18Dec

Pengalihan Firefox Dalam Bahasa Malaysia Kini Menghampiri 63%

Perisian, Sumber Terbuka

Salah satu pelayar web yang digunakan ramai di Malaysia, merupakan Mozilla Firefox, dimana menduduki tangga kedua hanya dibelakang Google Chrome. Sebelum ini, beberapa pembangun dan penyokong sumber terbuka telah pun memulakan usaha untuk menterjemah dalam bahasa Malaysia, dan kini ia diketahui pembangunannya telah pun sampai sehingga ke 63%.

Buat masa ini, masih lagi tiada sebarang tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi. Namun, sekiranya ia menerima lebih banyak sumbangan daripada komuniti dalam pengalihan bahasa, maka berkemungkinan ia akan dilancarkan lebih cepat lagi.

Buat masa ini, selain daripada komuniti, ia juga menerima sokongan daripada pasukan sumber terbuka daripada Universiti Utara Malaysia. Dan bagi mereka yang turut sama ingin serta dalam pembangunan Firefox dalam bahasa Malaysia, anda boleh merujuk kepada sebuah dokumentasi ringkas yang disediakan, dan sama-sama kita membantu dalam merealisasikan perkara tersebut.


Mozilla Thunderbird 5.0 Beta Sedia Diuji
Mozilla Menguji Cara Log Masuk Baru Menggunakan BrowserID
Infografik : Pencapaian Mozilla Firefox Sepanjang Tahun 2011
Jayonik Menawarkan Simulasi Pemanduan Kereta Yang Realistik - Undi Mereka Hari Ini
Nestle Malaysia Menawarkan Aplikasi Resipi Masakan Untuk iOS

5 Komen

  1. ali mamak pada 18 Dec 2011

    emm.. ok gak 2 translate ke bahasa malaysia

  2. i wong pada 18 Dec 2011

    tapi ada ke pakar BM untuk terjemah ni? saya ni pengguna biasa jer.

  3. Acul pada 18 Dec 2011

    yeah suke.. tp penterjemahan tu jgn la terlalu terjemash sgt. kang kelakar lak bace

  4. Jyundoo pada 19 Dec 2011

    p aku still rase xbest kalu diterjemahkan. he

  5. Yem pada 21 Dec 2011

    Saya rasa apa-apa yang diinovasikan ada peminatnya dan jika anda tidak minat, sila gunakan inovasi sesuai dengan level anda, itu lebih mudah dan nampak bijak.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader