Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sepanjang tahun hadapan, dunia animasi 3D negara akan terus meriah nampaknya, dimana selain daripada beberapa animasi sedia ada seperti Upin dan Ipin, serta Boboiboy, ia juga akan dimeriahkan dengan animasi seperti Budak Besi, dan juga tidak ketinggalan filem 3D terbaru daripada studio animasi tempatan, iaitu SeeFood.
Animasi SeeFood yang dihasilkan oleh Silver Ant Sdn Bhd ini akan menjadi animasi 3D pertama negara yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris, dan mensasarkan pasaran global kelak. Ia dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada 8 Mac 2012 kelak. Sebelum ini, ia telah pun dipertontonkan di beberapa negara lain.
Melalui Animasi 3D SeeFood ini, ia mengisahkan mengenai mengenai dua watak utama filem tersebut, Pup dan juga Julius. Kisah bermula apabila Pup mendapati beberapa biji telur dicuri daripada kantung telur, dan kemudian dia mengambil langkah dalam misi menyelamatkan adik-beradiknya walaupun ianya amat sukar. Dalam mengharunginya, ia melalui pelbagai cabaran, termasuk pergi ke dunia manusia. Mengambil berat akan keselamatan Pup, Julius seekor jerung turut berusaha untuk menyelamatkan dan membawa Pup pulang ke tempat tinggal mereka.
Selain daripada SeeFood ini, mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa animasi 3D lain turut diperkenalkan oleh para pembangun tempatan.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nice! boleh capai tahap antarabangsa ni
Nice!!!
pasti akn di tonton!
boleh tahan..
boleh dibangga kan
Ha…nih baru la animasi yang boleh membanggakan! Les Copaque kena step up la lepas nih, sebab Silver Ant dah letakkan bar baru untuk animasi di Malaysia
+100
tgok tjuk pon dh rse menarik..
tgok trailer je pon dh kagum..
jalan cerita macam finding nemo je? :/
bg aku tak salah pn kalau hampir sama, yg penting ia mampu memajukan lagi industri animasi di Malaysia.
Fush! Memang terangkat lah bila menonton, hehehe.
this is the same company yang buat trailer saladin yang sgt smart dulu tu. if u guys still remember.
Saladin memang tak sebagus upin dan ipin daripada segi sudut kamera, malah kalau diperhatikan memang nampak tak se sangat smart macam saudara katakan.
Dan untuk trailer video di atas memang nampak berkualiti dan bagus.
Pemerhati bebas
mcm best jer nihh..
well done..tahniah..a step further..step by step…
tahniah!!!
oo ingatkan animasi dari luar..
waa menariknya…
dah tgk trailer kat tv… best!