07Dec

Peminat Nokia Di Singapura Telah Beratur Awal Untuk Nokia Lumia

Gajet

Majlis pelancaran telefon-telefon pintar Nokia Lumia di Singapura akan diadakan pada pukul 7 petang ini waktu Singapura tetapi kelihatan sudah ramai peminat-peminat Nokia yang telah pun menghadirkan diri untuk menjadi antara 100 orang yang pertama di Singapura memiliki Nokia Lumia. Mereka beratur lebihkurang 8 jam lebih awal!

Nokia bekerjasama dengan Microsoft untuk mempromosikan telefon pintar Nokia Lumia di Singapura secara besar-besaran. Seramai 100 orang pembeli pertama Nokia Lumia 800 pada hari ini di tempat yang disediakan, akan mendapat Xbox 360 dengan Kinect bernilal $568 Dolar Singapura (lebihkurang RM1390) dan berpeluang untuk turut serta sebagai VIP (orang penting) dalam majlis pelancaran yang akan diadakan disebelah petang.

Sekiranya anda berada di Singapura pada ketika ini, jangan lupa hadirkan diri ke “Read Bridge, Clarke Quay” dan saksikan kemeriahan majlis ini.

Lebih banyak foto dan kemaskini boleh dilihat di Laman Facebook Nokia Developers (SGMY EDX).

Ditulis oleh Asri al-Baker, pembangun aplikasi tempatan yang turut menulis di i-Symbian yang menghadiri pelancaran Nokia Lumia di Singapura. Para pengguna yang mempunyai persoalan mengenai Nokia Lumia boleh ajukan melalui Twitter di @asrialbaker.

Laporan awal oleh TheIdealMobile


Microsoft Bakal Memperkenalan Marketplace Versi Web
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
Jadual Pembangunan Dan Perancangan Windows Phone Sepanjang 2012 Tersebar
Transformer Prime Mula Dijual Sebelum Tahun Baru Cina Di Malaysia
Samsung Memfailkan Hak Cipta Untuk Tablet Dwi-Panel

15 Komen

  1. Izamir Ridzwan pada 07 Dec 2011

    pergh 100 org terawal dpt xbox.. memang untung la.. beli lumia dpt xbox…

  2. Mashi pada 07 Dec 2011

    perghh.kat Malaysia takde buat camni ke dapat xbox free

  3. Bob Capone pada 07 Dec 2011

    Kalau kat indonesia ni, dah ade yang mati ni, tgok mcm kejadian mse pelancaran BB ape tah..

    • sarraazzam pada 07 Dec 2011

      setuju2!diorg kn xreti nk bertertib..

  4. Ekspresi Ruang pada 07 Dec 2011

    damn, siap dpt xbox kinect lg. mmg cool habis.

  5. kaihnsn pada 07 Dec 2011

    Ni bukan kes beli xbox dapat Lumia free kah huahuahua. Sian Nokia henset jadi alat free gift utk Bill Gates je.

  6. Ahmad Fuad Adzmi pada 07 Dec 2011

    gile untung!

  7. sinach pada 07 Dec 2011

    gile kau, dapat xbox ngan kinect. mau xberatur. aku mungkin beratur n jual balik lumia tu.yg penting xbox dlm tngan.

    kalo symbian mmg aku consider utk simpan

  8. ezry pada 07 Dec 2011

    lumia lumia…

  9. azwan11 pada 07 Dec 2011

    kalau dekat malaysia tak dak punya nak beratur macam ni

    • sinach pada 07 Dec 2011

      kalo kasi xbox,aku rela beratur.

      • waie pada 07 Dec 2011

        blh tanye skt tak? Xbox 360 ngan kinect tu ape? sb saye x tau!.thanks.

  10. parih pada 07 Dec 2011

    malaysia xde?

  11. jawa boyz pada 07 Dec 2011

    kat malaysia bile lumia akn djual nie..klu cpt bly smbr,klu lem n9 la jwbnye.nokia terbaik..

  12. Ahmad Hati pada 09 Dec 2011

    Semangat gila


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader