19Dec

Sokongan Facebook Timeline Diperkenalkan Pada Aplikasi iPhone

Web 2.0

Facebook Timeline merupakan salah satu fungsi yang kini sedang diperkenalkan kepada semua pengguna, dan selepas memperkenalkan sokongannya untuk pengguna Android, kini Facebook turut mengemaskini aplikasi iPhone mereka, membawakan sokongan paparan Facebook Timeline terus melalui iPhone masing-masing.

Walaubagaimanapun, sokongan Facebook Timeline untuk iPad masih lagi belum diperkenalkan buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan dalam kemaskini akan datang. Selain daripada itu, kemaskini aplikasi Facebook untuk iPhone ini juga membawakan sokongan untuk senarai rakan-rakan, dan juga langganan melalui Facebook Subscribe.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Facebook untuk iPhone ini terus daripada AppStore, dan mula menggunakan sokongan Facebook Timeline padanya sekiranya anda telah mengaktifkannya. Bagi mereka yang masih belum mengaktifkan Facebook Timeline, anda boleh berbuat demikian dengan melawati halaman rasmi Facebook Timeline hari ini.


Facebook Mula Memberi Perhatian Pada Games
RIM Turut Meminta Jiwang.org Dihalang Aksesnya
Facebook Tidak Lagi Memperlihatkan Peranti Yang Digunakan Untuk Kemaskini?
Twitter Mula Mengaktifkan Fungsi HTTPS Sebagai Pilihan Utama Untuk Pengguna
Faces Bakal Memperkenalkan Sokongan Dashboard Baru Yang Lebih Kemas

12 Komen

  1. Ismail pada 19 Dec 2011

    updated…
    kelihatan kemas la utk mobile

  2. AMR pada 19 Dec 2011

    terbaik!

  3. Nisa pada 19 Dec 2011

    Best!Serius!

  4. Piratz pada 19 Dec 2011

    Macam sama jerk kalau aku bukak pakai facebook touch

  5. ali mamak pada 19 Dec 2011

    agak menarik gak la utk i phone

  6. Ikmal pada 19 Dec 2011

    aq pkai dkt dolphin dkt android pn dpt timeline ni. ^^

  7. yapompiow pada 19 Dec 2011

    menarik dan terbaik

  8. miqone pada 19 Dec 2011

    android pun sama..

    • riel pada 19 Dec 2011

      yup…..sama.

  9. ezry pada 19 Dec 2011

    wo0o00o0o0o

  10. Gee pada 19 Dec 2011

    iphone terbaek

  11. sarraazzam pada 19 Dec 2011

    xnmpk lg significance timeline ni..huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader