Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas lama tidak mendengar kemaskini mengenai Twitter, hari ini, mereka memperkenalkan Twitter yang baru, menjadikan laman sosial yang digunakan ramai itu semakin menarik, sekaligus memudahkan anda mengikuti rakan-rakan lain, serta topik-topik baru dengan mudah. Antaramuka laman yang baru juga membawakan perubahan yang drastik berbanding versi sebelum ini, dimana beberapa bahagian baru diperkenalkan padanya.
Melalui tab ini, para pengguna boleh mengikuti semua Tweet daripada rakan-rakan dan juga seseorang yang diikuti oleh pengguna tersebut. Gambar dan video juga diintegrasikan bersama, membolehkan anda melihatnya terus pada timeline tanpa masalah, dan bukannya dibuka dibahagian tepi seperti sebelumnya, tetapi dibuka terus dibawah sesuatu Tweet itu.

Tab yang sebelum ini dilihatkan dengan nama pengguna, kini digantikan dengan @Connect, yang mana lebih sesuai lagi, memandangkan ia memperlihatkan semua aktiviti, termasuk sebutan oleh pengguna lain, dan anda turut boleh lihat siapa yang ikuti anda, siapa ReTweet anda, dan sebagainya.

Twitter semestinya merupakan salah satu platform menarik yang membolehkan anda menemui pelbagai kandungan baru dengan mudah. Melalui tab baru ini, ia menjadikan perkara tersebut lebih mudah, dimana ia memperlihatkan pelbagai informasi dan Tweet berdasarkan kepada minat dan aktiviti anda.
Twitter membolehkan mereka yang ingin mengujinya memuat-turun aplikasi terkini untuk iOS dan Android, dan mengaktifkannya dari sana untuk menggunakan antaramuka baru pada desktop anda. Namun, percubaan kami buat masa ini seperti gagal, berkemungkinan kerana ramai pengguna sedang memuat-turunnya.





23 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Profil aku masih lagi belum bertukar… Hoho
sama la kita abam
sama jugak…
samalah abam piratz
Aku dah dapat dah… Haha..
aku tak dapat lagi
Who cares, bring back the retweet tab..
masih xdpt nk guna interface baru twitter nie
dah pun update untuk android…memang lawa n cun
ringkas & smart !
xde prubahn pn lg..;(
hrp siang nnt dh ade..
Tak berapa menarik dari mata aku nih. Entahlah, macam tak seronok ja =\
menarik juga design baru ni, takper ler benda baru bukan semua org mudah terima pada peringkat awal, lama2 nanti ok ler…
memandangkan aku jarang guna versi web lebih kpd tweetdeck jer maka nak ubah apa pun ubah ler…tweetdeck pun kalau nak buat perubahan bg lebih ringan skit dr segi makan memori baik gak…
aku dah dapat. lawa lawa…
http://i.imgur.com/2Rbug.png
masih menanti dengan sabar, bila ntah nak dapat -.-
dah lama tak bukak twitter aq.
..dah cuba pagi td..osem gak,tp lps tukar setting background sume,save..balik ke look asal balik..tensen tol..
ak pnye dh jadi….
naiss
terbaik!!
serabut sket je profile baru ni. huhu
Dah jadi dah. Memang lawa.
https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/cloudservice-sg/tweet_baru.PNG
nais
eh…nampak macam sina weibo pula XD
http://www.penn-olson.com/2011/12/09/twitter-redesign-like-sina-weibo/