Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkhidmatan kotak sembang yang popular adalah ShoutMix, yang mana sehingga kini menawarkan perkhidmatan percuma dan berbayar, selain baru-baru ini telah mengemaskini perkhidmatan mereka kepada versi 3, membawakan pelbagai perubahan. Namun, amat mendukacitakan, disebabkan sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka akan menghentikan perkhidmatan percuma tidak lama lagi.
Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak dapat menjana pendapatan melalui perkhidmatan percuma mereka. Walaubagaimanapun, perkhidmatan berbayar yang akan diperkenalkan adalah berpatutan, dimana mereka akan memperkenalkan pakej khas, semurah $0.99 sebulan.
Bagi mereka yang sedia menggunakan perkhidmatan percuma ShoutMix buat masa ini, ia dijangka akan dihentikan bermula 1 Januari 2012 kelak.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lol…. ada pro n cons…
errmm….
ala ada pengganti yang bagus selain shoutmix tak?
cbox kot…
ya betul tu
ala xbesnye..
Sokonglah produk buatan Malaysia ;D
Ape produknya? hehe3
Shoutmix ni mmg produk Malaysia. ni dia-> http://www.shoutmix.com/v3/about.php
kesian.. bila di buat premium nnt, populariti shoutmix confirm turun sbb byk lagi chatbox percume utk pengguna..
nper xkekalkan free jer.mmm
“…Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak dapat menjana pendapatan melalui perkhidmatan percuma mereka…”
+1
adoyai…kne tkar lar nie gne chatbox laen? ceh…
tu yang boring tu pakai produk Malaysia.
bende ni pun nak kena bayar?
baik aku install applet mIRC je la lagi cool beans.
#SoMalaysian
99 sen tu usd ek?
Tiada discount untuk para pengguna Malaysia?
mahal tu .. kalau RM1 ok lagi.. dah kebanyakkan user dia dari negara sebelah sini so apa la salah charge murah ..
kata user ada berjuta, so klo 100,000 yg baya pun dah kira ok. kos server 10 biji pun masih boleh tanggung…
tapi ni pasal nak kaya cepat la ni,,
nampaknya kenala bertukar ke yg sama bagus cbox.com
cbox pun bagus jugak
banyak lagi alternatif yang lain….wekkkkkkkkk
admin shoutmix sepatutnya fikir cara nak monetize income daripada free user.. rugi betulla diorg,,
+10000000000
Betul, letaklah text ads ke kan? haha
x pew fibox buatan tgn anak malaysia kan ada…