15Dec

Tron – Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO Terbaru Di Malaysia

Telekomunikasi

Dengan pelbagai nama didalam dunia telekomunikasi tempatan, ia terus dimeriahkan, dimana terkini syarikat baru yang menyertai industri telekomunikasi negara adalah TalkFocus melalui perkhidmatan mereka yang dinamakan sebagai Tron. Perkhidmatan ini dilancarkan dengan kerjasama pihak DiGi, dimana ia akan menggunakan pemancar DiGi dalam menjalankan perkhidmatan mereka.

Melalui Tron, dalam usaha untuk bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang lain, ia membawakan beberapa perkara tambahan, termasuk kandungan percuma, serta turut menawarkan kupon percuma kepada pengguna mereka. Selain daripada itu, ia turut membawakan jangka masa tahan kredit sepanjang tahun tanpa tempoh luput.

Dari segi pakej pula, Tron membawakan dua pakej permulaan, iaitu Tron Beon Lite pada harga RM9 dan juga Tron Beon Infinite pada harga RM98. Berkaitan dengan nombor yang digunakan, berkemungkinan besar, ia akan menggunakan angka awalan 011 dan juga 014 untuk perkhidmatan mereka.

Walaupun baru lagi, mereka telah pun mempunyai sasaran awal, dimana Tron mensasarkan untuk mendapatkan seramai 100,000 pengguna menjelang bulan Jun 2012 kelak.


iPhone 4 Putih Di Malaysia Pada Minggu Hadapan?
Yes Life Untuk Android Pada Bulan Hadapan?
Maxis Cloud Bakal Diumumkan Pada Minggu Hadapan
P1 Menerangkan Perbezaan Rangkaian Mereka Dulu Dan Kini
Celcom Turut Sama Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S3

5 Komen

  1. Dhiya Faris pada 15 Dec 2011

    ada nampak kedai dorg kat sunway.
    :)

  2. Anwar An-Nur pada 15 Dec 2011

    mahal la(ataupun standard) rate dia..
    camna nak compete dengan lain.

  3. IzhamHasan pada 16 Dec 2011

    ouhh..simkad ke? kat tempat aku tu aku ingatkan kedai gajet,pasal banyak ipad , mac , tablet² je

  4. satuduatiga pada 16 Dec 2011

    Kat Malaysia ni dah banyak sangat company set up MVNO, dari Happy, Tune Talk, XOXO dan ni yang latest… Sengit persaingan dan memberi impak positif kepada pengguna.

    Cumanya, beberapa banyak MVNO company offer “the best” DATA package? semua voice dan SMS. Trend pemilikan smartphone bertambah tp kebanyakan MVNO company tak offer best DATA package kecuali Umobile.

  5. alyrds pada 16 Dec 2011

    ermm…. pakej yg belum berbaloi bagi aku


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader