Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pengenalan Facebook Timeline yang baru, penggunaan gambar besar pada bahagian profil telah pun menjadikan beberapa pengguna menjadikan profil mereka lebih menarik, dengan susun atur gambar yang kreatif dan berbeza dengan lain. Kini, anda boleh turut sama berbuat demikian, dan serlahkan kreativiti anda kepada dunia luar.




Gambar oleh Mashable
Untuk tutorial ini, anda perlu menggunakan Adobe Photoshop CS5 (atau GIMP). Saya cadangkan anda menggunakan Adobe Photoshop CS3 dan ke atas. Sedikit pengetahuan ke atas perisian Adobe Photoshop (atau GIMP) diperlukan kerana ianya mungkin agak sukar bagi mereka yang pertama kali menggunakan perisian ini.
Sebagai memudahkan anda, tutorial ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Untuk bahagian pertama, ianya untuk bahagian cover, diikuti dengan bahagian gambar profil (profile picture) dan bahagian ketiga untuk proses penamat.
Pada ruangan Layer, sila buka group Edit Here > Cover. Seterusnya, masukkan gambar yang anda mahu gunakan untuk cover pada bahagian tersebut. Sila rujuk pada gambar dibawah.
Tips : Anda perlu melakukan drag untuk mengubah lokasi layer.

Sama seperti langkah untuk membuat cover, anda perlu membuka group Edit Here > Profile Pic. Seterusnya, masukkan gambar yang anda mahu gunakan untuk digunakan pada bahagian tersebut.

Sebaik sahaja berpuas hati, anda perlu mengasingkan bahagian cover dan gambar profil. Caranya, pilih Rectangular Marquee Tool dan pilih bahagian cover seperti gambar dibawah. Sila pastikan anda mengikut garisan panduan yang telah disediakan dan berada pada bahagian Edit Here > Cover (Rujuk Bahagian 1).

Anda perlu melakukan salinan pada gambar tersebut dengan menggunakan kekunci CTRL + C atau ke bahagian menu, Edit > Copy. Seterusnya anda perlu membuka template baru dengan menggunakan kekunci CTRL + N atau ke bahagian menu, File > New. Pastikan saiz template tersebut adalah 851px X 314 px dan masukkan gambar yang anda telah salin itu disana dengan menggunakan kekunci CTRL + V. Simpan gambar tersebut ke dalam komputer anda.
Untuk bahagian gambar profil, lakukan cara yang sama seperti langkah diatas. Anda juga boleh mengendahkan langkah ini jika gambar yang anda mahu gunakan tidak melibatkan bahagian cover. Ini kerana, untuk memuat naik gambar profail pada Facebook, anda tidak dibenarkan memuat naik gambar yang bersaiz 125 X 125. Minimum saiz yang dibenarkan adalah 180 X 180. Jadi untuk gambar profail membesarkan sedikit gambar yang telah disalin itu. Tetapi harus diingat, cara ini mungkin akan mengakibatkan gambar yang terhasil kelihatan kabur.
Untuk memudahkan pengguna, anda boleh memuat-turun fail PSD untuk tutorial dan tips ini.
Ditulis oleh Arif Ishak untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @Piratz ataupun melalui blog beliau di MrPiratz.com
54 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
naaaaiiisseeeee
terbaik la mr.piratz
Ada tutorial video kah? Tak faham lah…
Kalau sempat nanti aku try record.. Nak upload tue yang malas sebenarnya.. Hihi
yeah cant wait..thanks btw
good job brader. keep it up! ohyeah!
Mas Joko
Video boleh didapatkan disini http://youtu.be/K4GZJj9RAco
terbaik!
stylelah cover tuhhh…. ;p
nak letak gambar apa yang yer, kasi gempak sikit nih..
letak gmbr amanz >.< mesti ramai add
Terbaek! Boleh cuba nie. Harap pesbuk luaskan penggunaan nie kat page juga
nice tutorial. tapi takde idea pulak nak letak cover apa. lemah sikit bab kreativiti ni
letak gambar aku. Haha. :p
=.=”
Aku malas nak photoshop2 design timeline, just crop pakai paint je
Piratz punya artikel??
Caiyolah tp cheq tetap tak paham.
Terus jadi senang bila ada PSD :-p
mmg gempak..terbaik
Nak extra sample yg menarik, boleh la kunjungi website hongkiat http://www.hongkiat.com/blog/creative-facebook-timeline-covers/
tak pandai pulak guna photosdhop , ehehe . pakai je apa yang ada tu ..
ok, tetibe baru dapat idea menarik… hahahaha.
nice sharing !
kalau tak brp pandai photoshop ambik mana2 gambar crop je..hehe..
aku xdak potosyop, try guna pixelmator jap g.. thanks for the tips
Leh share x pix cover yg kucin tarik nmpk g+ tu x?
facebook patut beri 2 pilihan
samada nak guna timeline ataupun old profile
serius ak suka old profile lagi
terbaik!
perghhhh.. abam Piratz tulis tutorial.. retis habis!
Nak mintak sign la tue..
shamhardy artis international dah sekarang ni..masuk lifehacker tu
tq bro. nice tutorial
nice info..best.
amanz, nnt aku buat cover photo aku ikut tuto ni.. tq juga pada piratz… hhaa
memang smart..
Download dah~~ kehkehkeh XD
thorbaek
thx amanz!
woot, stylish lorh abam piratz. nanti nak usya hang punya tengok…haha
terima kasih,boleh cuba ikut tutorial ni nanti
senang citer bape size cover? aku tak rti nak edit org punya…haha
kan dah bagitau 851px X 314 px.. untuk profile picture, 125×125
kalau guna GIMP mcm mne ?
good info…
Tq.. Baru tau… Cantik gile… Lepas ni saya boleh la try…
timeline saya pun tidak mengecewakann .
http://www.facebook.com/matnoyusup
Awesome..thanks. Lepas ni nak cuba buat satu timeline utk fb saya..
thanks ya amanz………
terbaik ahh . nak cube ^^
terbaik ahh . nk try jugak ^^
huhu .. bg lah tutorial pakai paint ….