02Dec

Windows 8 Beta Sedia Dimuat-Turun Pada Awal Tahun 2012

Microsoft

Selepas memperkenalkan Windows 8 Dev-Preview sebelum ini, dengan beberapa fungsi terbatas, tentunya ramai yang menantikan pelancaran Windows 8 Beta. Kini beberapa laporan mengatakan yang mana Microsoft mungkin akan melancarkannya pada penghujung Januari atau Februari 2012 kelak, membolehkan para pengguna menguji versi pembangunan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft ini.

Windows 8 Dev-Preview

Melalui apa yang kedengaran, ia diperkatakan Microsoft akan memperlihatkan Windows 8 Beta kepada umum pada acara tahunan CES 2012 kelak, dan seterusnya selepas beberapa minggu selepas itu, ia akan dilepaskan kepada umum untuk diuji dan mendapat maklumbalas para pengguna umum.

CES 2012 dijangka akan diadakan pada 9 Januari kelak di Las Vegas. Mungkin dengan tarikh tersebut semakin hampir, kita akan dapat melihat lebih maklumat berkaitan dengan Windows 8 Beta. Versi akhir Windows 8 dijangka akan dilancarkan kepada umum pada pertengahan tahun kedua 2012 kelak.

Baca ulasan Windows 8 Dev-Preview yang pernah ditulis di Amanz sebelum ini.


Windows 8 Bakal Menyertakan Fungsi Kembalikan Windows Ke Pemasangan Asal
Konsep KinectShop Diperlihatkan
Peranti Windows Phone Dari Nokia Pada 26 Oktober?
(Video) Demonstrasi Windows 8 Dev-Preview Pada Tablet Iconia Tab
Microsoft Research Memperlihatkan Teknologi Sentuhan Pada Sebarang Permukaan

11 Komen

  1. ali mamak pada 02 Dec 2011

    x sabar-sabar lak nak tunggu window 8 beta

  2. ahmad pada 02 Dec 2011

    kelak kelak kelak kelak n kelak

  3. Wan Anas pada 02 Dec 2011

    ada 3 version macam winds. 7 ??

  4. fiqueobiey pada 02 Dec 2011

    xrugi pada sesape yg dh mncuba versi win8 dev hari tue..mmg best

    • EddyGeek pada 02 Dec 2011

      excited dalam 1 minggu. lepas tu terus tinggal.

  5. payid23 pada 02 Dec 2011

    Win 8 Dev-Preview sekurang-kurangnya lebih baik dari Win 7 dari segi boot up. Yang lain lebih kurang saja

  6. ZoOL pada 03 Dec 2011

    menunggu versi beta kuar, x suka sgt dev-preview ari tue.. sesetengah html-5 apps die ada problem -_-#

  7. Haziq pada 03 Dec 2011

    cool.

  8. syahrilhafiz pada 03 Dec 2011

    nais sebab windows dev tu pun aku guna sekarang cuma yang tak bestnya ada certain software tak support, nantikan yang beta ni

  9. faezzz pada 04 Dec 2011

    hmm sape pernah gune omnimo (rainmeter)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader