02Dec

#Tips : Dapatkan Dan Gunakan Google Bar Yang Baru Hari Ini

Google, Tips Dan Tutorial

Sebelum ini, pada minggu ini, Google telah pun memperkenalkan rekabentuk Google Bar yang serba baru, dan ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Namun begitu, bagi mereka yang ingin menjadi terawal untuk menggunakannya, anda boleh menggunakannya hari ini dengan mengubah dan menambah sedikit kod pada pelayar web anda.

Antaramuka Dengan Google Bar Baru

Berikut merupakan beberapa paparan antaramuka dengan perubahan pada bahagian Google Bar yang baru dna digunakan pada pelbagai perkhidmatan Google.

Bagaimana Mendapatkannya?

Untuk mendapatkan Google Bar baru hari ini, para pengguna perlu membuat perubahan sedikit pada bahagian cookies dengan menambah sedikit kod padanya.

Untuk membuat perkara ini, buka Chrome anda, dan kemudian pasangkan ia dengan sebuah extension khas yang membolehkan anda mengubah cookies, iaitu Edit This Cookie.

Kemudian, setelah terpasang, buka laman utama Google, kemudian klik pada butang Edit This Cookie disebelah ruangan pautan web. Pilih PREF, dan masukkan kod berikut:

ID=03fd476a699d6487:U=88e8716486ff1e5d:FF=0:LD=en:CR=2:TM=1322688084:LM=1322688085:S=McEsyvcXKMiVfGds

Simpan perubahan yang dilakukan, dan kemudian buka kembali laman utama Google. Anda akan dapat melihat Google Bar baru padanya.

Tips asal daripada Maximilian pada Google+


Google Melancarkan Google Apps Labs
Melayari Laman Web Menggunakan Google Cache
Ikuti Perkembangan Sebarang Web Melalui Google Reader
GMail Membolehkan Fail ZIP dan RAR Terus Dibuka Melalui Pelayar Web
Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Seawal Minggu Ini?

14 Komen

  1. azrijohan pada 02 Dec 2011

    cam menarik je

  2. Azah pada 02 Dec 2011

    eik? ak x edit cookies pun dapat je bar ni?

    • Irwan pada 02 Dec 2011

      samelah.. hehee :)

    • van der Rui pada 02 Dec 2011

      tak semua dapat… untunglah~ :D

    • fiqueobiey pada 02 Dec 2011

      haah,sama jgk..dh ada sjak beberapa hari lepas..

    • Zaid pada 03 Dec 2011

      ahha ingatkan semua org dapat.. aku pun sama tak perlu edit pape dapat je dari bulan lepas..

    • syahrilhafiz pada 03 Dec 2011

      betul betul..

  3. zack pada 02 Dec 2011

    xnk lah.. klu leh nk yg lama nie.. huihi~

  4. kaihnsn pada 02 Dec 2011

    Bar ni guna utk apa ye? Integrate dgn browser atau cuma nampak bila buka google.com je?

  5. yapompiow pada 03 Dec 2011

    nk perguna firefox.
    download cookies+ https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/cookies-manager-plus/?src=search

    pastu search “google”
    bila dh jupe. klik edit msk kn ID=03fd476a699d6487:U=88e8716486ff1e5d:FF=0:LD=en:CR=2:TM=1322688084:LM=1322688085:S=McEsyvcXKMiVfGds

    pastu save.

  6. Amirulz pada 03 Dec 2011

    Saya pun dah dapat !!!!

  7. Fareez Akmal pada 03 Dec 2011

    Da wat jugak huehuehue


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader