07Dec

#Tips : Ketahui Kepantasan Dan Ketepatan Anda Menaip Dengan Type-Fu

Tips Dan Tutorial, Web 2.0

Dengan dunia perkomputeran semakin maju dari hari ke hari, ujian menaip merupakan salah satu kriteria utama oleh organisasi sebelum mengambil seseorang itu bekerja bersama-sama dengan mereka. Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda belajar menaip dengan pantas, dan salah satu aplikasi berasaskan web yang kami gemari adalah Type-Fu.

Melalui Type-Fu, ia bukan hanya sekadar menyediakan platform untuk anda belajar menaip dengan tepat dan pantas, malah ia turut sama membolehkan anda mengetahui sepantas mana anda taip, dan berapa masa yang diambil oleh anda untuk menaip sesuatu frasa.

Type-Fu turut sama menyediakan sokongan untuk membina carta, membolehkan anda mengetahui perkembangan anda pada sesuatu sesi. Dan salah satu fungsi menarik yang terdapat pada aplikasi web tersebut yang menarik minat kami adalah kebolehan untuk melihat huruf apa yang sering di salah taip oleh pengguna, sekaligus membolehkan anda memberikan fokus terhadap huruf-huruf tersebut pada masa akan datang.

Jadi, apakah kepantasan anda dalam menaip dan apakah huruf yang sering disalah taip oleh anda?


Alt Media Melancarkan Tonton - Hulu Versi Malaysia
Android Market Akan Mengintegrasikan PayPal
Ubah Idea Sosial Media Anda Kepada Realiti Pada Facebook Developer Garage
Duster Mungkin Menjadi Tema TwentyEleven Untuk WordPress
Facebook Kini Mempunyai Lebih 901 Juta Pengguna Aktif

24 Komen

  1. Iwani Khalid pada 07 Dec 2011

    WAH! bagus untuk OTB macam saya!!

  2. Iwani Khalid pada 07 Dec 2011

    Saya suka type racer!

  3. RIS-FAMILI pada 07 Dec 2011

    Ada satu perisian serupa utk menguji kepantasan menaip di ‘http://malaysian-speedtest.10fastfingers.com/’

  4. Ekspresi Ruang pada 07 Dec 2011

    mantap. nk kena cuba ni. mana tau nnt bley buat novel. huhu

  5. fiqueobiey pada 08 Dec 2011

    kene cuba ni..cambest..

  6. EddyGeek pada 08 Dec 2011

    UI iTunes :-)

  7. noreply pada 08 Dec 2011

    lambatnye aku taip. kakaka

  8. zul pada 08 Dec 2011

    best bro..hehe

  9. Ikmal pada 08 Dec 2011

    must try~

  10. lanz pada 08 Dec 2011

    wow..menarik !

  11. parih pada 08 Dec 2011

    ok aku slow

  12. Petua Emak Hot pada 08 Dec 2011

    Boleh test nie berapa keluan menaip saya…

  13. lan pada 08 Dec 2011

    kdg2 makin slow pulak menaip bile gune app ni.. hehe

  14. AMR pada 08 Dec 2011

    menarik!

  15. tarmizishukri pada 08 Dec 2011

    cis, susah gila, konfius..haha..

  16. Pisyek pada 08 Dec 2011

    sangat mencabar! tak bley nak celen aman langsung. :P

  17. syaf88 pada 08 Dec 2011

    info terbaik ni aku baru nak belajar menaip ni..

  18. syamilshahimi pada 10 Dec 2011

    Type-FU? Type FFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUU

  19. Mazrie pada 16 Dec 2011

    mantop….dah boleh start menulis laju slepas nie…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader