Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti dilaporkan oleh kami sebelum ini, HackWeekend kedua telah pun berlangsung sepanjang dua hari ini, dimana dalam tempoh 24 jam, para pembangun hadir dengan pelbagai idea menarik, dan melalui beberapa projek yang dipersembahkan, Taxi Watch memenangi undian paling banyak daripada kalangan hadirin pada hari tersebut.

Taxi Watch secara ringkasnya membolehkan anda mengetahui reputasi sesuatu teksi itu dengan mudah, dimana dengan menggunakan nombor plat sahaja, anda boleh mengetahui apakah aduan yang dilakukan oleh pengguna terhadap mereka.
Menariknya, perkhidmatan tersebut juga turut sama diintegrasikan bersama-sama dengan sokongan SMS, membolehkan anda menyemaknya dengan hanya menghantarkan SMS terus kepada 32355, dan mendapat keputusan serta merta. Untuk melakukan aduan juga, anda perlu melakukannya melalui SMS, membolehkan anda melakukan aduan serta merta berkenaan dengan sesuatu teksi terus ketika berada didalamnya, tanpa perlu risau mengenai perkhidmatan internet dan sebagainya.
Memandangkan ianya dibangunkan dalam tempoh kurang 24 jam, beberapa halaman masih lagi belum diaktifkan sepenuhnya, namun ia membawakan idea yang menarik, dan mungkin perkhidmatan ini boleh dijayakan dengan penyertaan lebih ramai pengguna melakukan aduan mengenai sesuatu teksi, selain pada masa yang sama membolehkan teksi lebih mematuhi undang-undang dan menjaga pelanggan mereka.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagus idea ni..aku slalu bengang dengan taxi..meter laju je kdg2..dah la ikut jalan lain..
wah,terbaekk!!! bgus utk planggan yg selalunye mnggunakan prkhmatan teksi ni..
I love this idea so much!
Bagus, sekarang pun banyak kes ngan driver taxi.Ni penciptaan yg baik utk current issues!
brilliant idea.. totally useful.
siap lah kau driver teksi yang berperangai sangat teruk. fikir nak untung je. sampai dah hilang ketulusan dan kujujuran dalam mencari rezeki.
Nak avoid fights dgn taxi driver?
Just go in and tell your em your destination and you shall be just fine
Mungkin lainkali kita boleh cakap,
“Pakcik jangan main2, saya tekan Send kat Taxi Watch ni nanti, habis kena ban taxi ni”
“Er, Taxi Watch tu apa dik?” bhahahahaha
Sangat berguna. Promote kepada pelancong dari luar negara… mereka pasti sukakannya!
siapa yang submit reputasi taxi2 ni… pengguna…? badan NGO…?
pengguna melalui SMS.
kita jgn igt yg buruk2 jer,
ada juga pencari rezeki yg baik malah terbaik dlm kategori driver teksi ni.
selain dr berwaspada dgn yg jahat ada baiknya tmbh sikit untuk kegunaan rating reputasi.
pemandu teksi yg baik akan dapat nama baik juga dan akan lebih murah rezekinya.
lagi best pemandu teksi terbaik tu dipaparkan no telefonnya (dengan izin pemiliknya) dan ini akan memberi rezeki lebih kepada beliau.
orang baik dibalas baik kan…
menarik benda ni, boleh guna untuk elak teksi yang tak bagus dan cari teksi yang bagus
Hi!
Thanks for the great coverage. Since it was written in Malay I had to use google translator
I welcome all feed backs. Please send them via tweet @shafiu or email shafiu@molv.com
Ps: I’m the developer of this service.