25Dec

Tahun 2012 Dan Dunia Blog – Adakah Iklan Web Masih Relevan?

Web 2.0

Seperti semua sedia maklum, sepanjang tahun ini, dunia blog tempatan memperlihatkan peningkatan angka blog yang drastik, dimana Nuffnang sendiri mengatakan mereka mempunyai hampir 300,000 blog berdaftar, dan tidak termasuk angka daripada pihak Innity dan juga Advertlets. Namun persoalannya, adakah dunia pengiklanan dan blog akan terus meningkat naik sepanjang tahun hadapan?

Pemasaran Media Sosial

Seperti semua sedia maklum, Nuffnang telah pun sedia menguji pencabar Says.my melalui perkhidmatan ChurpChurp mereka. Pada masa yang sama, Advertlets juga turut sama menguji perkhidmatan seumpamanya secara beta tertutup buat masa ini. Kedua-dua ini membawakan salah satu medium pendapatan yang baru untuk kedua-dua syarikat ini, sekaligus membolehkan mereka terus beroperasi, seandainya ramai penulis blog mula membuang iklan mereka dan sebagainya.

Pada masa yang sama, memandangkan pengguna Malaysia merupakan antara pengguna aktif di media sosial, perkhidmatan seumpamanya dapat beroperasi tanpa sebarang masalah, dan menerima pendapatan sambil berkongsi pautan melalui perkhidmatan laman sosial tersebut.

Adakah Iklan Melalui Pelayar Web Masih Relevan?

Jawapan ringkasnya, Ya. Ya, seperti semua ketahui, pengiklanan melalui medium blog, yang mana dilayari melalui pelayar web desktop masih lagi relevan. Kebanyakkan peratusan pengunjung pada masa sekarang ini, masih lagi menggunakan pelayar web melalui desktop untuk melayari sesuatu laman web ataupun blog.

Bagaimana Iklan Pelayar Web Akan Mati?

Mungkin perkataan MATI adalah terlalu luas, dan lebih sesuai digunakan sebagai kurang popular dari hari ke hari. Seperti sedia maklum, sekitar tahun 2006, 2007 dahulu, pembaca berasaskan RSS amat popular, dan menjadikan pengiklanan melalui pelayar web kurang popular.

Namun kini aplikasi seumpamanya seperti kurang popular, dan tidak lagi digunakan secara aktif melalui pengguna baru, menjadikan mereka perlu mengikuti kesemua kandungan melalui pelayar web.

Tetapi, dengan dunia mudah-alih yang semakin popular, fungsi seumpama RSS kembali popular, dengan beberapa aplikasi khas dibangunkan, menjadikan ianya bebas iklan, selain pada Google sendiri telah memperkenalkan aplikasi terbaru mereka berasaskan RSS, dinamakan sebagai Google Current.

Google Currents
Aplikasi Google Currents Untuk Android

Dan bagaimana pula sekiranya Windows versi baru didatangkan dengan sokongan RSS terbina. Ya, Windows 8 didatangkan dengan sokongan untuk pengguna menambah alamat blog ataupun RSS, dan mengikuti pelbagai kemaskini dalam cara interaktif dalam antaramuka Metro. Selain pada masa yang sama, tidak lagi perlu melalui antaramuka pelayar web seperti kebiasannya.

Aplikasi-aplikasi seperti FlipBoard dan Pulse juga semakin popular dari hari ke hari.

Adakah Iklan Pelayar Web Akan Mati?

Mungkin tidak. Tetapi, syarikat tempatan seperti Nuffnang, Advertlets, Innity dan lain-lain mungkin perlu mengoptimasikan iklan mereka, supaya menjadi lebih mesra peranti mudah-alih dengan skrin kecil, ataupun memperkenalkan iklan dalam bentuk intergrasi RSS, sekaligus menjadikan mereka terus relevan pada tahun-tahun akan datang.


MalaysiaKini Diserang DDOS Sejak Pukul 5 Petang
Facebook Raja Laman Sosial Di Malaysia - MalaysiaKini Mengungguli Kategori Media
WOWLoud - Perkhidmatan Muzik-Awan Malaysia Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Tertutup
Laman The Pirate Bay Kini Beroperasi Menggunakan Nama Domain .SE
Maybank Membawakan Sokongan Perbankan Melalui USSD

13 Komen

  1. Omar pada 25 Dec 2011

    Mungkin lepas ni iklan pada client apps pulak. Selitkan iklan sekali untuk apps iOS..etc semua tu.

    Btw, memang tak akan mati pun iklan berasaskan web. Cuma perlu dioptimasikan lah seperti mana Aman ckp nie..

    cthnya FB: Memula sidebar, then tepi timeline, sekarang ni.. tengah-tengah news feed pulak ada ads..

  2. paeh pada 25 Dec 2011

    yep. peranti mudah alih seperti telefon pintar semakin banyak. dan ramai lebih suka melayari internet melalui telefon pintar mereka. jika mereka boleh optimizekan iklan mereka ke dalam telefon pintar. itu lebih ohsem!

  3. ezry pada 25 Dec 2011

    +100000…..!!!!!!!!!!!!

  4. zulware pada 26 Dec 2011

    hmm…

  5. azrijohan pada 26 Dec 2011

    kita tengok ape yang akan berlaku nanti..

  6. kyrul pada 26 Dec 2011

    just wait n c :)

  7. naz pada 27 Dec 2011

    What? Bagus juga kalau optimize untuk RSS. Tapi, so far, tak perlu takut kot. Kalau aku punya site, mostly aku pakai feature ‘Summary Burner’ dalam Feedburner, so reader just baca teaser, & kalau nak baca the rest of article kena masuk website.

  8. Bro Framestone pada 27 Dec 2011

    Nampak gayanya kena siap sedia..

    Ini boleh dijadikan platform sumbe pendapatan :)

  9. Picco pada 27 Dec 2011

    semak la klu ade idea utk letak iklan dalam peranti… semak semak…. tambah bandwith dgn iklan plak tu. sangat2 semak

  10. Ekspresi Ruang pada 28 Dec 2011

    hmm menarik kalau dilihat dr konteks perkembangan dan adaptasi yg boleh dilakukan

  11. montana pada 16 Apr 2012

    harap ianya masih releven ;-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader