05Dec

Versi Pembangunan Baru Windows 8 Menunjukkan Cara Baru Menutup Aplikasi Metro

Microsoft

Dengan laporan mengatakan Windows 8 Beta bakal diperlihatkan pada bulan Januari kelak, kini beberapa fungsi dan perubahan baru pada versi pembangunan Windows 8 mula kelihatan, dimana selepas memperlihatkan perubahan pada Charm Bar, kini perubahan cara untuk menutup aplikasi Metro pada Windows 8 menggunakan sentuhan turut diperlihatkan.

Melalui sebuah video baru daripada WinUnleaked, ia memperlihatkan sokongan menutup aplikasi dengan mudah bagi yang menggunakan skrin sentuh. Ia lebih kurang sama seperti pada PlayBook, tetapi melalui Windows 8, para pengguna hanya perlu menolak aplikasi ke bawah, dan ia akan ditutup secara automatik.

Berkemungkinan sokongan ini akan didatangkan bersama pada Windows 8 Beta yang baru pada awal tahun hadapan kelak. Mungkin lebih banyak info berkaitan Windows 8 akan kedengaran dalam minggu-minggu akan datang, dengan hampirnya masa untuk Microsoft mempertontonkan Windows 8 Beta kepada umum pada CES 2012 kelak.


Microsoft : Live Search dan Pemilikkan Yahoo!
Paparan Antaramuka Morro Mula Kelihatan
Microsoft Melepaskan Kemaskini Kecemasan Untuk IE
Aplikasi Webcam Pada Windows 8 Diperlihatkan
Microsoft Memperlihatkan Carian Suara Bing Pada Xbox

6 Komen

  1. kikoz pada 05 Dec 2011

    tablet windows semakin hampir~~

  2. Haziq pada 05 Dec 2011

    nice. x sabar nak guna win8

  3. ZoOL pada 05 Dec 2011

    Eh? Perlu ke wat gesture spi camtu skali.. kalo screen besar, kan leceh D:

  4. Ikmal pada 05 Dec 2011

    bagus la.
    sblm ni aq try win 8 tutup apps metro terpaksa gune task manager . xD

  5. Gee pada 05 Dec 2011

    bagus la semua nak tiru apple nice

  6. Jyundoo pada 06 Dec 2011

    sabo je duk tunggu versi beta kuar. nak format laptop ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader