Cari @ Amanz

Dengan berita mengatakan Windows 8 Beta bakal diperlihatkan pada CES 2012 kelak, kini beberapa kemaskini baru pada versi pembangunan Windows 8 mula kelihatan, dimana beberapa perubahan pada Charm Bar, iaitu menu Start baru yang diperkenalkan pada antaramuka Metro di Windows 8.

Melalui Charm Bar, Microsoft memudahkan akses kepada beberapa perkara dengan akses pantas, termasuk memudahkan carian pada Windows 8 termasuk carian aplikasi, sokongan perkongsian dengan mudah, memperlihatkan peranti yang dihubungkan pada sesuatu komputer, dan memberikan akses pantas ke tetapan asas.

Buat masa ini, Microsoft baru sahaja melepaskan Windows 8 Dev-Preview, dan versi beta dijangka akan dikeluarkan sekitar penghujung Januari atau Februari kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd