Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Artikel ini ditulis oleh Ahmad Azam, yang mana kini sedang membuat kertas akademik berkaitan dunia era selepas PC. Beliau juga turut meminati dan berpengalaman dalam perkara berkaitan Android. Boleh dihubungi melalui Twitter di @damhamaza.
Semasa pengumuman gajet iPad 2, Steve Job pernah mengatakan bahawa kita sekarang sudah berada di era selepas PC (Post PC Era). Perkara yang sama turut diulangkan oleh Steve Job ketika ditemuramah di All Things Digital pada Jun 2010, beliau menyatakan kita sudah sampai satu era yang baru, iaitu Post PC Era dan dalam masa yang sama mengakui PC “telah membawa kita jauh” dan perjalanan ini mungkin menjadi sedikit bebanan kepada seseorang.
Terma “Post PC Era” ini bukannya baharu. Pada tahun 2004, apabila IBM dan bekas CEO Microsystem – Jonathan Scwartz menyatakan bahawa “Kita telah berada era selepas PC sudah bertahun lamanya” dengan merujuk kepada statistik penjualan telefon yang telah mengatasi jualan PC. Terma ini turut diperkatakan pada tahun 1999, seorang saintis dari M.I.T memberi gambaran bahawa pada masa hadapan (kini) komputer menjadi kurang penting kerana kebanyakkan gajet akan mengandungi cip yang boleh berhubung dengan internet. Salah satu gajet itu adalah telefon pintar dan juga tablet.
Sejak dari tahun 1995 lagi, orang ramai telah diperkenalkan dengan Windows 95. Penguasaan PC dan Microsoft sangat hebat sehingga mampu mengagalkan beberapa teknologi yang tidak berkembang bersandarkan Microsoft dan contoh yang paling dekat adalah Linux. Mereka mengharapkan Linux diterima oleh orang ramai, tetapi gagal.
Statistik terkini (ketika artikel ini ditulis) mengenai penjualan PC yang dikeluarkan oleh Gartner, menyatakan walaupun ada sedikit peningkatan akan jumlah penjualan PC pada tahun 2011 berbanding tahun 2010, tetapi di pasaran-pasaran yang sudah matang (Contohnya di US, UK) jualan PC adalah mengecewakan. Populariti peranti seperti iPad dan telefon pintar telah sedikit sebanyak menjadi penyebab utama.
Pembuat PC seperti HP dan Dell sudah mula mencari jalan untuk mencuba perniagaan yang lain. Hewlett Packet (HP) pada mulanya mengejutkan ramai pelabur bahawa mereka akan menjual unit PC mereka, tetapi mengubah kembali keputusan itu, IBM pula telahpun menjual unit PC mereka kepada Lenovo pada tahun 2004 dan Intel pula telah membuat pelaburan besar sebanyak $300 juta untuk memulakan projek Ultrabook dalam usaha untuk kekal relevan setelah gagal untuk memasuki pasaran telefon pintar / tablet.
IDC mengjangkakan pada tahun 2015, lebih ramai pengguna akan berhubung dengan internet menggunakan telefon pintar atau tablet berbanding PC.
Saya melihat perkara ini adalah lumrah dalam mana – mana teknologi. Satu perkara yang timbul pasti akan berakhir. Orang yang berniaga pasti tahu bahawa apabila sesuatu produk telah sampai tahap “matang”, pasti akan mula menunjukkan graf penurunan.

Disesetengah pasaran yang sudah mencapai tahap matang, mungkin era PC sudah berakhir atau sekurang – kurangnya menunjukkan tanda sedemikian. Tetapi bagi pasaran yang belum diterokai sepenuhnya, inilah peluang kepada pembuat PC ini untuk kekal relevan dan sekiranya mereka tidak mula untuk memasuki industri telefon pintar / tablet, kita boleh ucapkan selamat tinggal. Ada beberapa faktor yang menyebabkan berakhirnya era PC, dimana ia akan disentuh lebih mendalam di artikel yang seterusnya iaitu “Bermulanya Post PC Era” dan juga “Usaha Intel & Microsoft Untuk Kekal Relevan”.
Artikel ini ditulis oleh Ahmad Azam, yang mana kini sedang membuat kertas akademik berkaitan dunia era selepas PC. Beliau juga turut meminati dan berpengalaman dalam perkara berkaitan Android. Boleh dihubungi melalui Twitter di @damhamaza.
60 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Nice entry!
IMHO, entri ni ada 2 view, bagi negara maju, kemungkinan betul era PC tu menuju kepada akhirannya kerana semuanya berkonsepkan awan, melalui konsep inilah, peranti handheld dan tablet seperti iPad, dan sebagainya.
Namun, bagi negara dunia ketiga atau negara baharu, era PC mungkin seperti baru bermula. Di negara2 Afrika contohnya, konsep OLPC boleh dikatakan ibarat baharu mendapat tempat. Di Nepal, penggunaan PC dan jaringan Internet masih dianggap baharu.
It’s depend on the tech of the country, adakah zaman komputer peribadi telah berakhir? Yup, ia sedang berakhir. Ia sedang menuruni suatu tembok. Tapi tembok yang amat panjang.
+ 1..tembok besar Malaysia kah ?
nyampok jap.. HP is for Hewlett Packard, bukan Hewlett Packet..
Rasanya tidak untuk masa yang terdekat ni. Terutama untuk kerja-kerja di pejabat. Adakah semua pekerja akan menggunakan tablet mahupun laptop untuk menyiapkan tugasan mereka? Tidak sama sekali. Sekurang-kurangnya di Malaysia…
faham sales tak? *bump*
+ 1
ye bukan dalam masa terdekat. terung tu tak paham artikel ni baca betul2
di kebanyakkan syarikat, sudah banyak menggunakan laptop untuk pekerja mereka pakai. Sebabnya? Pekerja takde alasan lagi kalau kerja tak siap..haha..Laptop boleh bawak balik rumah. Bila laptop boleh bawa balik ke rumah, kerja sekali pon ada dalam laptop tu…hehe.
Di Malaysia mungkin la lambat lagi…nak kata pasaran pc di Malaysia sudah capai tahap matang…belum lagi kot…tak mengkaji pula perkara ini.
BTW, Lenovo telahpun mengeluarkan Tablet untuk digunakan oleh orang – orang pejabat
dan laptop lenovo sering digunakan oleh orang pejabat…
http://www.lenovo.com/products/us/tablet/thinkpad/
lepas post-era pc ape plak?
nice info,
kajian yang baik sekali
| nice info -
kemungkinan besar betul le orang guna table dan smartphone nanti
benar sama sekali pasal artikel ini… klu tgk budak2 zaman skrg, PC pun diorg da x pandang da.. nak main game.. contoh: angry birds, iPad or Tab aje yang dicarinya. ada pernah sekali masa aku tgh jalan2 kat shopping kompleks. seorg anak mintak iPad dari ibunya. “Mama.. nak iPad.” hahaha… budak tah bape tahun da kenal iPad dari PC..
tapi untuk productivty,PC still menjadi pilihan.wapon ade tablet,iPad dan smartphone bila buat kerja betul,none of them can replace PC,so far. mostly yg maukan iPad sume tu adelah utk leaisure dan sedikit bab productivity.
i say yes to ultrabook
+1
PC masih releven untuk pengguna pejabat,untuk rumah rasanya dah mula nak berakhir.
mungkin era kamera DSLR juga akan berakhir sekira adanya ini:
http://theultralinx.com/2011/12/icam-apple-camera-concept.html
=P
High-end DSLR tak mungkin. Entry point yes.
era baru akan berkunjung tiba… mengikuti perkembangan teknologi zaman sekarang.. kena refer graph product life cycle… introduction, growth , maturity dan decline..
wow…Good Info
era baru, aku rasa pun zaman komputer peribadi akan pergi sedikit demi sedikit tinggalkan kita.
banyak kelebihan gadget skrin sesentuh sekarang dapat sambutan..
pandangan itu memang benar tetapi jika dilihat dari skop Malaysia, ia adalah lebih perlahan, di mana masih ramai yang memerlukan PC. Tidak semua fungsi PC boleh digantikan dengan tablet dan smartphone. That’s the fact.
can’t play skyrim with tablet. enuf said.
macam cita sain fiksyen ja artikel ni
PC tetap pilihan gamer…
desktop era may be over, taoi aku rasa masyarakat masih depend on computer (laptop) untuk heavy tasks. gamers pon prefer PC untuk gaming. apa barang Angry Birds, Skyrim le. lol
+1. assasins creed juga.
dota !
+1Juta
Batman Arkam city ftw..haha
yes bro.point yg bagus.tablet,smartphone more kepada leisure ringan. untuk pkerja yg sebenar,PC still jadi pilihan.sama jugak games, gamers xpandang sgt angry birds unless for leisure dlm LRT atau toilet sambil berak. mungkin suatu masa nanti bila technology boleh beat PC juga.
crysis la wei
+1
PES 2012
klo dlm tablet,game bola cm harem..
For hardcore gamers, PC era will never end.
kena pasang butang rate untuk artikel camni, memang menarik, aku kasi 9/10
PC pada masa depan akan jadi premium item, rare..susah nak dapat…plus, tablet or phone skang spec makin bagus…pembangunan sangat cepat….
Setuju.
masa akan datang orang akan main game power2 kat tablet or pc secara online. bila internet da laju masa akan dtg. masa tu graphic card ape sume x diperlukan da
PC era takkan hbis cume berkurangan. Jika ada smartphone/tablet yg boleh upgrade hardware secara diy, mungkin…..
iMac ttp menjadi pilihan bukan saja sbg gajet tp juga sbg item dekorasi konsep moden dlm rumah
negara barat mungkin, negara kita lambat lagi….kos tinggi sedangkan kita cuma negara membangun….
baru aku sedar. thanks
oh tidak.. selepas ni zaman personal tablet, personal smartphone..
tengah cuba membayangkan kalau nak buat kerja guna tablet.. oh sangatlah tidak kondusif dan efektif, tak produktif..
Memang ramai berkata tablet dan smartphone lebih kepada hiburan dari kerja. Faktanya hari ini begitulah. Sehingga tablet mampu ambil alih tugas kerja sepenuhnya barulah era PC berakhir. Memang ada org menggunakan tablet unutk kerja luar dan ofis tapi masih belum ramai.
begitulah juga dulu perihalnya dengan PC..sape sangka mesin taip dulu sangat best, tup tup kuar PC…nak cari mesin taip skang pun dengan muzium jer..hehe…
PC adalah improvement kepada mesin taip. tp tablet bukan improvement kepada PC. at least buat masa sekarang ni la
skrg nie laptop da gempak2 gler, pc org da x pandang da…tablet pon da makin gempak spec nye, mmg x lama lagi sume pon tuka jadik hologram je la…
~_~
makin kurang la manusia yang buleh DIY PC mereka sendiri.. keh keh keh..
good article!
lepas ini kita boleh beralih kepada quantum computer pula.
Aku guna mobile phone untuk baca email, kemudian beralih kepada SGT untuk paparan yang lebih besar.(tak semua kompeni tak beri kemudahan blackberry)
lepas sebulan, terpaksa membeli laptop sebab merasakan sedikit terhad dengan capability tablet.Agak sukar untuk muat turun sesetengah file/dokumen rumit bersaiz besar dari Tablet.
Desktop atau laptop; kita perlukan sesuatu yang padan dengan konsep mobiliti.
mungkin aku mengundur kebelakang.
Zaman PC mungkin berakhir, tapi penggunaan PC masih lagi kekal relevan. Dengan kelebihan utamanya iaitu mudah dibaiki, upgrade, serta murah ia tetap menjadi pilihan lebih-lebih lagi pada Gamers dan Designer.
Walaupun Linux gagal memonopoli pasaran berbanding Microsoft, tetapi hari ini dah semakin ramai yang menggunakannya. Linux adalah percuma dan OSnya menunjukan peningkatan yang baik dan mampu menarik pengguna Microsoft menggunakannya. Tengok salah satu Distrubutionnya di Ubuntu.com.
era PC masih belum berakhir…penghujungnya pun masih belum nampak..penggunaan PC masih meluas, terutamanya dalam sektor pekerjaan dan perkhidmatan. kita masih menggunakan PC di pejabat dan aku tak rasa PC di pejabat akan pupus dalam tempoh 10 tahun akan datang..
dalam masa yang sama, aku tak nafikan tablet dan smartphone akan terus mendapat perhatian. bagi aku, smartphone dan tablet hanyalah satu aksesori tambahan kepada PC.. kelebihan tablet dan smartphone cuma mobiliti, dan banyak task yang kita tak boleh jalankan dengan sempurna pada gajet tu.
satu lagi faktor yang mempengaruhi, evolusi PC tu sendiri. kalau PC pertama dulu sebesar sebuah bilik, hari ni PC/laptop yang kita tengok cukup kecil untuk kita bawa kemana-mana..satu masa nanti, tak mustahil laptop boleh dilipat dan dibawa dengan mudah, sepertimana tablet dan smartphone, tanpa menjejaskan task yang boleh dijalankan.
Memang tak mustahil PC mudah alih tercipta. Lebih-lebih lagi dengan penghasilan OLED Skrin, skrin yang boleh lentur. Jadi suatu hari nanti skrin tu boleh gulung jer dan bawa ke mana-mana macam bawa drawing arkitek tu. Sekarang ni memang dah ada idea nak buat PC camtu. Boleh tengok di link di bawah berkenaan prototaip design “D-Roll Laptop”. Memang canggih kalau betul ada nanti.
http://budget-pcpart.blogspot.com/2011/07/dasyat-teknologi-display-paling.html
Walaupun tablet dan telefon pintar semakin mendapat tempat dalam arus perdana, fungsi kedua-duanya masih terbatas, lebih tertumpu kepada konsep mudah alih dan mesra internet.
Komputer pula masih diperlukan untuk kerja-kerja seperti pendokumentasian dan penyuntingan kerana faktor prestasi, spesifikasi dan kepuasan. Bagi peminat permainan video tegar, khususnya genre strategi dan MMOPRG pasti memilih komputer.
PC ni di pejabat masih digunakan. ada spec di pc tidak boleh pada tablet & juga telefon pintar, hatta laptop sekalipun.. salah satunya menukar spec dan mendekorasikan gadget itu. PC boleh main tanggal & tukar-tukar ikut suka hati selagi ikut spesifikasi, tetapi di tablet tak boleh, itu pun cuma software, di smartphones pn begitu juga.. kalau ada tablet yg boleh ditanggal-tanggal & ditukar isi dalamnya ikut sesuka hati mmg terbaiklah gadget sebegitu.
Pada aku, PC akan jadi macam disket, macam dinosaur. Sebab kita boleh perasan vendor-vendor komputer pun dah mula beralih kepada penghasilan tablet.
Sebelum tablet, orang heboh-heboh fasal net book. La ni model net book sudah pupus, antaranya Dell Inspiron 1018, tahun 2010 dilancarkan tapi tahun 2011 dah takde.
Pembangunan tablet akan berkembang begitu cepat, aku percaya dalam tempoh setahun akan datang, sudah pasti tablet akan menjadi semakin menyeluruh macam PC. Akan datang, nak main RO pun pakai tablet je.
Bagi pejabat-pejabat pula, kalau kerajaan memanglah akan terus pakai PC. Tapi untuk syarikat swasta mereka sudah ada pilihan, dengan kehadiran tablet, staf boleh siap buat kerja sambil minum kat kedai kopi.
Sebelum ini ramai yang berharap pada laptop, tetapi kelemahan laptop adalah bateri. Kalau kita buat kerja kat luar pun leceh bateri cepat kong.
Tab, dengan bateri 9 – 10 jam, dan kewujudan liputan internet / wifi yang semakin luas, cara bekerja pasti lebih flexible.
Buat masa sekarang, lebi2 lagi di Mly, Pc masih penting utk krj2 office dan di rumah yg membuat kerja2 sekolah.
aku rasa pc sangat penting terutamanya hardcore yang gila-gilakan modded pc…
aku rasa zaman pc takkan berakhir,
sebab bagi aku menggunakan tablet adalah sangat annoying (sebab dia touchscreen dan fungsi yang terhad)… ramai orang yang gunakan tablet sekarang ni cuma nak menunjuk dan mencuba benda yang baru.. saya pernah mencuba tablet milik rakan saya, x sampai 5 minit dah bosan… laptop (notebook/ultrabook/ultrahin) lebih efisien berbanding tablet.
Sekian,
eh x der lah…skang ni PC masih lg diguna pakai…sekolah, office masih pakai PC..
review yg menarik dari penulis.. end of desktop area