15Dec

Pear OS 3.0 “Panther” – Linux Dengan Antaramuka OS X Dilancarkan

Linux, Sumber Terbuka

Ramai yang gemar akan antaramuka OS X, serta menggunakan pelbagai perkara untuk mendapatkan sistem operasi yang lebih kurang sama dengannya, selain turut menggunakan Hackintosh untuk mendapatkan sistem yang sama dengannya. Namun, bagi para pengemar Linux, mungkin anda boleh mencuba distro yang dinamakan sebagai Pear OS, yang mana membawakan antaramuka dan rekabentuk lebih kurang sama dengan OS X.

Terkini, Pear OS 3.0 “Panther” telah pun dilepaskan, dimana ia dibangunkan berasaskan Ubuntu 11.10, serta menggunakan persekitaran desktop GNOME 3.0, dan menggunakan kernel Linux 3.0. Dan untuk memudahkan para pengguna memasang aplikasi dan sebagainya, ia turut menyertakan Pear AppStore padanya.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mencuba dan menguji Pear OS 3.0 “Panther” yang boleh dimuat-turun secara percuma dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit.


Ubuntu 10.04 Membawakan Antaramuka Baharu
Kemaskini Untuk WordPress 3.1 Pertama Dilepaskan
Software Freedom Day 2011 KL Bakal Diadakan 21 September Ini
JoliCloud Bakal Menjadi Perantara Anda Dengan Dunia Perkomputeran Awan
Anonymous Melancarkan Sistem Operasi Tersendiri - Anonymous-OS

28 Komen

  1. syafiq_lomotech pada 15 Dec 2011

    sat g kene saman dengan apple satu hal.

    • androidians pada 15 Dec 2011

      ni open source…mana boleh saman….unless diorg jual mende ni…sama mcm MIUI Os yg lebih kurang cam iOS….x boleh saman…

      • syafiq_lomotech pada 16 Dec 2011

        apple = patent. dari patent tu dia boleh saman mana yang patut.

        ke aku salah? kalau tiru tapi open source dan tak jual tak boleh saman ek?

  2. najashark pada 15 Dec 2011

    gnome3? rajin dia make up sana sini

  3. EddyGeek pada 15 Dec 2011

    off topic jap, Hackintosh tu illegal ke tidak?

    • Syukri Lajin pada 15 Dec 2011

      salah kot.. kalau kau download yg pirated.. illegal x2… haha

      • EddyGeek pada 15 Dec 2011

        ok tu memang sah illegal, tapi kalau beli, jadikan hackintosh dan gunakan pada custom pc / bukan komputer mac. legal kut.

    • melayubuntu pada 15 Dec 2011

      agak-agak windows pirate legal ke x?lol..

  4. Syukri Lajin pada 15 Dec 2011

    hahaha.. macam perlian semata2!

  5. Ahmad Fuad Adzmi pada 15 Dec 2011

    macam2,,

  6. aizuddin pada 15 Dec 2011

    tak sabar nak tunggu versi durian

    • pyrozyro pada 15 Dec 2011

      duriOS

  7. Zulhamizan pada 15 Dec 2011

    #LOL nih dah macam nak troll Mac users ja

  8. Rhanif pada 15 Dec 2011

    Nak cuba la.

  9. ZoOL pada 15 Dec 2011

    haha.. xyah pi install OS baru, korang pi donlod Marlin + tema Elementary + custom icons, dh dpat interface camtu.. :/

  10. Ikmal pada 15 Dec 2011

    haha .

  11. xdeath pada 15 Dec 2011

    ni buat.. durianTosh pulak pasni.. cantik gop.. Malaysian made.

  12. 1ms pada 15 Dec 2011

    Pear OS
    Think Totally Different

    lulz

  13. syazwan pada 15 Dec 2011

    nice…

  14. Firdouss pada 15 Dec 2011

    Boleh cuba ni

  15. amirzaim pada 15 Dec 2011

    lepas OS yang sebijik macam apple mac OSX, harap-harap bawak keluar pulak program lebih kurang macam wine, tapi boleh run mac program dalam linux pulak!!!

  16. yapompiow pada 15 Dec 2011

    sebijik! osx

  17. Namawi pada 15 Dec 2011

    macam elementary os je..

  18. syahrilhafiz pada 16 Dec 2011

    baik ko review Revamp aman..sebab tu OS buatan Malaysia gak selain SimpleLinux..lagipun DE agak nais..

  19. ahin2960 pada 17 Dec 2011

    Aku ingat movie je ada parody. OS pon ada parody jugak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader