19Dec

RevampLinux 12 Kini Sedia Di Muat-Turun Oleh Semua

Linux, Sumber Terbuka

Selain daripada SimpleLinux yang mana dibangunkan oleh pembangun tempatan, terdapat beberapa distro Linux yang lain, yang mana turut sama dibangunkan oleh pembangun tempatan, dan salah satunya adalah RevampLinux yang mana menekankan kepada sekuriti dan juga kepantasan. Baru-baru ini juga, pembangun RevampLinux telah pun mengeluarkan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu RevampLinux 12, yang dikemaskini dengan pelbagai perkara baru.

Melalui RevampLinux 12, ia kini membawakan beberapa perubahan, daripada antaramukanya, selain mana sokongan hardware acceleration yang mana diaktifkan pada sistem operasi tersebut, menggunakan kad grafik dalam menjalankannya.

Pada masa yang sama, RevampLinux 12 turut sama menggunakan OpenJDK sebagai ganti Java, seperti mana yang dilakukan oleh Ubuntu baru-baru ini.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun RevampLinux 12 hari ini, dan mula menguji dan menggunakan, selain memberikan maklumbalas mengenainya, dalam usaha terus menjadikan RevampLinux lebih baik lagi.


Firefox 3.6 Pada Awal Tahun 2010
Mozilla Melancarkan Firefox 4 Untuk Android Dan Maemo
Laporan Experimental Yuze OS
Pear OS 3.0 "Panther" - Linux Dengan Antaramuka OS X Dilancarkan
Raspberry Pi Komputer Bersaiz Kad Pengenalan Dimulakan Jualan Hari Ini

8 Komen

  1. Zulhamizan pada 19 Dec 2011

    nampka macam Mac pula. Boleh cuba nih :)

  2. najashark pada 19 Dec 2011

    pada aku, ini tiada beza dari remaster os dari ubuntu yg lain macam pinguy atau arios, tapi jika bahasa melayu digunakan secara lalai, ada juga sebab untuk aku muat turun.

  3. ZoOL pada 19 Dec 2011

    Mana panel die? start menu ke? simple sangat x best plak :P

  4. shuzack pada 19 Dec 2011

    Gajet belah kanan tu nmpak macam familiar je. Windows 7??

  5. kaihnsn pada 19 Dec 2011

    gadjet kanan window vista dock bawah macclone. Terbaiiikkk.

    • EddyGeek pada 19 Dec 2011

      memang banyak gadget dan dock camtu sekarang, bukan clone. just ikut trend.

  6. lala pada 30 Dec 2011

    benda2 custom dan mengarut macam ni dah berlambak skrg.. apa contributionnya selain tukar theme? install “custom” software? tukar wallpaper? i was like..

    totally rubbish..

  7. aj pada 31 Dec 2011

    ape kata cuba :
    http://www.pclinuxos.com/

    aku rase lagi syok.
    pandangan aku lah… orang lain aku taktau..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader