16Dec

Says.my Memperkenalkan Antaramuka Baru – Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Web 2.0

Says.MY merupakan salah satu perkhidmatan yang memberikan ganjaran kepada setiap perkongsian yang dilakukan oleh para pengguna mereka. Dan kini dalam usaha untuk menjadikan perkhidmatan mereka terus menarik dan digunakan ramai, mereka turut sama mengintegrasikan beberapa fungsi daripada Says.com, membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai video, gambar, pespektif dan sebagainya dengan lebih mudah lagi.

Walaubagaimanapun, fungsi yang dikenali sebagai News itu masih lagi belum diperkenalkan kepada umum, dan masih lagi pada peringkat percubaan, dan memerlukan pengguna memasukkan kod khas untuk mengaksesnya. Ia juga membolehkan sekaligus para pengguna mendapatkan dan mengetahui pelbagai berita yang hangat diperkatakan oleh para pengguna tempatan, selain mengikuti berita, gambar, mahupun video dengan mudah, dan membolehkan anda berkongsi yang lain bersama-sama rakan anda.


Bagaimana Berita Teks Diperlihatkan Pada Says.my


Bagaimana Video Diperlihatkan Pada Says.my

Pada masa yang sama, Says.my juga turut dijangka akan memperkenalkan aplikasi IPad khas, memudahkan anda mengikuti kandungan yang dikumpulkan oleh para pengguna mereka dengan mudah.

Jadi, adakah anda gemar akan Says.my yang baru ini, ataupun sebaliknya?


MyDeal Bakal Memperkenalkan Diskaun Untuk Pelancongan
Angka Akaun Berdaftar Twitter Melangkaui 300 Juta
Twitter Memperkenalkan Butang Follow
Temui Tempat Makan Berdekatan Anda Melalui Restoran Near Me
Dropbox Memperkenalkan Perkongsian Awam Pada Semua Folder Dan Dokumen

6 Komen

  1. topo pada 16 Dec 2011

    errr ni untuk berlawan dengan fungsi read pada churp2 ke? hohoho

  2. Izzat Aziz pada 16 Dec 2011

    sentuhan graphic kat says.my macam dari orang yang sama je yang buat amanz.my ni..hehe

    • abdusfauzi pada 16 Dec 2011

      haha. teruskan mengorek rahsia ini. :P

      • kyrul pada 16 Dec 2011

        lol .memang lah .korang bukaklah flisterz.com ,org yg buat theme amanz.my ni . dia ada announce dekat situ .dia ada join nk design says.my. -.- lol

  3. Izzuddin Jr. pada 17 Dec 2011

    good !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader