27Dec

RockMelt Beta 5 Membawakan Integrasi Sosial Terus Pada Kotak Omnibox

Perisian

Dalam dunia pelayar web yang semakin sengit persaingannya, salah satu pelayar web yang mempunyai kumpulan penggunanya tersendiri adalah RockMelt. Terkini, pelayar web yang berasaskan kod sumber Chromium ini telah pun mencapai RockMelt Beta 5, yang mana membawakan integrasi sosial yang lebih menyeluruh pada pelayar web tersebut.

Integrasi Sosial Pada Omnibox

Jikalau pada Google Chrome ataupun Firefox, anda boleh membuat carian terus pada enjin carian Google dengan menggunakan bar alamat pada pelayar web tersebut, melalui RockMelt 5 ini, ia membawakan penambahan integrasi sosial terus pada bar alamat tersebut, ataupun yang mana lebih dikenali sebagai Omnibox.

Melaluinya, para pengguna boleh membuat carian rakan-rakan mereka terus melalui bar tersebut, dan seterusnya membuat pilihan samada adakah ingin melihat profil mereka, atau sekadar menghantar mesej atau menulis pada profil mereka. Avatar pengguna tersebut juga turut diperlihatkan untuk memudahkan anda mengenal pasti seseorang.

Halaman Tab Baru

Selain daripada integrasi pada bahagian Omnibox, RockMelt Beta 5 juga turut sama membawakan halaman tab yang serba baru, membolehkan anda mengikuti kemaskini rakan-rakan anda semasa dengan mudah, selain turut memperlihatkan aplikasi web pilihan dan juga laman-laman yang anda gemar lawat.

Sama seperti pada Facebook, RockMelt Beta 5 juga membawakan Ticker mereka tersendiri pada halaman tab baru, membolehkan anda ikuti kemaskini rakan-rakan anda dengan mudah, tanpa perlu ke laman tersebut sendiri.

Lain-Lain

Beberapa perkara baru lain yang turut didatangkan adalah termasuk AppCenter baru, membolehkan anda menemui dan memasang aplikasi yang anda gemari dengan mudah. Pada masa yang sama, perkongsian teks juga adalah lebih mudah dengan fungsi “Share Text” terbina.

Muat-Turun RockMelt Beta 5

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun RockMelt Beta 5 hari ini terus daripada halaman rasmi RockMelt hari ini, manakala bagi para pengguna sedia anda, anda akan dikemaskini secara automatik dalam masa beberapa hari lagi. Namun sekiranya anda ingin dapatkannya hari ini, anda boleh ke bahagian menu, dan pada bahagian About RockMelt memilih untuk ia dikemaskini.


Mozilla Firefox 3 Hari Selasa Ini
Nokia Memperkenalkan Live View
Dolphin Browser Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna iPad
Versi Pra-Alpha Pemain Media VLC Untuk Android Sedia Diuji
Firefox 14 Aurora Sedia Untuk Diuji - Membawakan Sokongan Tambahan Baru Untuk Pembangun

5 Komen

  1. redzabes pada 27 Dec 2011

    aku baru je uninstall rockmelt, dari smlm dia buat hal xleh open, apsal eh?

  2. syuk606 pada 27 Dec 2011

    best gune rockmelt..disyorkan kepada facebook fan =)

    • Syukri Lajin pada 27 Dec 2011

      ada ke facebook fan? hekhek

      aku tunggu versi llinux tak kluar2 agi.. saboo jela .. xD

  3. ZoOL pada 27 Dec 2011

    ohh.. menarik.. nak try jap.. brb :P

  4. pointblankshot pada 28 Dec 2011

    ini antara web browser kegemaran aku. memudahkan urusan online. tapi aku perasan dah dua hari dia meragam bila masuk ke facebook. bila aku guna firefox takde masalah pun. korang ada masalah yang sama tak?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader