15Dec

Tagged Mengambil-Alih Laman Sosial Hi5

Web 2.0

Dengan dunia sosial yang memfokuskan pada Facebook, Twitter dan Google+, nama-nama lama kekal fokus dalam membangunkan perkhidmatan dan jenama mereka, dimana hari ini, salah satu laman sosial terkemuka, iaitu Tagged telah pun mengumumkan pengambil-alihan laman sosial Hi5, dimana kedua-duanya adalah antara laman sosial popular sekitar tahun 2008.

Walaubagaimanapun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Menurut Tagged, dengan pengambil-alihan laman sosial Hi5, ia membolehkan mereka menambah pengguna aktif mereka daripada 10 juta sedia ada menjadikannya berganda, kepada 20 juta pengguna aktif, selain pengguna berdaftar menjadi daripada daripada 100 juta pengguna daftar, menjadi hampir 300 juta pengguna berdaftar secara keseluruhannya.

Walaupun pelbagai laman sosial menghadapi masalah dalam memperkembangkan perkhidmatan mereka, Tagged memperlihatkan peningkatan, dimana pendapatan tahun ini dijangka sekitar $43 juta hingga $45 juta, berbanding $33 juta pada tahun lepas.

Menurut Tagged lagi, mereka tidak ingin bersaing secara terus dengan Facebook, sebaliknya menjenamakan laman mereka sebagai laman penemuan sosial, memudahkan para pengguna bertemu rakan-rakan baru.

Sebelum ini, Tagged turut sama telah mengambil-alih Digsby, dan kini teruskan aktiviti pengambil-alihan dengan menyertakan Hi5 pada portfolio mereka.


Yahoo! Memeterai Perjanjian Bersama Zynga
TableFour.Us Memperlihatkan Aplikasi Melalui Video 4 Saat
FourSquare Mulakan Integrasi Groupon - Masih Tidak Menyokong Malaysia
RePrintMe Menawarkan Kalendar Bulanan Dan Mingguan Yang Menarik
Gowalla Dimatikan Secara Rasminya

15 Komen

  1. MaKR pada 15 Dec 2011

    Wah, hebat gak #Tagged ni beli Hi5. Hahah.

  2. Affuan pada 15 Dec 2011

    Tagged laman untuk orang gersang. *haha

    • bisyairi pada 15 Dec 2011

      +1

    • amer sparrowhawk pada 15 Dec 2011

      btol tu bro. yg byk kt tagged:

      1. faker (lelaki menyamar jadi perempuan cun)
      2. nyah & gay
      3. janda2 gersang.

  3. EddyGeek pada 15 Dec 2011

    digsby lama tak berupdate rasanya… versi mac bertahun tak siap, ingatkan dah ambik tu nk mantapkan lagi. namun tidak…

  4. Izzat Aziz pada 15 Dec 2011

    entah ada ketak akaun hi5 dengan tagged ni.. tak pernah cuba.. apapun selamat maju jaya.

  5. Ahmad Fuad Adzmi pada 15 Dec 2011

    sanggup?

  6. scromix pada 15 Dec 2011

    akaun hi5 dah x aktif..dlu main sbb ikut org main..haha tagged awek mmg hot2 woo.

  7. titan pada 15 Dec 2011

    dah lama gila tak login akaun hi5 dan tagged nih..

  8. QJ pada 15 Dec 2011

    due2 aku dah lame xlogin.

  9. AMR pada 15 Dec 2011

    barang lama.. hihi

  10. Pisyek pada 15 Dec 2011

    tak pernah main hi5…

  11. ray pada 16 Dec 2011

    Tagged banyak awek cun jual aset.. #truestory


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader