10Dec

Twitter Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Profil Khas Untuk Jenama Dan Organisasi

Web 2.0

Semalam, Twitter telah pun memperkenalkan secara rasminya rekabentuk halaman yang serba baru, yang mana membawa pelbagai perubahan bersama-sama dengannya. Dan hari ini, mereka turut sama memperlihatkan rekabentuk profil khas untuk organisasi dan juga jenama dalam menggunakan Twitter.

Sebelum ini, beberapa laman sosial yang lain, seperti Facebook dan Twitter mempunyai fungsi seumpamanya, dan kini Twitter turut sama bakal memperkenalkannya tidak lama lagi, sekaligus membolehkan pemilik jenama dan organisasi lebih memfokuskan kepada penjenamaan mereka.

Fungsi penuh yang bakal diperkenalkan bersama-sama dengannya mungkin akan diumumkan oleh Twitter tidak lama lagi, dan sementara itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mungkin anda boleh rujuk pada halaman khasnya pada Twitter Fly.


Apesal.com Memudahkan Perkongsian Artikel Antara Blogger
Skype Untuk iOS Kini Menyokong Panggilan Video
Facebook Dilaporkan Sedang Bekerjasama Bersama HTC Membangunkan Telefon Facebook
Twitter Mengaktifkan Sokongan HTTPS Untuk Semua Akaun
TweetDeck Dikemaskini Kepada Versi 1.3 - Membawakan Pelbagai Sokongan Baru

7 Komen

  1. Izzuddin Jr. pada 10 Dec 2011

    | twitter semakin kemas dan menarik -

    • arnamee pada 10 Dec 2011

      yeah..betul. makin menarik:)

  2. Wan Perlis pada 10 Dec 2011

    twitter makin menarik pesbok makin hancus

    • ZoOL pada 10 Dec 2011

      fakta yg kurang tepat.. haha..

  3. topo pada 10 Dec 2011

    perghh makin lama makin macam-macam benda ada kat twitter ni -.-

  4. Omar pada 10 Dec 2011

    Twitter semakin menarik. Homepage dia pun dah baru.

  5. ZoOL pada 10 Dec 2011

    hmmm.. aku kerap masok website facebook dr twitter sbb utk twitter aku guna metrotwit (app twitter bergaya ala metro)

    jadi perubahan kat twitter xde efek sgt kat aku :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader