20Dec

Samsung Monitor Kekal Nombor 1 Untuk Tahun Yang Ke-Lima

Gajet

Selain daripada pasaran telefon pintar, kini Samsung Electronics memegang lebih daripada 15.5% pegangan untuk pasaran jualan monitor seluruh dunia, sekaligus menjadikan Samsung kekal sebagai pengeluar monitor nombor satu dunia selama lebih 21 suku-tahun ataupun, lebih ringkas, selama 5 tahun lamanya, sejak daripada tahun 2006 yang lepas.

Pada suku tahun ketiga tahun ini sahaja, Samsug telah menjual lebih daripada 3.49 juta monitor LED, sekaligus menjadikan, satu daripada empat monitor yang terjual adalah berjenama Samsung.

Mungkin pada tahun akan datang, kita akan dapat melihat lebih banyak jenis monitor baru dikeluarkan, dan beberapa model baru juga dijangka akan diperkenalkan pada bulan Januari 2012 pada acara tahunan CES kelak.


Nokia Bercadang Mengeluarkan PC Tablet Sendiri
Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab 10.1
Sepagi Bersama Sony Ericsson Xperia Active
Nikon Memperkenalkan Kemaskini Untuk Keluarga Kamera Coolpix
Gambaran Nokia Lumia 805 Menyerupai Nokia X7 Mula Kelihatan

11 Komen

  1. mursyid pada 20 Dec 2011

    saya pon pkai monitor samsung…

  2. hanafi bhari pada 20 Dec 2011

    acer numb berapa ye ?

  3. suarakomputer pada 20 Dec 2011

    korang tgk sini

    http://www.pcworld.com/zoom?id=106166&page=1&type=top100chart&zoomIdx=1

    copy url ni, dan tgk la rank monitor LCD

  4. topo pada 20 Dec 2011

    saya pakai monitor LG

  5. Bulan Terkenal pada 20 Dec 2011

    AOC apa macam?

  6. lokei pada 20 Dec 2011

    lenkali bg la sumber korang cedok kat mane berita2 ni..
    baru la professional sikit..
    alahai~~

    • Aman pada 20 Dec 2011

      Kami menerimanya terus daripada pihak Samsung Malaysia. Sekiranya kami ada rujuk kepada laman lain, memang kami berikan kredit sepenuhnya, seperti pada artikel-artikel yang lain. ;)

      • Fikri Adhiey pada 20 Dec 2011

        bagus Amanz, dorang blog tech professional… bukan dorang yg cari artikel, sebaliknya mereka yg bagi artikel kat Amanz. Hahaha.. terbaik!

        • zak pada 20 Dec 2011

          BURNNNN

      • lokei pada 20 Dec 2011

        thanx for your explanation..
        btw, tulis la kat bawah artikel tu korang dapat sumber terus daripada pihak Samsung Malaysia
        =)

        • ameng pada 22 Dec 2011

          nak menang jugak tu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader