31Dec

SaversHub Membantu Mencari Harga Barangan, WiFi Percuma Dan Banyak Lagi

Web 2.0

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang luas, semestinya anda ingin membuat carian pelbagai perkara terus melalui peranti mudah-alih ataupun melalui desktop anda. Dan untuk menyelesaikan perkara ini, SaversHub disediakan, membolehkan anda membuat carian berkaitan harga barangan, WiFi percuma berdekatan, klinik 24 jam, bank, restoran, hotel dan sebagainya.

Melaluinya, ia menggunakan sokongan geolokasi, membolehkan anda membuat carian harga barangan mahupun lokasi yang berdekatan dengan anda. Carian harga disediakan untuk harga barangan berasaskan lokasi. Selain daripada itu, memandangkan kotak carian pada SaversHub dilengkapi dengan fungsi cadangan perkataan, maka segala carian yang dilakukan adalah mudah.

Selain daripada itu, untuk menambah baik pangkalan data SaversHub, para pengguna boleh turut sama menyumbangkan tenaga, dengan memperbaiki apa yang patut ataupun menambah sebarang perniagaan atau data baru pada laman tersebut.


Facebook Membeli Syarikat Malaysia - Octazen
Adakah Data Anda Selamat Bersama Facebook?
WordPress 3.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali
PitchIN Dengan Konsep Seumpama KickStarter Bakal Dilancarkan Pada Bulan Mei
Snap2Get Memudahkan Anda Membeli-Belah Barangan Menggunakan Telefon Pintar Dan Kod QR

10 Komen

  1. littlenazo pada 31 Dec 2011

    ini sangat menarik wahaha…. best price winnnnn

  2. ezry pada 31 Dec 2011

    ini yg aku cari..hahahah

  3. zaini pada 31 Dec 2011

    sgat bergune nak cari wifi..huhu..

  4. taufufa pada 31 Dec 2011

    x berapa friendly sgt… boleh dibaiki lagi….untuk harga tue patut letak date baru leh tau harga terkini….

  5. Mashi pada 01 Jan 2012

    Waooo,terbaikla

  6. Azim Norazmi pada 01 Jan 2012

    iphone apps please.. :-p

  7. Haziq pada 01 Jan 2012

    cool.

  8. glatinoz pada 01 Jan 2012

    jusco rawang mana?

    • Aman pada 01 Jan 2012

      sebab baru bukak, tak tambah lagi kot.

  9. SaversHub.com pada 03 Jan 2012

    Hello kawan kawan

    Terima kasih kerana mencuba SaversHub.com

    Kami ini hanya sebuah syarikat kecil. Jadi, tenaga kerja amat berkurang. Jadi bila cari, mesti ‘frustrated’ kerana tak dapat keputusan. Kami sedang berusaha dengan gigih untuk menambah data.

    Pasal tarikh harga, kami dah baca permintaan anda dan sudah menunjukkannya pada sebelah harga.

    Sila terus berikan sokong ya!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader