27Dec

Teknologi Thunderbolt Akan Hadir Ke PC Sekitar April 2012?

Gajet, Lain-lain

Salah satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh Intel bersama pihak Apple pada komputer riba keluaran Apple tahun ini adalah sokongan Thunderbolt. Dan kini ia dilaporkan Intel telah pun memberitahu rakan kerjasama mereka, dimana mereka akan melancarkan teknologi Thunderbolt sepenuhnya pada April 2012, membolehkan PC ataupun komputer riba dengan sokongan Thunderbolt dilancarkan.

Thunderbolt merupakan salah satu teknologi baru yang diperkenalkan oleh Intel untuk memudahkan peranti dihubungkan antara satu sama lain dan juga memudahkan penghantaran data dan sebagainya. Sekiranya benar ia akan diperkenalkan kepada semua pembangun perkakasan sekitar April 2012 kelak, mungkin kita akan dapat melihat Thunderbolt dan USB 3.0 menjadi pilihan untuk digunakan oleh semua.

Buat masa ini, Thunderbolt hanya digunakan pada peranti keluaran Apple, iaitu pada MacBook Pro, MacBook Air, Mac Mini dan iMac, serta masih belum digunakan secara meluas lagi. Namun, sekiranya ianya diperkenalkan kepada umum melalui PC dan juga komputer riba, mungkin ia akan menerima impak lebih meluas lagi.

Sama-sama kita nantikan samada adakah Thunderbolt ataupun USB 3.0 bakal menjadi pilihan pengguna pada tahun hadapan.


Aplikasi OfficeKami Versi Alpha Sedia Di Uji
RIM Memperlihatkan Prestasi Pelayar Web PlayBook
Maxis Memulakan Pra-Pendaftaran Untuk Motorola Xoom
Nokia N9 Dilancarkan Di Singapura - Pelancaran Malaysia Pada 13 September
SKMM : Sebanyak 30% Peranti Telekomunikasi Dibawah Piawaian

15 Komen

  1. saya pada 27 Dec 2011

    thunderbolt laju lagi dari usb 3.0. tapi hdd yang pakai thunderbolt mahal..

  2. paeh pada 27 Dec 2011

    of course akan banyak di pasang pada peranti akan datang… kekeke

  3. rizuani pada 27 Dec 2011

    thunder…thunder…thundercatttttttttt

    • aku pada 27 Dec 2011

      +1

  4. Ahmad Fuad Adzmi pada 27 Dec 2011

    bagus,, tapi lambat sangat,, nak beli imac dah,, adoi

  5. amirzaim pada 27 Dec 2011

    nanti datang pulak macam-macam device yang akan pakai thunderbolt, even laptop cooler ngan device hub pun pakai sekali jugak!!!

  6. Gee pada 27 Dec 2011

    apple terbaek

  7. Bulan Terkenal pada 27 Dec 2011

    external device utk thunderbolt sikit je kan skrg?

  8. ali mamak pada 27 Dec 2011

    fuhh.. ni yang aku tunggu ni… tapi harga kompem gempak gile kan

  9. amer sparrowhawk pada 27 Dec 2011

    skang ni harga HDD dh mhl. yg ade thunderbolt lg laa

  10. syamilshahimi pada 27 Dec 2011

    yang aku x puas hati pasai Apple ni, Thunderbolt dah letak, tapi USB 3.0 entah bila la nak letak. grrrr

    • ZoOL pada 27 Dec 2011

      hmmm.. dah ada thunderbolt, xyah letak USB 3.0 kot :P

      • syamilshahimi pada 30 Dec 2011

        kene jugak. sebab banyak lagi perpherals yang x compatible dengan Thunderbolt, but users need better speed for data transfer. that’s where USB 3.0 comes handy IMHO :)

    • aazraai pada 28 Dec 2011

      USB 3.0 takkan datang ke Mac. Apple always set the direction for the industry. The set USB as the trend for data transfer. Now Apple will kill it.

  11. zaini pada 02 Jan 2012

    terbaek!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader