Cari @ Amanz

Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kini Maxis telah pun menamatkan pendaftaran minat untuk iPhone 4S daripada mereka, dan mula menghantar emel jemputan kepada semua yang telah mendaftar minat dengan mereka. Melaluinya, beberapa informasi berkaitan bilakah ianya akan dilancarkan turut sama telah kelihatan.

Melalui apa yang diketahui pihak MalaysianWireless, Maxis bakal mengadakan acara pelancaran iPhone 4S di Kuala Lumpur Convention Center bermula pukul 9 malam 15 Disember. Walaubagaimanapun, pelancaran akan dilakukan pada pukul 12 tengah malam, dengan peranti pertama akan dijual bermula pada malam tersebut juga.

Sebelum ini, pada pelancaran iPhone 4, kami dapati terdapat beberapa orang peminat dan pembeli yang telah mula beratur sekitar 6 petang, dan untuk kali ini, mungkin kita akan dapat melihat ramai beratur lebih awal lagi untuk mendapatkan peranti tersebut.

Pakej dan pelan yang bakal dilancarkan oleh Maxis masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin akan diumumkan pada petang tersebut kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd