dengannya, ia turut membawakan pakej baru, iaitu i68 dengan komitmen bulanan sebanyak RM68 sebulan dan penggunaan data sebanyak 800MB sebulan.

Celcom juga turut sama memperlihatkan dengan jelas mengenai harga yang perlu dibayar ketika pendaftaran kelak, membolehkan para pengguna bersedia sepenuhnya untuk mendapatkan peranti tersebut pada tengah malam esok.

Oleh: Fairuz Bakar

Terdapat 47 komen
  1. Apa maksud payment upon registration? senang cerita kalo nak beli masa tu aku kena bawak berapa banyak duit ? saya noob henpon package ni

    • onnet – call ke network yg sama (cth call dari celcom to celcom)
      offnet – call ke network lain (cth call dari celcom ke maxis)

  2. upfront payment tuuu duit cagaran.. kann ada rebate tuu 12 bulan.. duit nie dipulang semula..

  3. aku rasa aku dah paham.. baru usha thread iphone 4s dekat forum lowyat…
    onnet = sama network (iaitu celcom sama celcom)
    offnet = lain2 punya network ( celcom dgn org lain)

    sms tu offnet ke onnet?

  4. Pakej Digi paling murah dan senang faham…… pakej celcom ni mahal la.. pastu susah nak faham plak tu, nanti kang ada kos tersembunyi…. baik beli kat Apple reseller …. jadi xde la terikat ngan contract ni…..

  5. takleh nak buat lagi serabut ke table?
    kalau dah habis data usage camne? dia charge or slowkan internet cam digi?
    for now, digi still terbaik.. walaupun coverage tak banyak tapi bolehlah dalam bolehland ni.

  6. Aku rasa dlm banyak² telco Celcom paling senang paham. Harga yg perlu korang bayar masa nak beli iphone tuh dah dinyatakan dengan jelas pada ‘Payment upon registration’

    • da beli ek…4s? amek line pe?tgk maxis line cam mahal sket dataplan ntah pape…ngah dok survey neh…nak amek gak…

  7. pd pandangan aku maklumat yg mcm nie laa bagus coz lengkap…mmg ada org cuma nak tau brape korang kena bayar utk dptkan fon nie….biasalaa,dlm hati smua dah tanam bahwa yg penting dpt fon tue…kemudian hari punya citer lantak laa…..

    bagi kaki gayut aku rasa celcom adlh sesuai coz pggln celcom to celcom adlh free (12mth – 6000 minit dan 24mth-3000 minit) kira byk tue…

  8. Perbandingan paling cantik dan jelas ada di soyacincau. Memang pakej MARXIS dan celCOMMIE ni sesuai buat noob EPAL. Pakej DiGi adalah paling sesuai buat manusia bernama PENGGUNA BIJAK hahhaaha

  9. selepas beberpa bulan jee…harga akan jatuh, tunggu sesiapa yang tak mampu bayar, pasti dijual murah2……

  10. nak try test tengok, best ka tidak iphone 4s ni. dah biasa dgn celcom dan dah sebati dengan celcom..

  11. yg on network free 3000/6000 minutes per month confirm dpt atau ada syarat?

    aku bukak page celcom x cita lak pasal tu

    tlg explainkan pls

  12. Wow hebat ..tapi aku dah pun gunekan line Celcom..lau aku nk mbik IphoneS ni bley dapat RM500 gak kew..lau smpai RM2900 smpai mati x dapat lew..lebih baik simpan ckit ag beli kete bwu huhuhu…

Komen

Nama
Web