Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan dunia teknologi dan perkomputeran yang bergerak dengan pantas, kadang-kala kami terlepas pandang beberapa perkara dan berita, dan salah satunya adalah berkaitan dengan aplikasi multimedia dan rekabentuk akan datang daripada pihak Adobe, iaitu Adobe Photoshop CS6. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi, namun disasarkan sekitar pertengahan tahun hadapan.
Semestinya, pihak Adobe sendiri telah merancang pelbagai pembaharuan yang bakal dibawakan bersama-sama dengan aplikasi tersebut kelak, dan salah satu fungsi menarik yang dijangka akan dibawakan adalah sokongan untuk membetulkan kembali gambar yang pudar dan kabur.
Kadangkala, ketika merakam akan gambar menggunakan kamera, tangan atau badan kita mungkin akan tergerak atau tergoyang, menghasilkan gambar yang tidak begitu jelas, dan agak kabur. Dan mungkin kita tidak dapat merakamkan detik-detik tersebut kembali.
Melalui Photoshop versi akan datang, salah satu fungsi yang didatangkan bersama, dikenali sebagai “Deblurring”, membolehkan para pengguna Photoshop membetulkan kembali gambar-gambar yang kabur dengan pantas menggunakan aplikasi tersebut.
Untuk menjayakan fungsi ini, Photoshop menggunakan sebuah algoritma khas yang membuat penganalisaan secara automatik dan sekaligus membolehkan para pengguna mengembalikan kembali gambar dalam bentuk yang lebih baik lagi dengan pantas, serta tidak merugikan sebarang gambar yang telah dirakamkan oleh anda sebelum ini.
Namun, seperti biasa, Adobe tidak menjanjikan sebarang perkara berkenaan pada versi berapakah fungsi ini akan diperkenalkan, walaupun ramai yang mensasarkan ia akan diintegrasikan bersama-sama Photoshop CS6 kelak.
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
awesome! tak sabar nk try
lame lg ke?
wahh..bestnye..
terbaiklah… bile nak keluar??
oh wow.. seriously?! mcm tipu ada gak.. Photoshop is getting better each year
hanya dgn sentuhan boleh fix gamba blur…good2
sangat lagi awesome!!
ini sgt hebat..upgrade yg best dari adobe photoshop..
mesti pulun dia suruh script tu belajar.
habis kalo ada orang yg blur muke drng bole tgk le pasni?
Contohnya khai ea.. tapi die buat mosaic.. haha.. tak cuma mana nak tau kan..
tiba tiba gua rasa maca ini POS TROLL OBE ~
haha.. btol2
awesoe!! ape lg leps nih agaknye..
yg aku fhm, ia cuma menjelaskan gambar yg kabur sahaja. yg double2.
tp kalau gmbar tu pecah pixel.. masih mustahil..
kalau photoshop dapat buat mcm yg ada dlm siri CSI.. mmg gempak!. hhehe
fuyoo, function ni yang best ni..
kalau korang ade belaja image processing xde bnde lg yg mustahil… cuma tu laa mcm dye ckp td.. kne carik algorithm huhu
wahh.. terbaikla. mmg ini yg aku trnanti2kan. awesome!
nice
Semakin emnarik dengan photoshop ni
klu gamba kabur dia bleh adjust bagi elok… it really awesome… macam mana la programmer @ software engineer dia buat formula utk tue… satu idea yang bagi aku sangat gila untuk difikirkan.. namun, syabas kepada Adobe utk fungsi tersebut.. x sabar nak mencubanya…
lepas nie, setiap gambar adlh gmbar yg baik… tp parameter tue mcm kompleks skit je nk adjust, sbb tue dia save awl2… huhu…
yeah ! xsabar menunggumu !!!
sgt luar biasa mnarik